Part 5. Kawan Sebenar

Start from the beginning
                                    

"Kau pasal? Kenapa tak bawa duit? Telefon kau mana? Dari mana ni?," soal Arif musykil.

Arif dan Luna berjalan beriringan masuk ke dalam bangunan apartmen dan menuju ke tingkat lima, rumah Arif.





Sebaik saja memasuki rumah Arif...

"Luna!," suara Ainur teruja.

"Ainur!,"

Luna dan gadis ayu itu berpelukan.

Ainur tunang Arif. Luna sangat sokong hubungan antara Arif dan Ainur sebab Ainur seorang yang memahami, lemah lembut, dan matang. Sesuai dengan kawan baiknya itu.

Credit terbesar Ainur ialah... Dia tidak cemburu pada hubungan rapat Luna dan Arif. Mungkin sebab Ainur seorang yang matang.

Jadi Luna senang dengan kehadiran Ainur yang memahami.


Puan Ana, ibu Arif menjenguk dari dapur.

Dia tersenyum lebar apabila melihat kawan baik anaknya itu. Puan Ana keluar ke ruang tamu. Dia rasa bernasib naik sebab datang.

Luna sudah dianggap seperti anak sendiri sebab Luna rapat sangat dengan Arif. Dapat dia berjumpa dengan Luna hari ni.

Puan Ana datang bersama tunang Arif, Ainur. Itu pasal Ainur boleh ada dalam rumah Arif. Kalau tak... Mana boleh.

"Cik Na!,"

Luna rindu pada ibu angkatnya. Dah lama mereka tak berjumpa sebab Luna tiada kesempatan untuk melawat kampung Arif. Luna terlalu sibuk sepanjang dua tiga bulan yang lalu.

Luna terus memeluk Puan Ana dengan erat.





Berjam-jam mereka berbual. Meriah rumah Arif, riuh rendah dengan gelak ketawa masing-masing.

"Haha. Apa lah kau ni Luna,"

"Yalah tu!," bidas Luna.

"Memang cita-cita kau nak bagi aku anak buah kan?," tambah Luna. Saja mengusik.

Ketawa Luna dan Puan Ana bersatu apabila melihat wajah merah Arif. Ainur pula melarikan pandangan. Segan lah tu.

"Luna... macam mana dengan cita-cita kau? Aku ada dengar ada satu program untuk cari artis-artis baru? Kau tak nak join ke?," tanya Arif cuba tukar topik.

Dia tahu topik yang mampu buat Luna berminat. Mata Luna terus bercahaya. Dari dulu lagi Luna berminat untuk menjadi seorang artis dan pelakon. Tetapi minat dan cita-cita dia mendapat tentangan dari nendanya. Arwah Puan Sri Rosmizah nak Luna fokus dengan selok-belok syarikat pada waktu itu.

"Buat masa ni aku rasa tak boleh la," balas Luna perlahan.

Luna berat hati nak tuturkan ayat itu.

Sebenarnya ni semua sebab peristiwa malam semalam. Kalau dia muncul dalam kaca televisyen, pasti lelaki itu akan kenal dia. Luna tak nak ada masalah di kemudian hari. Kalau nak masuk dunia artis, kontroversi macam ni tak boleh wujud. Matilah dia kalau rahsia pasal kejadian di hotel itu bocor.

Susah. Ahh! Luna rasa tertekan.

Nampaknya dia terpaksa kuburkan peluang cerah seperti ini. Sia-sia saja waktu di universiti dulu dia ambil bidang lakonan dan sastera.






Malam kemudiannya...

Ainur menghampiri Luna. Luna yang sedang bersandar di sofa menghadiahkan gadis itu senyuman. Ainur dapat kesan dari siang tadi lagi wajah bermasalah Luna tapi dia belum berkesempatan untuk tanya.

Luna yang sedang bersantai sambil menonton televisyen itu dapat agak apa yang Ainur nak tanya jadi dia terus sebut.

"Nur, saya okay,"

Ainur tersenyum nipis.

"Ainur tahu Luna ada masalah. Cuba cerita dengan Ainur. Sekurang-kurangnya ringan sikit beban Luna," pujuk Ainur lembut.

Luna mengeluh berat. 'Ainur perasan muka aku yang tertekan ni?'

Akhirnya Luna buka mulut tentang apa yang terjadi. Dia tak tahan menanggung seorang diri. Sekurang-kurangnya seseorang perlu tahu.

Ainur tergamam. Ya Allah!

"Sekarang macam mana?," tanya Ainur risau.

"Luna okay?," pujuk Ainur dengan perasaan simpati. Dalam masa yang sama dia rasa risau.

Luna hanya diam tidak menjawab. Apa yang Ainur rasa... berpuluh kali ganda dia rasa.

Luna rasa takut dan bercelaru.



























The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now