Kelihatan belasan orang staf masing-masing menundukkan wajah mereka di hadapan Jiji. Memang sah bahawa Jiji yang menengking mereka sebentar tadi.
"Sekarang, kemaskan semua barangan. Saya nak semua benda teratur dalam masa setengah jam" wanita itu bercekak pinggang sambil memantau pergerakan para kru dan staf. Tiba-tiba, lengannya ditarik oleh seseorang menyebabkan tubuhnya terdorong ke belakang.
"Apa? Nak apa lagi? Tak cukup lagi nak menyusahkan hidup saya?" wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Lengannya juga direntap dari pegangan lelaki itu.
"Kalau awak marahkan saya, tak perlu libatkan orang lain. Lepaskan amarah awak pada saya saja. Kesian mereka. Tak bersalah tapi jadi mangsa amukan awak" tubuh wanita itu dialihkan supaya mereka berada dalam posisi saling berhadapan.
"Kalau saya lepaskan marah saya pada awak, masalah boleh selesai ke? Masa boleh diputar kembali? Tak kan? Kalau saya bunuh awak sekali pun, masalah kita takkan berakhir"
"Saya akan bertanggungjawab atas apa yang saya lakukan. Awak balik ke Korea dan kita akan selesaikan masalah ni sama-sama. Kita perbaharui ikrar perkahwinan kita di Mahkamah Sivil, Seoul"
"In your dream, Mr. Taehyung Kim"
Taehyung menarik kepala Jiji lalu diletakkan pada dada bidangnya.
"Dengarlah"
"Jantung ni. Sentiasa berdegup kencang untuk awak. Jantung ni. Takkan berhenti berdegup kencang untuk awak. Awak rasa kan? Saya harap awak rasakan perkara yang sama. Sebab awaklah penawar hati yang saya cari selama ni. Bukan Hyemi, bukan orang lain. Hanya awak. Jantung ni akan hilang sumber cahayanya, sumber kekuatannya untuk berdegup kalau awak jauh dari saya" kelopak matanya menakung cecair sejernih permata. Setitis demi setitis airmatanya jatuh di atas ubun-ubun milik Jiji.
Jiji segera menolak tubuh Taehyung agar menjauhi dirinya. Mata-mata yang memerhati langsung tidak dihiraukannya. Kedua belah kakinya ligat mengatur langkah meninggalkan dewan itu. Taehyung pula menyeka airmata yang masih bersisa di kelopak mata. Para staf, kru dan model hanya memerhati adegan yang terhidang di depan mata.
👠👠👠
"Woi, kau kenapa?" Jiji tersentak dari lamunannya apabila Jisung menyergah. Entah dari mana datangnya kembar tak seirasnya itu.
"Kau macam tak okay je sejak balik dari outstation. Kau okay tak ni? Kau nampak macam tak sihat. Sakit dada? Sakit kepala?" Jiji hanya memandang kembarnya sekilas lalu tersengih.
"Sebab tulah kita kembar kan? Semua benda pasal aku, aku langsung tak boleh sembunyikan daripada kau. Aku okay saja. Aku cuma rasa sakit dada sikit. Mungkin sebab perubahan cuaca agaknya. Akhir November kan suhu merudum" Jisung hanya mengiyakan kata-kata Jiji sambil mengunyah kerepek kentang.
'Tipu. Semua tu tipu, Sung. Dada aku sakit selepas pengakuan Taehyung 3 hari lepas. Adakah aku rasakan degupan yang sama dengan dia atau luka lama telah berdarah kembali?'
"Jihyung mana? Tak balik dari sekolah lagi?"
"Kau lupa ke? Jihyung kan pergi kem musim sejuk dekat hujung pekan sana. Sekolah dia yang anjurkan. Aku kan dah minta persetujuan kau. Lupa ke?" Jiji tergelak sendiri pada dirinya.
'Haih, dah macam orang tua saja aku ni. Semua benda pun aku lupa. Dah nak nyanyuk agaknya. Mesti sebab aku selalu ambil pusing tentang perkara tak penting'
"Kau macam ada nak cerita sesuatu pada aku. Ceritalah, aku free hari ni" mata Jisung tertumpu pada kaca televisyen yang menayangkan filem Inggeris 90-an. Sisi wajahnya cukup menjelaskan bahawa lelaki ini sudah mencapai satu lagi tingkat kematangan dalam hidupnya.
"Aku rasa, aku nak balik Kor--" balang kerepek kentang itu dihempas kasar ke atas meja. Terhincut bahu Jiji dibuatnya. Hampir saja bergolek jantungnya di atas sofa.
"Tak perlu, tak payah, jangan gatal" ringkas, padat, pedas tetapi cukup jelas.
"Sung, dah lama kita merantau ke negara orang. Aku dah rindu dengan bau daging premium bakar. Bolehlah, kita balik sana" Jiji sengaja menempelkan badan kenitnya dengan Jisung. Lelaki itu memasang ekspresi jengkel.
"Tak payah. Aku masih boleh tanggung kau dengan anak kau. Aku bahagia di sini. Ada kau, ada anak saudara kacak kesayangan aku tu. Bila Jihyung dah masuk sekolah tinggi, kita balik. Masa tu, tiada siapa yang akan racun fikiran anak kau. Terutamanya keluarga Kim tu. Kalau kau bawa Jihyung balik sekarang, silap-silap diorang larikan anak kau" panjang lebar tazkirah yang diberikan oleh Jisung. Berdarah hidung Jiji mendengarnya.
"Ini bukan masalah duit atau tanggungan. Gaji aku di Huskies Fashionnaire tu dah lebih daripada cukup. Jihyung kena kenal asal usul dia. Kau pun, sampai bila nak membujang? Naik meluat dah pekerja kau. Hari-hari makan masakan cef hotel. Lagipun, aku nak uruskan tuntutan fasakh aku" ton suaranya sedikit mengendur pada ayat terakhir.
"Ish, yalah. Tapi, kita balik sekejap saja. Esok aku akan pergi ke kedutaan untuk mohon Visa. Kau, sediakan Jihyung dan kemaskan baju. Dua minggu saja. Okay?" Jiji mengangguk laju dan menerkam abang dua minitnya dengan pelukan.
"Sebab ni aku sayang kau. Kau abang terbaik dekat dalam galaksi ni. Pastikan kau ada buah hati dalam dua minggu tu. Kalau tak, aku carikan. Faham?"
"Minhyun, cawangan awak di Korea tu tak ada pengurus besar kan? Apa kata saya gantikan posisi tu buat sementara. Bahaya kan kalau biarkan syarikat tanpa ketua macam tu"
"Apa saja untuk awak, sayang. Kalau ikutkan hati, saya nak hadiahkan syarikat tu pada awak. Tapi, itulah. Syarikat tu masih belum milik saya sepenuhnya. Satu syarat. Awak tak boleh pandang mana-mana lelaki Korea di sana nanti. Janji dengan saya, awak akan datang sini balik pada hari perkahwinan kita"
"Kalau aku bagitahu Jisung, dia marah tak?"
"Bagitahu apa lagi? Suka cakap separuh-separuhlah budak ni"
"Tak ada apalah" Jiji melarikan diri ke bilik tidurnya di tingkat atas.
"Mesti ada sesuatu ni. Kau tunggu, Ji. Ni Jisunglah. Aku akan korek rahsia kau sampai aku dapat" sodanya diteguk separuh sambil menggumam tak jelas.
♥
♡
♥
♡
♥
♡
♥
♡
♥
♡
Kapal YoonKim atau kapal YoonHwang?
Do follow my collab acc, quantrelledream-
*annyeong guys 😁 long time no see. hope korang enjoy part ni. sorry sebab lama tak update. semakin dewasa, semakin banyak komitmen yang perlu diseimbangkan. terima kasih kepada yang masih setia 💕*
*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*
YOU ARE READING
Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•
Fanfiction🇨 🇴 🇲 🇵 🇱 🇪 🇹 🇪 🇩 [Siri Bangtan x Readers] 미성속 한 남 편 (Immature Husband) 💄K-Novel💄 The truth untold Is the most painful It may destroy your trust 💜Cinta perlukan pengorbanan 💜 Status : COMPLETED By : @Miss_RoseGold Start : 03 Oct 2018 E...
(N) Fifty
Start from the beginning
