Ciuman di dahi Areena penuh syahdu. Tubir mata Areena sudah dikelilingi dengan air mata. Lalu mengalir juga air mata yang ditahan oleh Areena. Timbul perasaan aneh pada dirinya apabila bibir Rayyan mencium dahinya.

"Sudah-sudahlah tu cium, makan pulak" suara Mummy menyampuk. Rayyan berdehem untuk menghilangkan kekok dan ciuman dilepaskan.

Banyak menu yang berada di meja pengantin. Cukup membuatkan perut pengantin baru berbunyi untuk mengisikan makanan.

Ramai juga sanak saudara yang hadir tak dikecualikan juga dengan tetamu kerabat diraja dan rakan syarikat papa dan daddy. Dato, Datin dan lain-lain juga turut berada di majlis perkahwinan kecil-kecilan Areena dan Rayyan.

"Aku penat la asyik senyum je," kata Areena sambil mengeluh. Tangan kanannya mencapai sudu lalu disuap ke dalam mulutnya. Mata terpejam bagi menikmati kesedapan makanan tersebut. Rayyan pula memandang Areena yang berada di sebelahnya. Muka kosong diberi.

"Tak payah senyum, macam aku." dingin tutur kata Rayyan. Areena membulatkan mata. Mahu membebel mama dan mummy kalau dia tidak senyum. Mana mungkin dia menahan perlian tetamu apabila mengatakan dia seorang yang sombong malah bodoh.

"Aku takut tetamu kata aku sombong pulak sebab tak senyum." Rayyan yang menyuapkan nasi mengelengkan kepalanya. Kenapa dia perlu berkahwin dengan orang yang cerewet seperti Areena?

"Apa kata kau senyum je? bukan ke itu perkara senang Reen?" sinis Rayyan berkata manakala Areena hanya mengeluh. Cakap dengan Rayyan tak ubah seperti dia bercakap dengan robot.

Waktu semakin lama semakin pantas. Tetamu yang hadir sudah beransur pulang. Kini majlis mereka hanya tinggal sanak saudara sahaja. Mama yang melihat Areena yang penat sambil mengurut tumit kaki dipandang kesian."Reen boleh naik atas berehat dulu." tegur Mama manakala Areena menjungkitkan kening.

"Rayyan ada di mana Mama?" soalnya matanya melilau mencari kelibat Rayyan. Dari tadi kelibat Rayyan menghilang. Dimanakah mamat sewel itu berada ya?

"Rayyan awal-awal sudah naik ke atas. Dia penat katanya mahu mandi." Areena menganggukkan kepalanya lalu dia memasuki lif. Apa gunanya ada lif kalau tidak guna? Petang tadi dia saja je buat ala-ala princess yang turun perlahan-lahan menggunakan tangga.

Pintu diketuk walaupun bilik itu sebenarnya milik dia. Katil miliknya dipandang. Cantik. Hiasan kelompak bunga ros elok berada di atas katil. Bau biliknya semerbak dengan wangian bunga ros. Lalu badannya direbahkan di atas katil.

Pancuran air dari kamar mandi cukup mengetahui dirinya bahawa Rayyan sedang mandi. Matanya dilelap sedikit bagi menghilangkan sedikit rasa penat yang bertandang di hati ini.

"Lamanya mamat ni mandi? mandi bunga ke apa ni?" soal Areena di dalam hati sambil matanya ditutup. Bunyi pintu dari kamar mandi dibuka oleh seorang. Areena bangun dari baringan lalu matanya bulat apabila melihat Rayyan yang hanya memakai tuala sahaja. Pantas kedua belah tangannya menutup mata.

"Asal dengan kau ni?" Rayyan menyoal. Rambut yang basah diraup ke belakang. Terserlah kekacakkan Rayyan pada waktu ini tetapi rugi apabila Areena menutupi matanya.

"Kau tak pakai baju tu kenapa? pergi pakai baju." tegas Areena berkata walaupun matanya masih ditutup oleh tangannya. Dia ingat aku terliur dengan badan dia tu? simpang malaikat lah.

Rayyan tersenyum sinis lalu kakinya menuju ke arah Areena perlahan-lahan bau maskulin dari badan Rayyan membuatkan Areena sedikit berdebar. "Asal? kau jatuh cinta dengan body aku ke?" berdesing telinga Areena apabila mendengar soalan Rayyan. Tangannya diturun perlahan dengan sedikit keberanian dia memberanikan diri untuk melawan pandangan mata hazel milik Rayyan.

Perasan,

"Tak ingin aku dengan badan kau ni." jari telunjuknya menolak dada Rayyan. Debaran di hati tak usah dikatakan. Bagai mahu terkeluar jantungnya akibat terkejut melihat betapa dekatnya wajah dia dengan Rayyan. Bau maskulin Rayyan cukup membuaikan Areena tapi cepat-cepat ditepis olehnya.

"Aku tak percaya kata-kata kau Reen," bibirnya mengukir senyuman sinis manakala hidung Areena menjadi mangsa tempat jari Rayyan dicuit. Areena menjeling tajam lalu ditepis tangan Rayyan. Sempat Areena memukul dada bidang Rayyan tu walaupun hatinya berdebar.

"Aku tak suruh kau percayakan aku," satu nafas dia katakan tudung yang berbelit dicabut manakala jarum peniti di cabut satu persatu. Asal banyak sangat jarum ni? nak bunuh aku ke? sempat mulut kecil Areena terkumat-kamit membebel kepada Mak Andam yang menghiaskan dirinya serta tudung.

Skarf dicabut lalu rambutnya yang diikat itu dilepaskan. Terkaku Rayyan apabila melihat Areena. Ini ialah kali kedua dia melihat Areena tanpa memakai apa-apa di atas kepala. Kali pertama semasa Areena lupa akan kehadirannya. Sempat dia memuji kecantikkan Areena tapi dia menghalau perasaan itu.

Mana mungkin dia jatuh cinta kepada Areena. Mungkin disebabkan atas kecantikkan Areena. Disebalik pantulan cermin, Areena memincingkan matanya apabila melihat Rayyan yang terkaku melihatnya. Gatal.

"Aku tahu aku cantik, tapi gaya kau tu macam nak telan aku." slumber Areena berkata manakala tuala berwarna pink miliknya diambil lalu dia memasuki kamar mandi. Manakala Rayyan mengerutkan dahinya. Perasan jugak si Areena ni walaupun kata-kata Areena itu benar tapi Areena tetap perasan.

Areena dan Rayyan selesai menunaikan solat magrib berjemaah. Areena yang memakai telekung mencium tangan Rayyan. Manakala Rayyan mencium dahi Areena. Mungkin itu rutin harian mereka berdua. Mereka tak nak perkahwinan mereka seperti dalam drama melayu. Bosan tahu tak?

"Kau tidur dekat mana?" Areena menyoal sambil badannya direbahkan di atas katil. Empuk. Rayyan yang bermain phone menghentikan aktivitinya lalu iphonenya diletak di atas meja.

"Tepi kau la,"

Areena menganggukkan kepalanya seperti faham kata-kata Rayyan. Manakala Rayyan mengerutkan dahinya. "Kau tak nak bangkang ke seperti dalam drama?" Areena menjulingkan bebola matanya.

"Kau ingat ni drama melayu?" Dia masih ada hati perut ya. Dia tak nak halau Rayyan tidur di atas lantai atau tidur di sofa. Cukuplah atas katil saja.

Rayyan mengelengkan kepalanya "Ni bukan drama," Areena menjungkit kening.

"Hah, memang bukan drama sebab tu aku tak kesah kau nak tidur dekat mana pun."

Rayyan mengangguk kepala lalu badannya direbah di atas katil iaitu di tepi Areena. Areena terus memusingkan badannya iaitu membelakangkan Rayyan.

"Tak baik tidur membelakangkan suami," tegur Rayyan sinis manakala Areena menjulingkan mata. Nak tidur pun tak tenang.

"Fine," Kini mata Areena bertentangan dengan Rayyan. Tidak berkelip mata Rayyan memandang Areena. "Again, aku tahu aku cantik tapi jangan tengok aku macam tu." puji Areena terhadap diri sendiri.

Manakala Rayyan tersenyum sinis. "Sorry, tapi muka kau macam hantu sebab tu aku pandang tak berkelip." Areena membulatkan mata lalu tangannya pantas mengambil bantal kecil lalu memukul Rayyan.

Setelah penat mereka berlawan bantal, akhirnya mereka tidur dengan kepenatan.

tbc

Promote ;

» Kau Yang Ku Pinta by AinAshah03

Btw isnin nanti ayna trial pt3 doakan okey supaya dapat jawab dan enjoy la baca bab ni. Muah.

She's mine (C)Where stories live. Discover now