****

Dompet yang berada di dalam poket seluar diambil lalu dibuka. Dua keping wang kertas berwarna ungu dikeluarkan daripada dompetnya lalu dihulurkan kepada jururawat yang berada di hadapannya.

Senyuman nipis terlakar apabila jururawat itu berkata terima kasih. Manakala Areena yang berdiri disebelahnya hanya menayangkan wajah cemberut. Kaki mereka berdua menuju ke arah kereta Rayyan yang terparkir di parkir hospital.

"Kau tak pandai senyum ke?" Rayyan menyoal untuk menghentikan suasana hening dikalangan mereka berdua. Areena yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri dan menutup mulutnya kemas.

Disebabkan tidak mendapat respon daripada Areena, Rayyan terus menekan pedal dengan kuat. Kini keretanya sudah mencecah kepada 150k/m. Areena pula sudah berdebar akan kelajuan kereta tersebut.

'Aku taknak mati awal lagi la,'

Wajah Areena kini sudah pucat tak ubah seperti mayat hidup. Argh, dia dah tak tahan dia perlu menamatkan perang dingin tersebut.

"Stop it, Tengku Rayyan Ammar." jerit Areena dengan suara sedikit bergetar. Mungkin akibat takut kereta yang dinaiki olehnya terbabas disebabkan perangai Rayyan. Rayyan yang mendengar terus menekan brek secara mengejut. Nasib Areena memakai tali pingang, kalau tak mahu masuk hospital disebabkan kecuaiannya. Boleh bernanah telinganya akibat bebelan Mummy.

Kedua-belah tangannya yang kemas memegang stereng dilepaskan. Areena yang masih terkejut dipandang dengan seribu wajah yang bersalah. Dia tidak patut berlakuan seperti ini.

Tidak.

Kereta diparkir di tepi jalan. Bagi mengelakkan kemalangan berlaku. Badannya dipusing ke arah kiri iaitu dihadapan Areena yang masih termenung.

Ya, dia nampak... Areena menangis.

"Aku minta maaf," ujarnya apabila esakan Areena semakin menjadi-jadi. Mata yang merah dan berair di lap dengan hujung lengan baju itu. Wajah Areena kini memandang mata hazel milik Rayyan. Terkejut Areena akibat jarak wajahnya dan Rayyan hanyalah 2cm. Cepat-cepat dia mengusir perasaan malu.

"Kau nak buat aku mati ke?" soal Areena, esakan yang terkeluar dibibirnya masih tidak dapat dihentikan. Mata bundar miliknya masih berair dan kemerah-merahan. Dia mengumpulkan keberanian untuk memandang mata hazel milik Rayyan yang redup.

"Bukan macam tu..." belum sempat dia ingin membalas, Areena menyampuk. "Selepastu macam mana? kau memang sajakan." Areena berkata kini mata bundar miliknya tertutup rapat manakala jarinya mengurut pelipis.

"Aku stres," Rayyan memberitahu selepas sekian lama mendiamkan diri.

"Stres layan aku? jaga aku?" Areena menyoal. "Kalau macam tu baik kita putus tunang. Senang." kata Areena dengan suara bergetar. Manakala Rayyan yang menundukkan kepalanya mengangkat lalu mengelengkan kepalanya.

"Tak, aku takkan putuskan pertunangan ini. Kau sedar tak dua minggu lagi majlis nikah kita?" soalan Rayyan tegas. Mana mungkin dia akan putuskan pertunangannya bersama Areena. Yang sedikit sebanyak berjaya bertaktha dihatinya.

"Aku sedar..." Areena berkata hidungnya yang berair dilap kasar. "Selepastu? kau nak buat keluarga kau malu?" soal Rayyan sinis. Bukan supaya Areena terasa tetapi supaya Areena sedar akan kata-katanya.

Perkahwinan bukanlah satu permainan.

Rayyan sudah nekad dari hari pertunangannya lagi bahawa alam perkahwinannya bersama Areena tak akan roboh akibat orang ketiga.

"Jangan buat kerja bodoh Areena, kau yang dapat malu nanti." ujarnya sinis. Areena yang mendengar menjulingkan matanya.

"Tak boleh ke tak menyusahkan aku?" soal Areena dalam hati. Earphone yang berada di dalam beg dikeluarkan lalu simpulan dileraikan secara perlahan-lahan. Nanti cepat takut berbelit pulak. Selepas terlerai wayar earphone tersebut. Jarinya mengambil lalu menyumbat earphone tersebut di kedua-dua telinganya yang dilapik oleh tudung.

She's mine (C)Where stories live. Discover now