Profil bakal isteri aku pun ada pengenalan jugak ke? Ah buka je la. Halaman 1 dibuka.

Introduction

Sejauh pengetahuan anda, Lawrence's Group adalah sebuah kumpulan bangsawan yang ternama di luar negara terutamanya Sepanyol. Pengasas Lawrence's Group yang berasal dari keturunan mafia Sepanyol telah membubarkan kumpulan mafia lalu menubuhkan satu kumpulan bangsawan yang terdiri daripada ahli keluarga pengasasnya iaitu, Roberto Lawrence Raimè.

Bermula daripada keturunan yang berpengaruh walaupun tiada gelaran akhirnya legasi baharu telah wujud dalam kumpulan bangsawan ini. Apabila cucu perempuan Lawrence, Laura Adrèsia berkahwin dengan seorang jejaka yang berasal daripada keturunan Ian, keturunan jutawan berasal dari Amerika Syarikat dan terkenal dengan kebolehan mereka berdagang, anak kepada Ian Jovian Piereè yang terkenal ketika itu iaitu Ian Jocian Piereè. Maka bermulalah keturunan Ian di dalam Lawrence's Group.

Selain keturunan Ian, cucu perempuan Lawrence juga telah mengahwini seorang ahli keluarga Harrison yang berpengaruh di Itali iaitu Danial Harrison yang ketika itu merupakan ahli mafia di Itali. Impak perkahwinan yang melibatkan penggabungan kuasa besar dalam kumpulan ini telah membawa revolusi baharu dalam kumpulan Lawrence dan mengukuhkan lagi kedudukan Lawrence dalam bidang perniagaan dalam tangga teratas di dunia.

Kini, Lawrence's Group masih mempunyai tempat teratas dalam bidang perniagaan disebabkan kuasa besar yang masih berpengaruh dalam kumpulan itu. Selain Ian dan Harrison, Lawrence's Group juga menjalinkan hubungan diplomatik antara keluarga mafia paling berpengaruh di Itali dan seluruh dunia iaitu Carls' demi mengekalkan kedudukan mereka sebagai kumpulan bangsawan.

Carls'? Maksudnya, Carl's Empire ke? Aku mengerutkan dahi. Banyak jugak sejarah pasal Lawrence ni. Aku ingat sikit je. Ah malas la nak baca lebih-lebih. Dulu pun aku skip bahagian ni. Aku terus baca bahagian 'bride'. Dan sekarang aku pun nak ulang benda yang sama.

Nuh's Bride

Gelaran ini telah diberikan kepada gadis yang telah ditetapkan oleh Ian Hanafi Aqiff untuk menjadi pengantin perempuan kepada satu-satunya anak lelaki Ian Hanafi Aqiff, Ian Alexander Nuhayl.

Hal ini juga telah membuktikan bahawa Ian Alexander Nuhayl telah terikat dengan seorang gadis dan tidak boleh mengahwini mana-mana gadis selain Nuh's Bride. Dan gadis itu turut mengalami situasi yang sama.

Ahli lembaga Lawrence's Group telah bersetuju untuk memastikan Ian Alexander Nuhayl berkahwin dengan Nuh's Bride setelah mereka berjumpa pada usia melebihi 20 tahun. Lawrence's Group juga akan kerap menghantar notis kepada Nuh's Bride supaya dia mudah dijejaki oleh Ian Alexander Nuhayl dan Lawrence's Group.

Jika Nuh's Bride gagal menjalankan misi yang diberikan oleh Lawrence's Group, Nuh's Bride akan diberi notis amaran pertama disertakan hukuman yang bakal dikenakan jika dia melanggar sekali lagi peraturan yang telah ditetapkan.

Mataku terus terbuntang. What the fish?! Weh, kesiankan la dia! Dia cuma perempuan, takkan la sampai ada misi bagai? Mengarut la LG ni. Mana sifat perikemanusiaan kau hah? Ah skip. Sakit hati pulak aku baca.

Nuh's Bride Profile

*picture*

Nama penuh : Carla Irish Helena binti Carl Hans Ezzery
Tarikh lahir : 17 Julai 1999
Tempat lahir : Milan, Itali
Nama keluarga : Carla
Kacukan : Itali - Malaysia
Agama : Islam

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now