Satu tubuh yang berpakaian kasual; tudung sarung berwarna hitam, t-shirt lengan panjang berwarna putih dan hoodie diikat di pinggangnya, seluar track Adidas dan kasut Nike Air Max tersarung di kaki melangkah selamba ke arah mereka berdua.

Rafiq tersenyum sinis melihat gadis itu manakala Hayden pula separa terlopong, kali pertama melihat wajah gadis itu.

Puan Zubaidah memerhati gadis itu atas bawah. Erin memandang jelik gadis itu.

"Kau siapa? Dan macam mana kau boleh kenal Alex?" soal Erin bongkak sambil memintal hujung rambut perangnya.

"Aku yang akan 'jaga' korang lepas ni. Jangan risau, aku akan 'jaga' dengan penuh 'kasih sayang' dan 'kemewahan'."

Puan Zubaidah memandang pelik gadis itu.

"Masalahnya kau siapa, tiba-tiba datang konon nak jaga kitorang," kata Puan Zubaidah. Elena senyum sinis.

"Aku Rish. Mulai hari ni, kau dan anak perempuan kau akan ada di bawah 'jagaan' aku."

Puan Zubaidah dan Erin memandang sesama sendiri.

×××

"You are Irish and Elena?" soal Hayden saat mereka bertiga dalam perjalanan pulang dari hospital. Elena angguk.

"Yes that's me, and I think your father knows me well. Because Carls and Harrisons are friends," kata Elena. Hayden diam seketika.

"Maybe. I yang tak cari tau pasal you kut."

"Carls kawan dengan Harrisons? Kenapa aku tak pernah tau Lena?" soal Rafiq yang sedang memandu. Elena di belakang hanya memutarkan bebola matanya.

"Kau yang tak kaji selidik pasal sejarah Carls dengan Harrisons," kata Elena sambil mengipaskan diri menggunakan tangan. Walaupun air-cond terpasang, dia masih berasa panas.

Mana taknya, masa tengah jogging Rafiq call dia cakap nak deal dengan witch-witch yang jaga Alex selama ni masa tu jugak. Elena apa lagi? Naik grab terus pergi hospital. Malas nak drive katanya.

"Ala kau pun mana tau apa-apa pasal DH," kutuk Rafiq. Elena menjeling Rafiq. Hayden hanya diam saat nama syarikat gah itu disebut.

Ya, dia tak sangka Razfel atau Rafiq di sebelahnya ini merupakan pewaris Daze Holdings yang terkenal di mata dunia.

"Excuse me Tengku Rafiq Iskandar Tengku Azrel Syahmi. Daze Holdings bekerjasama dengan syarikat aku tau, Carl's Development dalam projek terbaru ni. Yang in-charge projek tu pulak sepupu kau, Tengku Muhammad Zarith Ivan Tengku Zafri."

Rafiq terdiam. Matanya menjeling Elena melalui cermin pandang belakang. Wajah gadis itu mula merah padam, tercabar dengan ayat Rafiq.

"Hah yalah, kau tau semuanya Lena."

Hayden hanya menggeleng melihat dua manusia ini bertengkar. Ego masing-masing.

Drrrt.

Hayden mengeluarkan telefonnya.

Alexander Nuhayl
Online

Dude

Dah settle?

Dah.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now