"Thanks Dian, and please drop that formalities. Just call me Hanis."

Diandra hanya tersengih.

"Kenapa Hanis pakai Ray-Ban?" tegur Diandra saat nampak kelainan dalam penampilan Hanis. Gadis itu mencebik.

"Salahkan CEO awak, dia kacau tidur saya. Bye Dian, nanti dia bising pulak." Diandra tergelak.

"Okey Hanis."

Hanis mengatur langkah ke arah lif khas yang disediakan hanya untuk orang terpenting untuk ke tingkat rahsia.

Ting!

Pintu lif terbuka lalu Hanis masuk ke dalamnya. Tingkat 16 ditekan lalu pintu perlahan-lahan tertutup.

Telefon di poket seluar dikeluarkan.

The Dark Assassins 🔪💣

Izmeer Raydan
Hanis, on la!

Izzat Rashdan
Nis balik lepak Starbucks, on?

Erfan Nufael
Pergi pm tepi la sana! Semak je dalam group

Helenanana

Hoi sidekick! Cepat sikit!

Aku tak dapat datang, demam. Lo siento.

Hanis tergelak jahat. Padan muka!

×××

"Kau buat kerja macam mana hah?!" tengkingnya sambil menghentakkan tangan ke atas meja kayu. Matanya pula mencerun tajam ke arah manusia-manusia di hadapannya.

Anak-anak buahnya hanya berdiri tegak, tidak berani bersuara dalam keadaan tegang itu.

"Aku bayar korang mahal-mahal, tapi hasil pun tak ada! Sial!"

Botol kaca di atas meja dicampak ke lantai membuatkan serpihan botol kaca tersebut bersepah di atas lantai. Mereka mula meneguk liur apabila berhadapan dengan amarah ketua mereka.

"Bos, kami dah nak dapat dia tapi-" Dia kembali mendiamkan diri apabila ketuanya menjeling tajam. Bagai pemangsa yang mahu menerkam mangsanya.

"Tapi apa?! Tapi terlepas?! Alasan bodoh jenis apa yang kau nak guna ni hah?! Kau tau nak duit, tapi bila aku suruh buat kerja ada je benda tak kena!"

Sekali lagi mereka tertunduk saat renungan tajam ketua mereka terhala ke arah mereka.

"Kami minta maaf bos."

Dia hanya mengetap gigi mendengar ayat maaf yang terluncur dari bibir anak buahnya.

"Maaf kau tak ada gunanya kalau benda yang aku nak selama ni tak ada depan mata aku! Keluar!" jerkahnya di hadapan lelaki itu. Dia masih membatu di hadapan ketuanya.

"Aku kata, keluar tu keluarlah bodoh!" makinya lagi. Dengan pantas mereka keluar meninggalkan ketua mereka.

"Sial!"

Meja di sebelahnya diterbalikkan hingga terbelah dua. Nafasnya turun naik bersama dada yang berombak ganas, tak ubah seperti harimau kelaparan. Bibirnya menggigil menahan amarah.

Alexander HelenaWhere stories live. Discover now