01 Aku Pendosa

10.5K 662 43
                                    

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan nama Allah, aku menulis picisan karangan cerita. Semoga yang menulis dan yang membaca peroleh manfaat bersama.
.
.
.

Lelaki itu terlalu baik buat dirinya yang hina. Malam akan berganti siang, fajar akan menyinsing kegelapan lagi sejam dua. Dikira begitulah, gadis itu beranggapan sang suami kepenatan setelah menguruskan majlis akad nikah petang semalam. Lena sungguh terulik.

Fatihah mula menapak ke atas jubin lantai bilik. Dia tahu Mahfuz sedang sakit. Tak mahu mengganggunya, maka kaki melangkah perlahan-lahan setelah sehelai tuala diambil daripada susunan rak baju.

Kesejukan air tadahan dalam baldi sebesar sepemeluk tidak akan mematikan hasrat buat bersiram. Dia sudah lali dengan suhu itu sejak diri membuat keputusan untuk berhijrah. Jalan ini tidak mudah, bahkan dia sering kecundang. Nafsu yang mengawal diri meronta-ronta untuk dilepaskan. Namun, tekad hati mengikat sang nafsu untuk duduk melutut.

Segayung air dilalukan ke atas ubun-ubun kepala dengan mata yang terpejam. Pintu bilik air terkunci rapat. Dia beristighfar dalam hati untuk menenangkan diri sebagai pemula hari baharu.

Hari ini tidak seperti semalam. Hari ini dia sudah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki berkopiah, namanya Mahfuz. Andai perkahwinan ini menemui kegagalan atas desahan nafsu sendiri, Fatihah tidak akan memaafkan diri. Dia harus berjuang sehabis baik meski memori lama menghentam jiwa. Inilah jalan yang dipohon kepada Allah Taa'la. Setiap hari solat hajat dibuat, solat istikharah menyusuli. Akhirnya, Mahfuz menyambutnya sebagai isteri.

Gadis itu melihat tangan sendiri. Rasa itu hadir lagi. Dia menggigil tanpa diminta. Seraya dengan kemelut jiwa, butir mutiara jatuh berlinangan di pipi.

"Jangan, Fatihah," bisik hatinya. "Kau kena lawan perasaan ni. Kau perlu jadi yang terbaik untuk Mahfuz. Kau kena sayangkan diri..."

Dalam masa yang sama, lututnya jatuh mencium lantai. Dadanya beralun mengisi nafas lalu dia menundukkan wajah memasuki tadahan air di baldi. Seketika nafasnya tertahan. Air matanya mengalir tidak kelihatan. Rasa sejuk membaluti wajah sedang tangan tertahan di dinding. Perbuatan dia tak ubah seperti orang yang cuba melemaskangm wajah sendiri di permukaan air baldi.

Setelah hampir habis udara tahanan, terus Fatihah mengangkat wajahnya. Dia tercungap-cungap mencuri nafas yang hilang. Jantung berdegup seiring dengan hati yang tidak tenteram.

Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tika di bangku sekolah. Dia rosak, bahkan tiada maruah. Ketagihan kepada perkara haram itu sentiasa menghantui. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia jijik dengan diri sendiri. Jika boleh diputarkan masa, semua ini akan diperbaiki.

Gadis itu kembali berdiri dengan kedua-dua kaki. Kesihatannya tidak pulih lagi walaupun kerja kotor itu sudah lama ditinggalkan. Dikira sudah tiga bulan dia bertaubat nasuha. Hari ini ialah hari ke-100 untuk seorang Fatihah berjaya mengawal nafsu diri.

Barangkali balasan terhadap dosa lampau. Apa sahaja yang pernah dibuat, pasti akan ada bayaran. Kini, dia sedang menanggung bayaran itu.

Usai sahaja mengambil wuduk seperti yang telah diajarkan bonda Mahfuz, Fatihah terus melangkah keluar bilik air kamar suaminya. Dia menuju ke almari baju yang terletak berdekatan jendela.

Langit masih gelap. Mahfuz pula diselimuti kain bagaikan tidur mati dalam jubah putihnya. Botol ubat menjadi peneman lelaki itu. Takut rasa sakitnya menyerang lagi bila-bila masa.

Wajah dilap dengan kain tuala kecil. Lega rasanya setelah bersiram dengan air sejuk. Level hormon dopamine dalam salur darah semakin meningkat dengan rutin hariannya. Fatihah tersenyum nipis. Tuala wanita pakai buang diambil dari laci di kanannya. Dia bergantung pada tuala wanita untuk menahan air kencingnya yang tidak boleh ditahan seperti kebanyakkan perempuan normal. Hadas kecil berpanjangan ini ada juga hikmahnya. Pada sisi baik, dia harus mengawalkan solat setelah wuduk diambil. Tidak boleh dilewatkan.

Hanya sehelai baju berlengan panjang disarungkan pada tubuh. Ini sahaja yang dia punyai dalam simpanan, yang boleh dikira sopan buat dipakai di rumah sebaik-baik keluarga ini. Kain batiknya dipakai dengan kemas, lalu dia mengambil sehelai telekung jubah berwarna hitam.

Hujung kakinya yang sejuk pun menapak ke atas bentangan sejadah hijau bermotifkan flora. Ini pasti milik Mahfuz. Banyak lagi yang harus diteroka dalam mengenali lelaki itu.

Permulaan harinya perlu dimulakan dengan solat taubat. Jika tidak, pasti hati berasa jijik untuk menatap diri sendiri. Jika tidak, dia akan rasa tidak layak untuk bersuamikan Mahfuz. Malah, rasa tidak pantas untuk bergelar hamba Tuhan yang Maha Pengampun.

"Sahaja aku solat sunat taubat, dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

.
.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.

***

vote x komen
***
tiba-tiba rasa kisah Fatihah ni boleh disambung. Insya Allah. Tak vote tak nak kawan!

Add dalam RL korang tau!

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now