13 Reman

3.3K 327 21
                                    

.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.

Tali leher belum sempat dibuka, isterinya pun tidak dijenguk lagi. Arif tidak mampu bernafas mendengar khabaran daripada kedua-dua orang tua Mahfuz.

"Walid... Apa yang berlaku sebenarnya ni?" soal Arif. Wajahnya terpeta segala kebimbangan terhadap rakan sepermainannya. Kes fitnah Khairul belum lagi reda, hadir pula malapetaka baharu.

"Mahfuz kena reman atas tuduhan merogol," balas walid.

"Astaghfirullah..." Arif meraup wajah. Sepi sahaja atmosfera ruang tamu.

Khabaran penangkapan Mahfuz sampai kepada keluarga ini tika waktu Maghrib. Sekarang pula sudah berlalu waktu isyak seusai mereka sekeluarga menunaikan solat berjemaah tanpa anak lelaki di dalam rumah itu.

Yang paling terkesan ialah Fatihah. Sepertinya gadis itu telah pun melinangkan air mata tidak henti. Keberadaan Fatihah di sisi Puan Munirah hanya seperti satu patung cendana. Tubuh kurusnya berada dalam dakapan ummi.

"Ni mesti kerja Khairul..." Arif mula serkap jarang. Dia tahu bagaimana kebimbangan Mahfuz pada kejahatan bekas teman lelaki Fatihah.

"Arif, boleh tolong walid uruskan peguam untuk Mahfuz?" pinta lelaki setengah abad itu. Dia diam bak seorang ayah yang cuba berlagak kuat di kala isterinya diselubungi kerisauan.

"Boleh, walid," akur Arif. "Mahfuz ada cakap apa-apa?"

"Tak ada. Dia akan tidur dalam lokap malam ni. Siasatan tadi pun tak membantu apa-apa. Mungkin esok pihak polis akan bawa Mahfuz ke mahkamah."

"Walid, Mahfuz tak buat apa-apa... Macam mana dia nak bagi keterangan..." celah Fatihah. Suara seraknya mahu juga didengarkan.

"Tak apa, kita tunggu esok. Insya Allah, Mahfuz baik-baik je dekat sana..." Walid mengoyakkan senyuman nipis. Keadaan tidak menyebelahi mereka pada malam itu.

"Esok saya ambil cuti kerja... Kita uruskan hal peguam Mahfuz dengan cepat," kata Arif.

"Terima kasih, Arif. Walid tak tahu nak buat apa kalau Arif tak ada..." jujur lelaki tua itu. Dia sendiri berbaur dengan pelbagai perasaan. Ujian yang menimpa anak bongsunya terasa berat sekali. Tidak putus-putus Mahfuz diuji sejak pulang daripada Mesir.

***

Jasadnya sahaja yang ada di situ.

"Bosanlah kau ni. Aku yang teraniaya masalahnya! Kau rampas betina pemuas nafsu aku, dah tu sekarang ni aku nak lepaskan nafsu pada siapa? Kau jangan terkejut kalau ada kes perempuan kena rogol. Penyebabnya ialah kau. Kau rampas satu-satunya perempuan yang boleh melayan aku siang dan malam."

Kehadiran Mahfuz disusuli dengan tertutupnya pintu besi yang memisahkan dunia luar itu dengan ruang lokap. Dalam kata lain, terputuslah kebebasan dunia luar dalam kehidupan untuk sementara waktu.

Fikiran jauh menerawang. Dadanya kian sakit mencengkam kerana tekanan yang dihadapi. Dia benar-benar khuatirkan keadaan Fatihah di rumah. Apatah lagi keadaan ummi dan walid, orang tua kesayangannya.

Mahfuz terpaksa berjalan meskipun tidak mahu. Kakinya melintasi ruang  yang hanya sebesar 6x8 kaki untuk masuk ke kawasan lokap. Terdapat sebuah meja dan almari besi berlaci. Di penjuru kanan pula tersedia papan putih buat mencatatkan nama-nama penghuni lokap. Melintasi ruang itu bermakna, melintasi sebuah pintu bilah besi untuk masuk satu ruang yang terkepung oleh bilah-bilah besi sebelum dipindahkan ke dalam sel-sel yang tujuh. Di ruang ini, semua tahanan akan dipereksa sebelum di masukkan ke dalam sel.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now