08 Fitnah

3.7K 345 46
                                    

"Mana Irsyad?" Ridaknya dielokkan kedudukan pada bahu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mana Irsyad?" Ridaknya dielokkan kedudukan pada bahu. Guru muda itu sedikit berkerut tatkala menyedari seorang pelajar lelaki dari kelasnya tidak hadirkan ke kelas pada petang hari.

"Katanya Irsyad tak sihat. Dia berehat dalam asrama," khabar Abdullah. Dia menyaingi langkah Mahfuz ke arah rak kasut.

"Dia sakit apa? Ustaz tak sempat lagi nak berjumpa dengan dia... Hari tu pun ustaz terburu-buru nak berbuka puasa dengan isteri sampai terabaikan Irsyad. Rasa bersalah pula," kata Mahfuz. Keluhan terbit di bibir. Waktunya harus diuruskan kembali dengan baik. Tak mahu perkara begini terjadi lagi. Kaki kanan menyarungkan capal disusuli kaki kiri dek ikutan sunnah Rasulullah ﷺ.

"Tak tahulah, ustaz. Katil saya jauh dari katil dia. Irsyad tu... Lagi suka menyendiri daripada bergaul dengan kami. Nampak macam ada masalah. Bila saya tanya tentang masalah tu, dia elakkan diri. Dia cuma nak bercakap dengan ustaz." Abdullah cuba membantu hasrat sahabat barunya untuk bertemu dengan Mahfuz. Beberapa pelajar kelasnya yang lain telah pun berada di halaman rumah Balawi buat pulang ke asrama.

" Insya Allah, nanti ustaz jumpa Irsyad. Sampaikan salam dan maaf ustaz pada dia." Kesibukan mengajar meletakkan Mahfuz jauh daripada telefon pintar. Sebolehnya dia sedang kurangkan penggunaan gadget itu agar masanya yang terluang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Dia yang berkopiah putih meneruskan langkah untuk ke bahu jalan.

Pintu kereta dibuka seraya langkahan memasuki ke tempat duduk pemanduan. Mahfuz menghidupkan telefon pintar sesaat selepas itu.

Fitnah menular sangat pantas. Berita sensasi yang disabitkan dengan nama seorang ustaz cepat sekali tersebar dalam kalangan masyarakat dengan kuasa dunia tanpa batasan. Namun, ia terpelihara daripada pengetahuan anak-anak di rumah Balawi  kerana mereka tidak dibenarkan menggunakan telefon pintar ketika di asrama.

Sungguh gambar sebegini mengejutkan jantung seorang suami. Lensa hazel Mahfuz tertancap pada beberapa keping gambar yang seakan-akan beraut Fatihah. Figura seorang perempuan dalam pakaian lingerie hitam telah diguna pakai untuk posting itu. Posisi yang menggiurkan lelaki terpamer tanpa halangan. Wajah yang seakan-akan Fatihah sedang asyik berasmara di atas katil.

"Ya Allah..."

Barangkali ini perbuatan Khairul yang tidak penat mengganggu rumah tangganya. Mahfuz memejamkan mata erat. Memang dia sudah membuat persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi pelbagai kemungkinan ketika membuat keputusan beristerikan gadis yang terlanjur. Namun, hatinya tidak sanggup berhadapan dengan ini.

Isterinya diperlihatkan seperti seorang pelacur. Pakaian separuh bogel itu langsung tidak menyorokkan apa-apa lekukan malah menambahkan keseksian lagi. Khairul telah pun memijak maruah Fatihah.

Air mata hangat seorang suami menitis. Maruah Fatihah juga adalah maruahnya.

Berduyun-duyun pesanan mesej memasuki peti perbualan. Kebanyakan isinya sama sahaja yakni untuk mensahihkan berita tularan yang telah dibuat si fulan. Mahfuz yang hendak menghidupkan enjin kereta terkaku sendiri. Air mata dikesat kasar. Peti perbualan mesej Arif, rakan baiknya dibuka terlebih dahulu. Sungguh pun fikirannya begitu terkesan saat itu.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now