26 Susu

5K 347 43
                                    

"Abang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Abang..." Sedarlah gadis itu setelah sekian lena yang panjang. Matahari menjadi condong ke barat menandakan hampir tamatnya waktu Asar. Nafas dalam ditarik Fatihah. Apabila dia hendak bangkit dan duduk, kawasan kemaluannya menyeri sakit.

Enam jam lamanya Fatihah terlelap setelah bersalinkan putera sulung. Dia tidak sedar pun bahawa perutnya sudah pun kempis. Telapak tangan hendak mengusap perut yang disangkakan masih memboyot, lantas tindakan Fatihah terhenti. Sedarlah ia bahawa tiada lagi janin di dalam rahimnya yang dikandung selama sembilan bulan.

Fatihah mula cemas. Hampir menangis gadis itu di atas katil. Segalanya samar-samar pada ingatan jangka pendek. Dia bersangka bahawa bayinya hilang akibat keguguran, kawasan kemaluan pula sakit akibat kontraksi. Tempat peranakannya belum pun lagi sembuh.

"Abang..." panggil Fatihah separuh berbisik.

Wajah Mahfuz menyapa di muka pintu. Dia benar-benar menginginkan lelaki itu ada di sebelah. Air mata menuruni lekukan wajah lesu Fatihah. Tiadalah kebimbangan itu melainkan kerana cintanya pada kandungan. Dipanggil lagi panggilan suami hinggalah Mahfuz berlabuh di sebelah dan mendakap tubuhnya.

"Sayang dah sedar? Sakit dekat mana? Biar abang ubatkan..." pujuk Mahfuz. Tangan melingkari tubuh genit isteri.

"Sakit... rahim... Baby dah tak ada..." Esakan Fatihah tidak berlagu. Mujur saja Mahfuz cepat hadir ke kamar jika tidak, pasti gadis itu meroyan akibat kecelaruan emosi. Kehangatan tubuh suaminya memujuk rasa itu.

"Sayang, sayang dah beranak anak lelaki tengah hari tadi. Memanglah perut ni dah kosong..." terang Mahfuz bersulamkan senyuman manis. Tubuh Fatihah diusapnya buat menyalurkan kekuatan. Diseka tangis isteri itu lalu dikucup pula wajah terpinga-pinga Fatihah.

" Dah lahir?" Fatihah memandang lelaki yang sungguh dekat dengan wajahnya. Malah hampir seluruh tubuh berada dalam dakapan sang suami. Nampaklah betapa badan Mahfuz lebih bidang berbanding dia yang kecil ini.

"Ya, anak lelaki... Anak kita sihat... Sayang sihat?" Mahfuz segera menjatuhkan kepala. Saki baki air mata dihapuskan lagi. Anak-anak rambut yang bermain di wajah diraup ke belakang meninggalkan wajah lesu Fatihah jelas tuk dipandang.

"Sakit..." Fatihah menggeleng lemah. Dia dapat merasakan separuh tenaga tiada saat itu. Kepala disandarkan pada dada Mahfuz mahu bermanja dan mengadu sakitnya. Wajah disorokkan lagi menghadap badan lelaki itu. "Mana baby..."

"Baby ada dekat belakang sayang... Tak perasan, ya?" Mahfuz tersenyum kecil. Mata hazel dilirikkan ke arah belakang Fatihah. Terdapat sekujur tubuh kecil sedang terlelap berselimutkan kain pada seluruh badan kecuali wajahnya yang kemerahan itu.

Fatihah statik di dada sang suami."Tu anak kita?" Masih berjaga-jaga. Hanya sedikit badan tertoleh mahu melihat makhluk asing berkenaan.

"Kalau sayang dah larat sikit... Bolehlah susukan anak kita. Kesian dia tak makan apa-apa lagi..." bilang Mahfuz.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now