12 OKT

4K 334 76
                                    

.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).
.
.
.


Bunyi azan berkumandang didengari dengan kesyahduan. Gemaan kalimah Allah nun di langit tinggi, menyeru para umat Islam segera menunaikan solat fardhu Zohor. Dia tercegat di belakang sekali sambil memerhatikan jemaah muslimat memasuki saf hadapan.

Hanya di sini sahaja ketenangan bisa dijumpai. Dia tidak pandai solat, jadinya sekadar pemerhati dikala yang lain beribadah.

"Fatihah, kalau tak boleh solat duduklah dekat luar," tegur Ustazah Najwa. Gadis itu dipandang lama. Rasa sakit hatinya menjalar dalam diam tatkala melihat perbuatan suami yang tidak menundukkan pandangan pada gadis itu tempoh hari. Rasa nak membantu Fatihah pada awal pun memudar. Tidak dinafikan rupa paras Fatihah amat jelita jika ditatap lama.

Hakikatnya, Fatihah langsung tidak melakukan apa-apa. Dia hanya duduk di masjid dan memerhatikan orang sekeliling hingga harinya bertemu senja.

"Kenapa pula?" bentak Fatihah perlahan.

"Takut tertiris pula nanah dan keputihan awak ke karpet masjid."

Fatihah kehilangan kata.

Hatinya sakit. Sungguh biadap perkataan itu, seolah-olah mengatakan tubuh Fatihah seluruhnya jijik dan kotor padahal dia begitu menjaga rapi akan segalanya.

Kadang-kadang hati juga tertanya. Apakah begini layanan orang alim pada perempuan tidak setaraf?

Malas hendak bertelingkah, Fatihah mengangkat kaki pergi ke kaki lima masjid. Dia memeluk tubuh dan kekal berjalan hingga ke pondok di luar sana. Suasana di dalam masjid itu diintai sepi. Sungguhpun hati mahu berhijrah, matanya tidak nampak apa-apa jalan. Yang ada cuma duri menyakitkan seperti kata-kata wanita bertudung labuh itu.

Penat juga hidup begini. Duit poket makin berkurangan hari demi hari. Dia juga perlu membeli ubat buat menyembuhkan luka alat sulitnya. Masalah wang akan menjadi kemelut tidak lama lagi. Perlukah digadaikan maruah untuk sesuap nasi?

Fatihah tersenyum pahit. Baguslah Tuhan jadikan dia berpenyakit begini, sekurang-kurangnya tidak ada lelaki yang mahu meniduri dia sekaligus dosa zina terhindar. Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Cuma dia saja yang buta dan tuli.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now