20 Terima

4.2K 356 35
                                    

"Fatihah, ummi ada khabar gembira." Puan Munirah mengusap wajah gadis jagaannya.

Mata bundar Fatihah membalas pandangan. Dia sekadar membuat sanggul akan rambut panjangnya bagi membiarkan jinjang leher bernafas. Penat menahan sakit senggugut yang bukan main teruk lagi kali ini. Dia tidak mampu berjalan turun ke bawah buat berjumpa ummi. Maka, ummilah yang akan naik ke tingkat atas dan membawa makanan.

Di bilik itu, Fatihah kerap ditemani Puan Munirah. Dia sungguh terhutang budi pada bonda Mahfuz yang melayannya sebagai sebaik-baik tetamu.

"Mahfuz dah setuju untuk bernikah dengan Fatihah. Fatihah okay ke kalau berkahwin dalam masa terdekat?"

Degupan jantung terasa di permukaan. Fatihah mengetap bibir. Sungguh diri itu belum bersedia lagi untuk menjadi isteri kepada anak tuan rumah tersebut. Sebolehnya, dia mahukan tempoh tiga kali suci itu habis dahulu buat memulihkan akibat ketagihan onani. Takut nanti Mahfuz terkesan dengan keadaannya yang sedikit menyedihkan. Dia tidak punya nafsu terhadap lelaki itu hingga ke hari ini. Memang pun hati memekarkan bunga cinta namun cebisan nafsu menghilang semenjak merosakkan diri dengan kemaksiatan.

"Ummi, Fatihah rasa keputusan ni melulu sangat... Fatihah pun tak habis lagi tempoh suci... Boleh berikan masa..." ujar Fatihah. Begitu laju degupan jantung.

"Mahfuz kata dia boleh tahan diri daripada buat hubungan intim walaupun nikah sebelum tamat tempoh suci. Anak ummi cuma nak jaga Fatihah. Bahaya Fatihah tidur seorang diri dekat tingkat atas ni... Biar Mahfuz yang temankan." Sisa gangguan makhluk halus tempoh hari masih menghantui Fatihah hingga ke saat itu. Mahfuz juga yang akan datang ke bilik ditemani ummi dan membacakan ayat ruqyah. Mahfuz juga seorang manusia, khuatir kekerapan berjumpa dengan Fatihah akan menghadirkan fitnah kepada anak lelakinya.

"Fatihah takut... Tak bersedia..." Geleng Fatihah berkali-kali. Malah dia merasakan banyak lompong pada diri, soal ilmu dan segala macam. Dia bukanlah seorang gadis muslimah seperti yang diinginkan semua lelaki.

"Sayang... Dengar cakap ummi... Fatihah tak pernah tinggal solat taubat, kan?" soal Puan Munirah. Tangan Fatihah dipegang kedua-dua.

Fatihah menjatuhkan wajah sekali. Solat taubatnya tidak pernah ditinggalkan walau sekali melainkan ketika datang haid. Sejak berada dalam jagaan ummi, itulah yang dilaziminya sebelum belajar kitab Awjazul Mukhtasarat di siang hari bersama-sama ummi juga. Di sini dia begitu terpelihara.

"Bila darah haid dah habis... Lazimi solat istikarah selepas solat taubat. InsyaAllah, Allah akan berikan jawapan terbaik. Ummi tak paksa Fatihah untuk terima Mahfuz secepat ini. Cuma... Ummi nak Fatihah tahu yang walid dan ummi dah lama terima Fatihah sebagai anak kami. "

Patah bicara ummi kedengaran ikhlas di gegendang telinga. Fatihah dijerut rasa bersalah. Separuh dirinya mahukan suami seperti Mahfuz, separuh lagi menidakkan kesempurnaannya buat menjadi milik lelaki itu. Sungguh tidak tenang.

" Ummi, sejujurnya Fatihah jatuh hati pada Mahfuz... Fatihah memang nak bersuamikan dia. Ummi dan walid pun terlampau baik pada Fatihah... Fatihah nak terus berbakti sebagai seorang anak," kata Fatihah. Seluruh jemarinya bertukar sejuk, dia gementar.

"Jadi? Apa yang membimbangkan Fatihah... Ceritakan pada ummi... " Ummi cuba menenangkan gadis muda itu.

"Takut..." Fatihah sendiri tak mampu mengungkapkan kata-kata. Dia terkelu dan agak terkejut akan khabaran Mahfuz yang mahu bernikah dengannya dalam masa terdekat.

"Tenangkanlah hati dengan istikarah... Ummi akan terima apa jua jawapan Fatihah. Ya, sayang?" Puan Munirah mengusap lengan Fatihah. Perasaan dilamar seseorang memang tidak dapat digambarkan. Wajar sahaja anak gadis ini gementar dan kelu lidahnya.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now