22 Bayi

4.8K 333 83
                                    

"Tak guna betul perempuan tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tak guna betul perempuan tu... Dia bagi aku penyakit!" bengang Khairul.

Stereng kereta dihentak dengan buku lima. Dia serabut, jiwanya kacau bilau. Sakit ini mengganggu urusan seharian bahkan dia terpaksa menahan diri daripada berzina dengan siapa-siapa untuk kebaikan diri. Jika tidak, penyakitnya akan bertambah teruk. Sebagai seorang lelaki, dia telah pun hilang manhood dan tidak akan dapat memuaskan nafsu mana-mana perempuan. Zakarnya tidak dapat bertahan walaupun seminit apatah lagi untuk mengeluarkan mani. Hormon seksnya juga menjadi tidak normal.

Wajah diraup kasar.

"Kau buat laporan polis sekali pakej bagi aku penyakit!" Dada beralun deras. Urat di pelipis menegang dan terik. Sungguh kemarahannya memuncak tinggi.

Hendak membuang air kecil pun bagai suatu azab. Mujur sahaja peringkat jangkitan kumannya tidak memerlukan hingga zakar dipotong. Jika tidak, sudah tiada beza antara dia dan mak nyah yang membuang kemaluan semata-mata untuk berupa paras perempuan.

Penyakit kelamin sememangnya boleh berjangkit atau tersebar sekiranya individu yang menghidapi penyakit kelamin melakukan seks secara oral. Dia memgutip kuman ini daripada si jururawat yang dirogol ketika di hospital. Berangkai kuman disahkan positif melalui ujian air kencing, darah dan swab pada zakar antaranya SifilisChlamydia dan Gonorrhoea. Seolah-olah Khairul telah memenangi hadiah utama cabutan bertuah yang merupakan suatu azab dunia. Kemaluannya pedih dan perit.

"Nurse tak guna tu... Sabar kau... Kalau melayang pelempang aku ni, tahulah kau." Terkumat kamit amarah. Gear kereta dilepaskan. Sebelah tangan memilih satu lokasi berdasarkan alamat yang diberikan anak guaman. Peguambelanya tempoh hari ada memberikan alamat rumah Alya, yang mendakwanya atas kesalahan kes rogol. Tidak pasti sama ada gadis malang itu masih dalam lindungan polis atapun tidak. Khairul melulu sahaja, pacuan hitam legapnya dipecut ke satu kawasab di luar bandar. Daripada kawasan berbangunan, hinggalah di kiri dan kanan hanya terdapat ladang pokok getah yang busuk baunya.

Hangat di hati tak siapa tahu. Badan itu yang harus menanggung segala penyakit kiriman sang jururawat. Pedal minyak ditekan, mata helang mencerlung pada laluan yang terbentang luas. Fikirannya kosong. Sudah tidak kisah sama ada itu perempuan yang lemah, asalkan tempias kemarahannya dapat diluah.

Tiba sahaja di sekitar lorong kecil, kelajuan terpaksa diperlahankan. Khairul meliarkan mata ke sekitar berpandukan skrin telefon. Namun, tidak lama selepas itu sambungannya terputus. Seolah-olah Tuhan melarang lelaki ini daripada terus menyakiti seorang gadis yang pernah dirogol. Talian yang digunakan Khairul tidak mempunyai rangkaian di kawasan perkampungan berkenaan.

Dia masih bertekad mahu berjumpa Alya. Nombor rumah dilekatkan ke kepala, lorong pula dibaca dengan baik.

"Aku takkan lepaskan kau. Apa nama kau? Alya?" Lelaki itu berdecit. "Betina sundal..."

Tidak sangka hari sudah pun lewat. Nampaknya dia hanya berlegar di kawasan yang sama.

Sebaik sahaja matahari terbenam, suara azan bergema sayup di langit kejinggaan. Pemanduan Khairul terhenti berhampiran kawasan masjid. Sungguh jelas sekali Hidayah Allah itu. Azan Maghrib berkumandang untuk menyedarkannya bahawa telah tiba waktu Mahgrib bagi kawasan terdekat.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now