24 Beranak

5K 361 25
                                    

Beberapa purnama berlalu hingga perutnya yang kecil berasa terik ke depan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa purnama berlalu hingga perutnya yang kecil berasa terik ke depan. Bunting sulung itu amatlah teliti dijaga oleh kedua-dua orang tua dan suami tercinta. Tulang belakangnya sudah lenguh dengan bawaan janin cukup bulan. Mahu berjalan tidak mampu, maka si gadis berkain batik itu hanya duduk di sofa ruang tamu. Perut boyotnya diusap kasih, itu anak sulungnya dengan suami tercinta. Tidak tahu pun jantina kerana Mahfuz mahu mereka terima seadanya nanti.

"Ummi..." panggil Fatihah. Sebelah tangan menggenggam kain sofa dek sakit di pangkal rahimnya. Pengecutan berlaku setiap 10 minit, dia mula berasa tidak senang.

"Ya, sayang. Fatihah rasa sakit?" Hadirlah seorang wanita setengah abad yang sudah dianggap Fatihah sebagai ibu kandung.

"Sakit sangat..." Fatihah mengangguk. Dia sendiri khuatir andai masa bersalin akan tiba. Sakit cengkaman kali ini lebih kerap berbanding hari sebelumnya.

"Nanti ummi telefon doktor dan bidan ya? Kita masuk bilik dulu dan berbaring," kata Puan Munirah. Dipimpin menantunya berhati-hati sepanjang melangkah ke kamar Mahfuz. Mahfuz tiada di siang hari, anak bongsu walid itu sedang mengajar di rumah pengajian.

Sememangnya kamar Mahfuz ini telah dibersihkan ummi semampu yang boleh. Langsir dan segala macam direndamnya dengan antiseptik dan bauan pelembut pakaian yang menenangkan. Lantai pula dimop juga hinggakan tiada habuk berani menyinggah. Namun, Mahfuz yang melakukan lebih banyak kerja pembersihan. Siling dibersihkan, juga setiap kepingan bilah tingkap kaca. Semua itu khas buat menyambut cahaya mata sulung rumah itu.

Fatihah semakin berisi badannya. Betis putihnya melebar seraya kandungan sihat membesar, urat-urat hijau jelas kelihatan menandakan kulitnya yang hampir sama dengan warna kuku. Naiklah gadis itu ke katil dan berbaring di sisi mertua. Haruman wangi yang menenagkan menyucuk hidung, lalu hati ibu hamil itu sedikit terpujuk. Bau itu berasal daripada bakaran lilin wangi yang dibelikan Mahfuz tempoh hari semata-mata untuk melenakan Fatihah di waktu malam. Dek kerap menyatakan tidak mampu melelap mata kerana lenguh badan, sang suami mengikhtiarkan beberapa perkara termasuklah membeli lilin aromaterapi dengan harapan isteri tercinta akan selesa.

Fatihah memandang wajah ummi. Rambutnya sedang disimpul sanggul tinggi ke atas kepala. Selesanya di sisi Puan Munirah yang begitu menyayanginya. Fatihah masih berdebar tidak henti. Apabila sakit itu datang, gadis hamil itu memejamkan mata menahan sakitnya. Kedudukan Fatihah yang terbaring berselimut menampakkan betapa menggunungnya kandungan. Rahimnya sudah begitu sarat.

Selang 10 minit, hadirlah beberapa wanita bertudung litup. Mereka mengatup pintu cermat dan menghadiahkan senyuman penenang kepada Fatihah yang terbaring. Itulah bidan dan seorang pelayan yakni jururawat perubatan. Seharusnya seorang doktor perempuan turut hadir, mungkin dalam perjalanan. Kesemua mereka yang dibayar untuk menyambut zuriat Mahfuz itu berkelakuan baik dan amanah.

Fatihah mendongakkan wajah. "Ummi, Mahfuz dah tahu?"

"Ya, sayang. Ummi dah telefon Mahfuz juga," jawab Puan Munirah. Peluh dingin yang merenik atas dahi menantunya dikesa dengan suatu sapu tangan putih bersih.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now