25 Istimewa

4.8K 345 62
                                    

Banner by the_nismicha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Banner by the_nismicha

***

Dibiarkan sang isteri berada dalam kelubung selimut. Lelaki berkopiah itu menyinsing lengan jubah dan menapak berhampiran bidan dan bondanya.

"Mahfuz tak pernah jaga anak, kan?" soal bidan itu. Sungguh kecil segala telapak tangan dan hidung bayi Fatihah dalam cempungan bidan. Bidan terlatih itu sedang duduk bersila di lantai dan menanti air mandian bayi disiapkan jururawat.

"Tak pernah..." jujur Mahfuz. Manakan pernah jika dia ini anak bongsu. Tambahan pula anak buah sendiri tak pernah disentuh kerana berada jauh di luar negara sana.

"Duduklah sini mak cik ajarkan cara mandikan anak kamu... Esok lusa, kamu yang akan mandikan dia juga... Jangan biarkan Fatihah buat kerja berat, dia kena pulihkan dulu rahimnya. Kalau Mahfuz buat kerja berat, tak apa," usik bidan berkenaan ramah.

Mahfuz pun segera melipat kaki bersila bersebelahan ummi. Terasa ada usapan tangan di tulang belakang, lelaki itu berpaling kepada ummi.

Puan Munirah yang sedang mengusap Mahfuz menyimpulkan senyuman. Biar pun bukan Mahfuz yang melahirkan, anak lelaki walid dan ummi itu boleh tahan pucat wajahnya. Tidak biasa lagi untuk menimang cahaya mata. Bahkan dia sedikit takut meskipun telah banyak kitab mengenai pendidikan anak dibaca. Ilmu itu ada, kini tiba masa untuk mempraktiskan ke atas anak sendiri dengan cara didikan seperti para orang alim.

Sebuah besen berisi air suam disediakan berdekatan. Muka bayi itu dikesat bidan dengan suatu kain celupan air suam yang tidak diletakkan apa-apa. Kemudian, kepala si kecil disabun dengan perlahan-lahan. Rambutnya hitam melebat. Terhapuslah segala sisa darah dan lendiran.

Dahulu bayi itu terkepung dengan segala air ketuban bahkan keadaannya amat selesa. Dalam rahim Fatihah, kehangatan dan makanan tidak perlu dirisaukan. Kini, dunia fana' sedang didedahkan pada si kecil. Tangisannya yang perlahan meledak. Kepala bayi itu dibilas dan dikeringkan pula.

Secarik kapas yang telah dicelup minyak zaitun dihulurkan pada Mahfuz. Mahfuz mula memegang kapas itu dengan tangan kanannya. Seluruh badan anak sulung yang kemerahan disapu minyak zaitun oleh sang ayah. Setelah itu, barulah sabun disapu Mahfuz mulai dari hujung kaki dan tangan membawa ke arah jantung.

"Dah siap sabun?" soal bidan pada Mahfuz.

Mahfuz mengangguk, setiap inchi kulit bayinya sudah disapu sabun. Dia diserahkan pula bayi itu. Sungguh kecil tubuh zuriatnya. Mahfuz mendukung anaknya penuh cermat.

"Bilas badan dia pula dengan air suam ni." Bidan terlatih itu menarik besen air ke arah ribaan Mahfuz.

Pada mulanya Mahfuz agak khuatir kerana tangannya tidak pernah memandikan bayi baru lahir. Namun, setelah bidan itu memberi tunjuk ajar, dapatlah Mahfuz mengikut tingkahnya perlahan-lahan. Tubuh bayinya dibilas di dalam besen air. Tiada satu pun lebam biru kehijauan di tubuh bayi itu. Kulitnya senada warna, putih kemerahan.

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now