28 Hijrah

4.3K 397 40
                                    

Lepas sahaja minggu pertama dilahirkan, Uwais tidak henti menerima ziarah sahabat-sahabat walid dan ummi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Lepas sahaja minggu pertama dilahirkan, Uwais tidak henti menerima ziarah sahabat-sahabat walid dan ummi. Terkadang ada juga pelajar Mahfuz yang memanjangkan langkah ke rumah itu untuk memberikan buah tangan tanda kasih mereka pada putera sulung Mahfuz. Sungguh banyak hadiah diterima si kecil sedang dia tidak pun meminta apa-apa melainkan ingin meminum susu sang ibu. Uwais anak yang tak banyak ragam, senang sahaja Fatihah hendak berehat kerana anak itu mudah terlelap. Badannya nampak sahaja kecil, namun berat bayi itu diumpamakan empat kampit gula 1kg.

"Uwais sihat?" Gadis bertudung bawal itu gembira dapat melihat wajah Fatihah. Sudah lama hendak bertemu namun kakak angkatnya ini kelihatan agak sibuk dengan hal peribadi.

"Alhamdulillah, sihat. Tengah tidur dekat dalam," bilang Fatihah. Dia menghidangkan dua cawan air sejuk dan sepinggan kek cawan buat santapan tetamu.

"Maaflah saya bawa buah tangan ni je... Saya tak ada duit nak beli mahal-mahal..." Sofia meletakkan satu beg plastik kecil di atas meja kopi berkenaan.

"Wah... Kak sofia pun bawakan hadiah untuk Uwais? Mesti Uwais gembira..." Fatihah langsung tidak kisah akan isi di dalam plastik itu. Dia menghargai setiap pemberian tetamu yang hadir buat anaknya. Beg plastik itu disambut dengan tangan kanan. "Terima kasih, Sofia... sebab melawat akak..."

"Sama-sama..." Remaja perempuan itu tersenyum kecil. Lega pemberiannya yang murah disambut baik. "Abang Mahfuz kerja ke?"

"Ya, kerja," kata Fatihah.

"Pia nak tanya, kenapa kak Fatihah pilih abang Mahfuz?" soalan cepumas itu terlantun pula. Ada satu kegusaran yang dihadapi, maka dia inginkan jawapan.

Fatihah yang duduk di sebelah tersenyum kecil. "Sebab Mahfuz ada apa yang akak cari... Dialah lelaki paling melengkapi akak. Pertama, ilmu agamanya tinggi berbanding akak. Kedua, adab dia dengan ibu bapa memang terjaga. Maknanya, dia seorang lelaki yang beradab lepas kahwin nanti... yang akan layan isteri dia di tempat selayaknya. Ketiga, dia ada persekitaran yang baik... yang akan membentuk akak. Keempat, segalanya tentang Mahfuz akak suka. "

Khusyuk Sofia mendengar cerita yang meniti di bibir delima Fatihah. " Akak mengorat abang Mahfuz? "

" Mulanya ingatkan nak buat macam tu... sebab akak memang tekad nak kahwin dengan Mahfuz. Tapi Mahfuz asyik elakkan diri, jadi akak mengoratlah ummi. Akak banyak kenal Mahfuz melalui ummi... Ummi pun terima akak dan cadangkan pada Mahfuz. "

"Seronoknya macam tu..."

"Banyak benda yang akak lalui untuk bernikah dengan Mahfuz, tak mudah juga. Akak asyik menangis dan macam-macam lagi." Hampir saja Fatihah berputus asa dahulu tatkala Mahfuz melenting nama Fatihah diusulkan buat menjadi calon isteri. Dikatanya gadis ini tidak setaraf. Namun, sikap Mahfuz berubah selepas bangkit dari koma yang panjang.

"Saya pun ingat nak kahwin dengan boyfriend saya..." khabar Sofia.

"Iya? Sebelum kahwin kena selidik dulu tahap agamanya... Kalau buat pilihan salah nanti sengsara."

 FATIHAH : MAHFUZ ✓ [C] Where stories live. Discover now