"Suatu hari, aku tak sangka yang dia akan dapat tahu aktiviti kami berdua. Sejak tu, aku terpaksa ugut dia supaya dia tutup mulut. Tapi, dia degil" suara Taehyung mula bertukar sayu. Pandangan matanya terarah kepada selimut putih yang menutup sebahagian kakinya.

"Dia suka bantah cakap aku. Dia hampir bocorkan rahsia aku. Kau nak tahu apa yang patut kita buat pada pembelot? Bunuh! Tapi, aku tak boleh bunuh dia macam tu je. Jadi, aku seksa dia. Sehari demi sehari. Aku suka tengok raungan dia, rayuan dia supaya aku lepaskan dia. Macam irama indah untuk aku" Taehyung mendongak ke siling sambil tersenyum tetapi matanya bergenang dengan airmata.

"Oh, baiklah kalau macam tu. Saya patut biarkan Encik Kim berehat dulu. Mesti Encik Kim penat kan? Paramedics, tolong hantar Encik Kim ke bilik dia. Dr. Koo, sila ikut saya sekejap" Dr. Koo membontoti langkah Dr. Song. Pangkal matanya dilap menggunakan hujung kot.

'Nasib baik kau pesakit aku dan kau bernasib baik yang aku tak kenal kau lebih awal. Kalau tak, memang aku toreh muka kau sampai tak ada orang boleh cam!' riak wajah Dr. Koo bertukar bengis.

"Dr. Koo, sepanjang menjadi seorang doktor, kita kenalah bijak kawal emosi. Jangan terlalu ikutkan perasaan. Pesakit boleh teraniaya dan doktor sendiri pun boleh terkena kemurungan" tegur Dr. Song setelah menyedari perubahan wanita itu. Keluhan kecil terlepas dari bibirnya.

"Ada betul juga apa yang doktor cakap. Saya tak sepatutnya terlalu beremosi masa kendalikan kes-kes macam ni. Jadi, kenapa doktor suruh saya ikut tadi?"

"Saya dah periksa e-mel saya. Apa yang diceritakan oleh Taehyung tadi sepadan dengan e-mel yang Pn. Kim hantar" telefon bimbitnya diserahkan kepada Dr. Koo supaya dia boleh melihat isi kandungan e-mel itu.

"Jadi, perempuan tu adalah Jihae. Lelaki bengis tu pula Taehyung?" Dr. Song mengangguk.

"Terima kasih, doktor sebab bantu saya. Saya akan usahakan rawatan terbaik untuk Encik Kim. Saya minta diri dulu" Dr. Koo beredar dari ruang kerja Dr. Song Minho.

S

K

I

P


"Selamat pagi, Jihae! Esok jom pergi kampus sama-sama?" kedengaran suara riang Minhyun dari hujung talian. Jiji hanya tergelak kecil dengan kelakuan comel Minhyun. Teringat pula dia kepada Taetae yang dulu.

"Tapi, saya dah bagitahu abang saya. Dia nak hantar"

"Alah, pwease! Kita pergi sama-sama. Ya? Ya?" kini, dia mengajuk pelat kanak-kanak untuk memujuk Jiji.

"Yalah, baby besar! Pukul 9 saya tunggu awak. Kalau lambat, saya tinggal"

"Sebelum Subuh saya sampai! Okay, janji tahu? Bye!" talian dimatikan. Jiji menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Macam-macam!" gumamnya sendiri.

"Ha! Senyum-senyum! Ada apa-apalah tu" Jisung bersandar pada pintu bilik Jiji sambil melahap ramen.

"Ha! Suka curi dengar orang sembang! Nanti telinga kau besar sebelah, padan muka! Pergilah makan dekat meja sana. Sibuk je nak kacau aku. Rumah ni dah tak ada meja ke?"

"Aku tahu~ Kau tengah angau kan~ Dengan budak hari tu kan~ Kan~ Kan~" Jisung tersengih creepy ke arah Jiji.

"Sebelum ramen kau terbang ke Marikh, lebih baik kau keluar. Stres baby aku sebab dapat pak cik macam kau. Shuh shuh!" Jiji menghalau Jisung keluar dari biliknya seperti anak ayam.

"Kau ingat, eh! Kau mengidam, aku tak nak tolong kau beli apa-apa lepas ni" Jisung memuncungkan mulut di meja makan.

"Kalau kau berani, aku jual ID PUBG kau!"

"Okay, fine!" maka bertambahlah muncung Jisung menjadi 1 kilometer.










*Annyeong! Huhu dah bagi double update ni 😎 Mohon appreciate 😗*

*Salam sayang dari author, sayang korang ketat-ketat 😘💓*

Special promote for my little babyboo.. _AliaNuts Do show some love and support 💜 Korang boleh follow dia.. Kalau nak followback, mention je 💯

 Kalau nak followback, mention je 💯

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Immature Husband 미성속 한 남편 💜kth💜(16+) •✅•Where stories live. Discover now