SAYONARA!RAYYAN (SPECIAL 2)

6.7K 205 18
                                    

"Sofia,kamu yakin ke dah nak balik rumah kamu semula ni?"tanya Puan Sri Alisa,memandangkan Sofia membuat keputusan untuk kembali semula ke rumahnya.

"Nak senang kamu pindah je dekat sini balik Sofia."ajak Tan Sri Rahman.

"Ha,kalau adik taknak tinggal sini pun,adik boleh balik rumah kita.Tinggal dekat sana.Rumah adik tu boleh jual."Encik Shakir memberi cadangan.

Puan Humairah mengangguk,bersetuju dengan cadangan suaminya.

"Takpe ma,pa,abah,umi.Sofia nak tinggal dekat sana dengan Rayhan.Banyak kenangan dekat sana.Lagipun rumah tu Ray..Rayyan beli sendiri.Sayang kalau jual."

"Kalau kamu kata macam tu kami dah tak boleh nak paksa.Dah siap kemas ke baju-baju kamu dengan Rayhan?nak umi tolong?"

"Dah umi,lepas Isyak tadi terus kemas,takut esok tak sempat sebab nak balik pagi."

"Yelah."



Usai menidurkan Rayhan,Sofia segera keluar ke  laman kerana mendapat mesej daripada Rafieq yang mengatakan hendak berjumpa dengannya.

Sofia mengambil tempat di atas bangku yang agak berjauhan dengan Rafieq.

"Ada apa awak nak jumpa saya?"

Rafieq merenung Sofia seketika.Sempat dia mengeluh perlahan.

"Saya tak penting ke kepada awak?Walaupun sekadar kawan?"

Sofia mengerutkan dahinya,tanda tidak mengerti dengan soalan Rafieq.

"Kenapa awak tak bagitau saya yang awak nak balik rumah awak esok?"

"Ini bukan rumah saya Rafieq.Tak manis jika saya tinggal dekat sini,tapi Rayyan dah takde.Lagipun,saya rindu dengan rumah tu."

"Awak betul-betul nak pindah sana?dan tinggal berdua dengan Rayhan?"Rafieq meminta kepastian.

Sofia mengangguk yakin.

"Oklah,esok saya hantar awak."

Sekali lagi Sofia mengangguk,memandangkan dia masih takut  untuk membawa kereta.












Sofia memandang sekeliling ruang tamu.Masih terdengar dan terasa ucapan manis serta sentuhan hangat suaminya.

Baru sekejap dia tiba di rumah itu selepas dihantar oleh Rafieq sebentar tadi,namun hatinya tidak kuat untuk menanggung rindu terhadap Rayyan.

Bunyi rengekan Rayhan menyentakkan lamunannya.

"Rayhan lapar eh?kejap ye,kita bawak naik beg ke bilik dulu ye sayang."

Sebenarnya Rafieq sudah menawarkan diri untuk membawa begnya ke dalam namun ditegah oleh Sofia,katanya tak elok memandangkan hanya dia dan Rayhan sahaja yang berada di dalam rumah itu.

"Saya janji,saya akan kuat Rayyan."

Ya,dia berjanji,dia akan kuat,demi keluarga,sahabat dan yang paling penting,demi Rayhan.











Ika menghampiri suaminya,Fakhrul yang sedang asyik membaca dokumen-dokumen tentang kliennya.

"Abang,saya kesian la tengok Sofia tu."

Fakhrul  memandang wajah isterinya yang sedang berbadan dua itu.

"Nak buat macam mana.Ini permintaan dia,anggap je ini permintaan terakhir dia."ujar Fakhrul sambil ketawa kecil.

"Hish abang ni,naknye jadi betul macam mana."

"Abang gurau je la sayang,Rayyan sahabat abang,abang taknak tengok dia ataupun orang yang dia sayang sedih.So,awak kena la bagi mental support kepada Sofia."

Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now