TBAP 43!

10.1K 247 6
                                    

     
     Rafieq termenung memandang kawasan tersebut.
Tenang,tak seperti di bandar.
Dah hampir seminggu dia berada di Kelantan.
Selama itu jugalah dia mengingati kenangannya bersama Sofia.

Direnungnya air pantai yang dipukul ombak.
Pantai inilah yang merupakan kenangan terindah dia dengan Sofia.
Tempat inilah yang mempertemukan Rayqal dan Sofia untuk kali pertamanya.

"Well,ada orang termenung la pulak."tegur seseorang daripada belakang.

Rafieq menoleh lalu tersenyum nipis.

"Susah aku nak lupakan dia,aku ingat lepas dua tahun aku pergi,bila balik sini aku boleh jadikan dia yang halal untuk aku.Jujur aku kata cuma dia satu-satunya perempuan yang buat aku jatuh cinta.Tapi..aku tak sangka yang dia dah kahwin,dengan adik aku pula tu."luah Rafieq.Biarlah dia luahkan,daripada dia rasa sakit,lagipun orang yang menegurnya dah tahu tentang perasaanya,bahkan daripada dahulu lagi.

"Bunga bukan sekuntum,permata tidak semua mudah pecah,bidadari mungkin masih ada,wanita solehah masih wujud buat kau Fieq.Kalau kau percaya Allah,kau tentu yakin dengan segala perancangan-Nya.Dia dah tetapkan yang Sofia bukan jodoh kau,percaya lah Fieq,setiap yang ditakdirkan itu ada kebaikan.Kalau kau ikhlas cintakan Sofia dulu kerana Allah,kau pun kena ikhlas lepaskan dia,dia dah kahwin,berdosa kalau kau taruh perasaan pada isteri orang,lagi berdosa kalau memutuskan hubungan dengan saudara kita."Panjang 'si penegur' memberi nasihat dan kata-kata semangat.

"Em,aku kena redha dengan segala yang berlaku sekarang ni.In Shaa Allah,aku akan cuba untuk hilangkan dia dari hati dan fikiran aku."balas Rafieq tersenyum.

Faiz,si penegur tersenyum tenang.Untung Faiz bekerja sebagai motivator.
Untung juga Rafieq kerana dibawa ke kampung halaman Faiz yang merupakan teman seuniversitinya dahulu.
Bagaimana Faiz mengenal Sofia?
Kerana dahulu mereka pernah melakukan tugasan bersama-sama secara berkumpulan.Ingat tak?

"Dah la Rafieq,lebih baik kau balik hotel,dah nak hujan ni.Ohya,hari aku dah kena balik KL."

"Oh,Ok,Assalamualaikum."

Jangan anggap Faiz kejam kerana tidak mengajak Rafieq tinggal bersamanya,dia telah mempelawa namun Rafieq menolak,dengan alasan taknak ganggu Faiz dan isterinya.Lagipun rumah ibubapa Faiz.Faiz balik ke kampung pun hanya untuk melawat mereka.







      Sofia memandang suaminya yang sedang termenung di beranda.Walaupun Rayyan cuba untuk menyembunyikan kesedihannya namun Sofia tetap boleh merasakannya.

"Awak fikir tentang Rafieq lagi eh?"

"Tipu la kalau aku kata aku tak fikir tentang dia,aku dah banyak buat salah dengan dia.Aku takut dia marah aku."

Sofia senyum sambil menggenggam tangan suaminya itu.

"Awak jangan fikir sangat,nanti cepat stress,lepastu sakit,saya juga yang merana.Lebih baik sekarang ni awak tidur je."

Rayyan tersenyum mendengar gurauan isterinya.

"Awak jangan risau,Rafieq pasti tak akan marah,mungkin dia cuma terkilan."pujuk Sofia.

"Em."

"Eyy,kan comel Tengku Buaya senyum macam ni."ejek Sofia.

"What??kau.."

Sofia berlari masuk ke dalam bilik.

Rayyan menggelengkan kepalanya perlahan,bibirnya mengukirkan senyuman.

"Terima kasih Allah,hadirkan dia dalam hidup aku."






     

Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now