TBAP!! 10

11.6K 343 2
                                    

Akhirnya, setelah cuti sem yang pertama, Nur Sofia Amirah kembali menjejakkan kaki ke universiti.

"Ehem, amboi..dah tak rindu kawan ke?" tegur seseorang.

"Tak, awak kawan saya ke?" ujar Sofia tanpa memandang ke arah pemilik suara tadi.

"Sampainya hati...nak merajukla.."

"Awak bukan kawan saya, tapi awak sahabat saya..In shaa Allah dunia akhirat." balas Sofia lalu berpaling ke arah pemilik suara tadi.

"Hehehe..."

"Ika...what a lovely girl!"

Sofia sedikit terkejut melihat perubahan Ika. Alhamdulillah, dia dah dapat hidayah untuk bertudung.

"Eh? melebih pulak awak ni Sofia.." ujar Ika sedikit malu..

"Betullah..siyes cantik lah awak berhijab macam ni.."

Ika hanya tersenyum mendengar pujian dari sahabatnya itu.

"Jom gi cafe dulu, sebelum masuk kelas."

Sofia mengangguk tanda menuruti kata-kata Ika.




"So...macam mana percutian awak? mesti best kan..dahla dengan abang handsome tu.." tanya Ika excited.

Eh Ika ni..tak abih lagi dengan gatal..

"Ok je, cuma abah ngan umi saya tak dapat ikut..abah ada kerja."

"O..."

"Awak pulak? camne boleh dapat hidayah untuk berhijab?"

"Macam awak kata dulu, Allah akan beri pada sesiapa yang dia kehendaki. Dan..Alhamdulillah,   saya happy dengan saya yang sekarang." jelas Ika.

Sofia Amirah tersenyum.








Sofia dan Ika mengambil tempat duduk setelah masuk ke dalam dewan. Tak sampai 5 minit, suasana yang tak berapa nak bising mula bertukar riuh..sebab? ha....tu..

"Guys...look, siapa yang dah masuk dewan, our prince charming." ujar seorang perempuan yang bernama Eri, boleh dikatakan budak hot la jugak.

Tengku Rayyan tersenyum manis kerana tahu dia menjadi tumpuan.

"Hai guys, long time no see.." ujar Rayyan lalu mengambil tempat di sebelah seorang perempuan.

"Hai Rayyan, so...apa you buat masa cuti? tak kan dok rumah je.." tanya perempuan tersebut, Linda.

"Masa cuti ha...em..I'm always miss U." balas Tengku Rayyan.

"Ada-ada je la you ni.." Linda tersipu malu.

"Tengok tu Sofia, ish! tak malu betul la.."

"Jangan tengok, maksiat tu.." ujar Sofia malas.

"Tapi...bukanke kita patut cegah kalau nampak maksiat?" tanya Ika kembali.

Bagi Ika, dia cuba untuk belajar mengenai agama Islam dengan lebih mendalam.

"Em, betul kata awak Ika, tapi..sa"

"Good morning class.." perkataan Sofia berhenti apabila Prof.Zahrul masuk ke dewan.

"Morning Prof." balas semua students.

"So...macam mana dengan holiday? best?"

Nasib baik Prof.Zahrul, kalau Prof.Azhar yang masuk, tak ke naya first day dah kena marah.

"Prof punya cuti amacam? best ke?" tanya seorang student yang bernama Amar.

"Eh saya punya cuti best..eh dah dah, jom start belajar."

Kalau di layan perangai students, memang tak belajar la jawabnya.









"Sofia, sepanjang awak dekat Kelantan kan, ada tak jumpa pakwe-pakwe ke? ada ada?" tanya Ika cuba menyakat.

Setelah 3 jam berada dalam dewan, akhirnya mereka telah melepaskan diri dari tekanan belajar. Tapi tak tertekan pun, sebabnya, Prof.Zahrul kelakar.

"Apa awak merepek ni? ish...mengarutla.."

"Mana la tahu..hehe.."

"Sofia!" jerit satu suara.

"Eh, Ira..ada apa?" tanya Ika.

Pelik jugak, tengok Ira ni tercungap-cungap memanggil nama Sofia.

"Ni..Prof.Azhar panggil awak Sofia. Cepat sikit."

Gulp! sudah! Dia ada buat salah ke? tapi apa?

"Ok-ok, saya pergi dulu tau Ika. Thanks Ira."

*************

"Tuk!! Tuk!!"

Bunyi ketukan pintu menandakan Sofia sudah sampai di bilik Prof.Azhar.

"Masuk!" laung suara dari dalam, mestila suara Prof.Azhar tu, kalau tak sape lagi.

"Ha Sofia, duduk dulu."

Sofia mengangguk dan mengambil tempat di atas kerusi.

"Em...ada apa eh Prof nak jumpa saya?" tanya Sofia ragu-ragu.

"Jap lagi saya bagitau, tunggu kejap."

Sofia hanya mengangguk, takut wey..

Beberapa saat kemudian bunyi pintu diketuk lagi.

"Eh? Prof bukan nak jumpa aku sorang ke?"monolog Sofia di dalam hati.

"Masuk!"

Pintu dibuka, maka terlihatlah wajah seorang lelaki.

"Duduk, saya ada benda nak bincang dengan kamu berdua."

Lelaki tersebut mengambil tempat di atas kerusi sebelah kiri Sofia.

"Jadi..Prof, apa yang nak dibincangkan tu??" tanya lelaki tersebut.

"Wah! tak gentar sikit pun dia ni."

Tak sangka jugak Sofia, ada juga yang tak takut dengan Prof.Singa ni.

"Macam ni, sebenarnya kamu berdua telah terpilih untuk mewakili universiti kita."

"Ha? wakil universiti? wakil apa? bola sepak ke?ish! tapi aku mana pandai main bola..mengarutla kau ni Sofia.."

"Jadi, Sofia..awak setuju?" tanya Prof.Azhar mengejutkan Sofia dari lamunan.

"Eh? erk...setuju apa?" tanya Sofia gelabah, boleh pulak tak fokus.

"Haish kamu ni, kamu berdua, wakil untuk presentation tentang cara meningkatkan kewangan negara kita."

"Kenapa Prof pilih saya?" tanya Sofia ingin tahu.

"Sebab kamu dan Rafieq ni pandai buat pembentangan."

"So...kamu berdua setuju?"

"Saya ok je Prof." jawab Tengku Rafieq.

"Saya pun."

"Kalau macam tu, dalam masa tiga hari ni kamu berdua tak payah masuk kelas, terus ke library untuk buat persediaan, boleh?"

"In shaa Allah." jawab mereka berdua serentak.

"Nanti saya bagitau lebih lagi pasal ni."

Mereka berdua mengangguk lalu meminta izin untuk keluar.

-TBC-












Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now