TBAP!! 19

9.7K 359 11
                                    

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, akhirnya hanya tinggal sehari sahaja sebelum Tengku Rafieq Aiman berangkat ke Perth dan belajar di sana.

Rayyan yang sedang leka bermain laptopnya terhenti apabila terdengar bunyi ketukan.

"Hish..." Rayyan tidak menghiraukan ketukan itu.

"Aku nak cakap sikit dengan kau. Aku masuk eh." ucap Rafieq dari luar bilik Rayyan.

Rayyan hanya diam, malas nak membalas kata-kata Rafieq.

Tidak mendengar balasan dari Rayyan, Rafieq segera membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

Rayyan yang duduk di meja belajarnya segera berdiri. Rayyan naik marah apabila Rafieq masuk ke biliknya tanpa izin.

"Sape bagi kau kebenaran masuk bilik aku?" tengking Rayyan.

"Ok-ok, sorry, bagi aku masa sikit, aku nak cakap dengan kau sikit." ujar Rafieq lembut.

Kalau dah sorang api, yang sorang lagi takkan nak jadi api jugak. Jawabnya bergaduh la.

"Ko nak ape?"

"Aku just nak mintak kau hantar aku esok? dekat lapangan terbang, aku nak semua family kita ada time aku nak bertolak tu." terang Rafieq.

Rafieq nak sangat family dia ada ketika dia bertolak ke Perth esok.

"Buat apa aku nak hantar kau? kau yang nak pergi, suka hati kau la. Apa kena dengan aku." jawab Rayyan sinis.

"Aku cuma.."

"Dahla, aku nak kau keluar sekarang sebelum aku naik gila."

Setelah mendapat tengkingan dari Rayyan, Rafieq lambat-lambat berjalan keluar dari bilik tersebut.

"Sampai bila kau nak berdendam dengan dendam yang tak masuk akal kau tu Rayyan.." Rafieq bermonolog di dalam hati sambil menyandarkan diri di pintu bilik Rayyan.

Rafieq berjalan menuju ke arah taman yang terdapat di halaman belakang rumahnya. Taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang ditanam sendiri oleh Puan Sri Alisa.

Rafieq duduk di atas bangku yang telah disediakan.

Pokok bunga yang berada di hadapannya ditenung. Sebenarnya Rafieq bukan melihat bunga, tapi lebih kepada tengah termenung.

Pukul 11.36 malam, namun Rafieq masih tidak berasa mengantuk. Mungkin kerana berdebar sebab esok dia akan berangkat ke Perth dan meninggalkan Malaysia.

"Sofia...tunggu saya, saya janji akan jadikan awak suri hati saya nanti. In Shaa Allah."

***********

"Jahatla kau ni Rayyan, abang kau nak pergi Perth pun kau tak hantar." ucap Fakhrul kepada Rayyan.

Rayyan hanya pura-pura tidak dengar apa yang dikatakan oleh Fakhrul.

"Rayyan, kau ni..aku nampak cam happy je semenjak abang kau nak pergi Perth." ujar Haziq.

Rayyan memang kelihatan lebih 'good mood' setelah mendapat khabar bahawa Rafieq akan ke Perth.

"Entah, kenapa wei..." Ben menyampuk.

"Well..tak lama lagi misi membalas dendam aku terlaksana." ujar Rayyan sambil tersenyum sinis.

Ben, Haziq dan Fakhrul hanya memandang sesama sendiri sambil mengangkat bahu.

"Mana Ariff?" tanya Rayyan apabila mendapati Ariff tidak melepak bersama dengan mereka di kelab boling tersebut.

"Entah, dia luang masa dengan family dia kot. Family dia kan nak pergi London and tinggal kat sana." jawab Fakhrul.

"Dia ikut ke?" tanya Haziq.

"Tak, kan kita ada satu sem je lagi."

"Kalau macam tu bolehla kita lepak rumah dia selalu kan.."

"Betul jugak kata kau Ben."

"Ok ah, turn kita pulak main.Jom."







"Fieq, hati-hati kat sana tau, ingat, jangan lupa solat" pesan Puan Sri Alisa kepada Rafieq.

"In Shaa Allah ma." balas Rafieq sambil mengangguk.

"Jaga diri baik-baik kat sana, jangan buat hal." tegas suara Tan Sri Rahman.

"Baik pa."

"Abang jangan lupa Rayqal tau, nanti Rayqal sedih. Nanti bawak balik hadiah tau." sayu kedengaran suara Rayqal. Mana tak sedihnya kalau abang yang paling rapat dengan dia dah nak pergi jauh dari dia.

"Amboi, kau nak pergi dah ke? tak tunggu aku pun." suara seorang lelaki menyapa Rafieq.

"Eh, kau Aeril, dah, kau baru sampai, lambat..nasib baik aku tak bertolak lagi." ujar Rafieq kepada Aeril.

Rafieq memeluk sahabatnya itu, kemudian bersalam dengan papa dan mamanya.

"Rafieq pergi dulu, Assalamualaikum."

Mereka semua hanya memandang Rafieq yang berjalan menuju ke pesawat yang akan dinaiki.

Lambat-lambat Rafieq berjalan, baru 7 langkah dia berjalan, dia berhenti dan memandang ke arah keluarganya.

"Kau memang taknak datang kan Rayyan." hati Rafieq berkata.

Sebelum masuk ke pesawat, Rafieq mendapat satu pesanan, tetapi Rafieq terpaksa menghiraukan pesanan tersebut kerana dia akan menaiki pesawat. Biasa la, naik pesawat mana boleh main phone. Kang tak pasal-pasal kena marah dengan cik pramugari.

"Selamat tinggal Sofia.."

-TBC-

SIS sendiri sedih sbb Rafieq dah pergi Perth...huwa!!!terpaksa tinggalkan Malaysia.Btw,thanks yg sudi vote..and lg2 yg sudi komen...tq..SIS bce komen2 korang,tp...nk balas tu..sis takut plus malu la..hahaha..serius ni...ada yg komen suruh double update kan??In Shaa Allah next update sis akan double punya..

Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now