TBAP!! 28

9.5K 280 8
                                    

"Umi...adik tak buat semua tu,sumpah mi,adik tak buat.Adik tahu halal haram.Maafkan adik umi.."rayu Sofia sambil tangannya erat memegang tangan uminya,Puan Humairah.

"Ya,umi tahu anak umi takkan buat macam tu,dah,jangan menangis."pujuk Puan Humairah.

Encik Shakir hanya mengeluh panjang melihat anak perempuannya itu.
Ketika dia sedang memandu untuk pulang daripada membeli barangan dapur bersama isterinya,tiba-tiba isterinya,Puan Humairah mendapat panggilan.

Apa yang mengejutkannya ialah si pemanggil tersebut memberitahu bahawa anaknya telah ditangkap khalwat dengan seorang lelaki.

Encik Shakir hanya memandang anak perempuannya itu dengan rasa kasihan,dia tahu dan yakin yang anaknya itu tidak akan melakukan perkara terkutuk itu.Dia yang mendidik anaknya itu daripada kecil hingga besar,semestinya dia sangat arif dengan sikap anaknya.
Pandangannya dialihkan pula kepada lelaki yang dikatakan berkhalwat dengan anaknya.

"Tengku Rayyan Aiman!!"belum sempat encik Shakir bercakap dengan lelaki itu kedengaran suara seseorang menjerit.

Encik Shakir,Rayyan dan Puan Humairah segera berpaling ke arah pemilik suara tersebut,manakala Sofia tidak mengendahkan jeritan tersebut malah hanya menangis di dalam pelukan uminya.

"Apa kau buat dekat adik aku hah??aku tahu kau benci adik aku kan??"bentak Sharil sambil memegang baju Rayyan membuatkan Rayyan yang duduk di atas kerusi terus berdiri.

"Sharil,dah,jangan kamu nak buat hal pulak.Hal ni kita boleh bincang."ujar Encik Shakir menenangkan anak sulungnya itu.

"Abang mana yang tak marah kalau adik dia kena macam ni abah."

"Ye,tapi kamu kena ingat,kekerasan tidak boleh menyelesaikan apa-apa."nasihat Encik Shakir.

Rayyan hanya memandang ke arah lantai.Rasa bersalah menguasai dirinya setiap kali mendengar suara tangisan Sofia.

"Habis tu kita nak buat apa lagi kat sini abah??"tanya Sharil yang mengingati bahawa mereka masih berada di pejabat JAIS itu.

"Kita tunggu keluarga pihak lelaki."

"Apa yang kamu buat ni Rayyan!!papa tak ajar kamu macam ni,papa betul-betul kecewa dengan kamu."marah Tan Sri Rahman sebaik sahaja tiba di pejabat itu.

Rayyan hanya menunduk,bukan takut pada papanya,cuma rasa bersalahnya belum hilang lagi.

"Dah la pa,mungkin apa yang terjadi tak macam kita fikir."pujuk Puan Sri Alisa.

"Tan Sri,rasanya lebih baik kalau kita berbincang di rumah kami,tak elok pula kalau ada orang lain nampak."cadang Encik Shakir.






"Silakan duduk Tan Sri,Puan Sri,maafla rumah kami tak seberapa."pelawa Encik Shakir.

Tan Sri Rahman hanya mengangguk,sebenarnya masih marah dengan anak lelakinya itu.

"Saya rasa lebih elok kalau kita dengar penjelasan Rayyan sekarang."ujar Sharil tidak sabar.

"Cakap apa yang kamu buat sekarang."bentak Tan Sri Rahman,Puan Sri Alisa pula merangkul lengan suaminya itu supaya suaminya lebih tenang.

"Ya,Rayyan yang buat,Rayyan yang salah.Semuanya salah Rayyan.Rayyan yang pecah masuk rumah ni,Rayyan yang buat benda tak elok kat Sofia."ujar Rayyan menahan marah.

"Itu yang papa nak dengar kan??Rayyan ni jahat kan.."batin Rayyan.

Sofia yang berada di sebelah Puan Humairah laju mengangkat kepalanya.

"Pang!!"

Semua orang yang berada di ruang tamu itu tergamam apabila mendengar bunyi tamparan daripada Tan Sri Rahman.

"Kenapa dia Rayyan??dia bukan macam perempuan yang kau bawak sana sini."bentak Tan Sri Rahman.

"Uncle,aunty,sebenarnya Rayyan tak buat apa-apa pun."

Semua yang berada di ruang tamu itu segera menoleh ke arah Sofia yang tadi hanya berdiam diri.

"Apa maksud Sofia ni sayang??"tanya Puan Sri Alisa.

Sofia menceritakan hal yang sebetulnya,daripada dia menumpang Rayyan hinggalah orang-orang dari JAIS datang.Cuma satu yang tak dicerita,iaitu tentang seseorang yang mengekorinya.

"Kalau macam tu,tak perlu la kita nak salahkan sesiapa,masalah ni pun dah selesai,tak perlu dipanjangkan lagi."ujar encik Shakir mendapat anggukan daripada semua orang.

"Kalau macam tu kami minta diri dulu,dah nak pukul 9 malam ni."



"Rayyan,papa minta maaf,papa tak tahu pula macam ni."ujar Tan Sri Rahman rasa bersalah kerana telah menampar Rayyan.

"Dahla pa,Rayyan nak masuk bilik dulu."

Tan Sri Rahman hanya melihat anak keduanya itu berjalan.



Rayyan berjalan turun dari biliknya.
Belum sempat dia sampai ke ruang tamu kedengan suara papa dan mama tirinya itu berbual.

"Pa,mama takut la,mama takut Rafieq tahu hal ni,papa pun tahu kan yang Rafieq sayang Sofia sangat,Rafieq pun ada cakap yang dia nak halalkan hubungan diorang bila dia balik nanti."jelas Puan Sri Alisa.

Sememangnya dari awal lagi dia risau kalau Rafieq tahu tentang hal ini,akan marahkah anak tirinya itu..

"Entahla,tapi takde apa pun yang berlaku,hanya salah faham je.Mesti Rafieq faham,mama pun tahu kan perangai Rafieq."

Tanpa mempedulikan Puan Sri Alisa dan Tan Sri Rahman,Rayyan segera berjalan ke arah pintu untuk keluar dari rumah itu.

Panggilan daripada papanya itu tidak dihiraukan.


Rayyan duduk bersandar pada keretanya.Dia termenung memandang langit gelap yang disinari cahaya bintang.Kesibukan kota langsung tidak dihiraukan.

"Nampaknya kejadian hari ni satu peluang buat aku.Tapi...sanggup ke aku buat macam tu dekat dia,bahkan dia sanggup bela aku tadi.Argh!!"ujar Rayyan seorang diri.

"Ya,aku perlu buat semua ni,ni je peluang yang aku ada,maafkan aku Nur Sofia Amirah."






Rayyan menunggu seseorang di dalam library U tersebut,dia yakin bahawa orang yang ditunggunya akan datang ke library memandangkan exam akhirnya semakin hampir,pasti orang yang ditunggunya mahu mengulang kaji.

Kelibat dua orang perempuan masuk ke dalam library tersebut menarik perhatian Rayyan.

Dengan segera dia melangkah ke arah perempuan itu.

"Boleh aku nak cakap sikit dengan kau?"tanya Rayyan tanpa berbasa basi.

Sofia dan Ika segera memandang Rayyan.

"Erk..maaf,saya.."

"Pasal semalam."tanpa sempat Sofia membalas,Rayyan telah memotong percakapan Sofia.

"Ok,silakan."Sofia menyerah.

"But of course la bukan kat sini,kau nak semua orang tahu ke?"

"Tahu apa??"tanya Ika blur kerana masih tidak mengetahui apa-apa.

"Ok,kita bincang dekat cafe,Ika,nanti saya bagitau awak."

"Apa yang awak nak cakap?saya rasa semua dah selesaikan semalam.."tanya Sofia.

Mujur tidak ramai orang,hanya ada beberapa orang sahaja di cafe,dan yang paling penting tiada peminat Rayyan di situ.

"Pasal semalam..aku akan bertanggungjawab."ujar Rayyan tenang.

"Hah??"

-TBC-

Omg,apa ni Rayyan ...apa maksud Rayyan ni...sape tahu maksud Rayyan..hahaha..

Tengku BUAYA Aku Punya!!Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ