TBAP!! 31

10.7K 332 19
                                    

"Ha Sofia,buat apa lagi dekat bawah ni,mesti Sofia letih kan,pergi la naik dulu,rehat."ujar Tan Sri Rahman sambil melabuhkan diri di sofa ruang tamu tersebut.

"Betul tu,abang tengok muka adik pun macam sambal belacan dah,letih sangat."ujar Sharil bergurau,bukannya dia boleh tengok muka adik dia tu letih ke tak,sebabnya Sofia masih tak membuka purdah yang dipakai.

Semua yang berada di ruang tamu ketawa mendengar gurauan Sharil itu,kecuali adiknya yang dari tadi berdiam diri,Rayyan pula dah lama masuk ke bilik.

Memandangkan majlis diadakan di rumah Tan Sri Rahman,Encik Shakir,Puan Humairah dan Sharil telah diajak untuk menginap di rumah itu semalaman.

"Dah,adik pergi la rehat dulu."arah Puan Humairah.

"Em.."



Sedang asyik Rayyan memandang cincin di jarinya,kedengaran pintu biliknya dibuka.

Kelihatan zaujahnya yang berdiri di hadapan pintu biliknya.

Rayyan memandang zaujahnya beberapa saat sebelum pandangannya dialihkan ke arah lain.

Sofia memandang Rayyan dengan takut,dia takut Rayyan masih marah dengan kejadian siang tadi.

"Kau perlu Sofia,syurga kau dengan Rayyan.."

Sofia berjalan ke arah Rayyan yang berada di birai katil,dikuatkan hatinya untuk berdepan dengan zaujnya itu.

Tiba di hadapan Rayyan,Sofia segera duduk bersimpuh,lantas dicapai tangan Rayyan.

Rayyan yang terkejut dengan perlakuan Sofia segera memandang zaujahnya yang sedang mencium tangannya.

"S..saya mintak maaf,saya banyak salah dengan awak,sebelum ni,saya ada marah awak,tapi sekarang awak suami saya,saya nak mintak maaf,em..pasal siang tadi..em,jujur saya kata,saya memang pernah suka Rafieq,saya salah,saya ingat dia jodoh saya..tapi sekarang saya betul-betul dah lupakan dia,saya janji,saya akan cuba jadi isteri yang solehah untuk awak."ujar Sofia dengan jujur.

Jujur,Rayyan tersentuh dengan perlakuan zaujahnya itu.

Rayyan turut turun dari katil dan duduk berhadapan dengan Sofia.

"Kenapa kau tiba-tiba mintak maaf ni..kau tak salah pun dengan aku,aku yang banyak salah dengan kau.Aku tak layak untuk kau."ujar Rayyan.

"Tiada manusia yang sempurna di dunia ni.Saya isteri awak."agak perlahan Sofia berkata,namun masih didengari oleh Rayyan.

"Tapi kau tahu kan aku macam mana,nama je tengku,tapi buaya.Lagipun,aku dah pernah jejak tempat-tempat syaitan tu."balas Rayyan.

Sofia tersenyum manis.

"Tapi awak dah berubah..kan,lagipun mungkin ada hikmah Allah buat awak pergi tempat tu dulu.Cuba awak ingat,kalau awak tak pergi tempat tu dulu,mungkin awak tak boleh nak jadi hero saya,kan.."ujar Sofia lembut.

Rayyan teringat kembali saat dia menyelamatkan Sofia dari seorang lelaki di hadapan club dulu.

"Hm..macam mana kau tahu aku dah berubah?"

"Saya dah cungkil banyak rahsia dari Rayqal,dia kata,awak selalu jadi imam dia sekarang,em..lepastu dia kata awak dah tak keluar malam.Lepas tu.."

"Lepas tu??"

"Rahsia."

Rayyan tersenyum memandang keletah Sofia,orang kedua yang buat dia tersenyum selepas Rayqal.

"Tegarkan hatimu wahai zaujku."ujar Sofia dalam hati.Teringat kembali apa yang dikatakan oleh Rayqal.

"Akak nak tahu tak,abang Yyan tu kan,dia susah nak senyum,abang Fieq kata sebab mama diorang mati dulu,abang Yyan dulu ceria sangat,Rayqal tak tahu sebab Rayqal takde lagi..he..tapi abang Fieq yang bagitau."

Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now