TBAP!! 22

10.2K 313 6
                                    

Alhamdulillah,akhirnya Ifa telah bergelar seorang isteri yang sah kepada Amir Fiqri.

Tersenyum Sofia melihat kak Ifanya yang malu-malu itu kerana diusik oleh tetamu yang hadir.

"Ai senyum jauh nampak."tegur seseorang.

"Mana ada,tu ha,kesian tengok muka kak Ifa."balas Sofia kepada abangnya itu.

"Sama la dengan adik nanti.Bila adik dah nak kahwin."sakat Sharil.

"Apa abang ni,ke situ pulak,adik belajar pun tak habis lagi.Abang tu lain la.Dah ada di hati."Sofia menyakat abangnya juga,aip,bukan menyakat,tapi FAKTA.

"Merapu la adik ni."ujar Sharil malu.

"Apa yang merapunya,ha tu.."Sofia mengalihkan pandangan matanya kepada seseorang yang tengah berjalan menuju ke arah mereka berdua.

"Korang berdua dah makan ke??kalau belum sila la makan dulu.Kan nanti tak sempat nak berjalan,kebulur pulak."

"Ok la macam tu,Sofia belum makan ni,Sofia pergi dulu."Sofia sengaja meninggalkan mereka dan menuju ke arah keluarganya.

"Cantik awak pakai shawl ni."ujar Sharil selepas Sofia meninggalkan mereka.

"Thanks sebab hadiahkan shawl ni.Ingatke ada cincin ke,rantai ke.."gurau Farisya.

Disebabkan mereka telah berkenalan dari kecil,dan bekerja di tempat yang sama,mereka berdua dapat menghilangkan perasaan kekok di antara mereka.

"Ish awak ni,kotak besar tu nak letak cincin,ada ke patut.hahaha,Tapi kalau nak jugak boleh je."balas Sharil.

"Erk...maksud??"tanya Farisya.

"Nothing,yang tu kena tunggu awak ready dulu."

Farisya yang seakan-akan faham akan maksud Sharil segera berdiam diri.

"Woi,lama kau tak balik."suara seseorang menyapa Sharil.

"Eh kau Kamal."

Farisya segera meminta diri ke dalam rumah,ingin menolong di dapur.



Selepas pulang dari majlis perkahwinan Ifa dan Amir,Sofia dan Sharil mengambil keputusan untuk melepak di pangkin yang dibuat sendiri oleh arwah datuknya.

"Best kan kalau kita balik Tok Abi dan Tok Umi ada,macam dulu."sayu Sofia berkata.

Terimbau kembali saat dia sekeluarga masih tinggal di sini dahulu.Dia lah yang paling rapat dengan arwah Tok Abinya.

"Adik rindu Tok Abi dengan Tok Umi eh??"tanya Sharil yang turut merasai apa yang adiknya rasa.

"Em,adik rasa macam baru je diorang pergi."

3 tahun lepas,Tok Abinya telah meninggalkan dunia ini kerana sakit tua.Tak lama kemudian Tok Uminya pula pergi kerana sakit jantung.Itulah antara sebab mereka berpindah ke bandar.

"Kalau rindu,sedekahkan Al-Fatihah buat diorang.Lagipun yang hidup pasti akan pergi dik."

Sofia hanya mengangguk.

"Buat apa dua beradik dekat luar ni??"tanya Puan Shahira.Mak Su kepada mereka berdua.

Puan Shahira merupakan adik bongsu Encik Shakir.

"Eh maksu,takde la,saje je."jawab Sharil.

"Ha meh la masuk,diorang dah tunggu nak solat Zohor sama-sama tu."ajak Mak Su.

"Baik Mak Su."

              ************

Tan Sri Rahman dan Puan Sri Alisa bersiap-siap untuk menghadiri sebuah jamuan yang diadakan oleh rakan businessnya.

"Ha ma,Rayqal mana??tak siap lagi ke??"tanya Tan Sri Rahman.

"Dia dekat bawah la tu."

"Pa,Ma,Rayqal taknak ikut boleh??"tanya Rayqal sebaik sahaja mama dan papanya turun.

"Eh,kenape pulak Rayqal??"tanya Puan Sri Alisa pelik.

"Malas,he...takpe,abang Yyan kan ada."jawab Rayqal.

"Sebab dia ada la papa risau."

"Takpe la pa,lagipun Mak Nab kan ada juga.Bolehla tengok-tengokkan Rayqal ni."Puan Sri Alisa cuba memujuk suaminya itu.

"Hm..ok,tapi kalau Rayyan buat apa-apa kat Rayqal,telefon kami tau."ujar Tan Sri Rahman bersangka buruk.

Pantas Rayqal mengangguk.

Setelah mama dan papanya pergi,Rayqal segera menutup pintu.

"Ehem.."

"Eh abang Yyan."Rayqal sedikit terkejut,siapa tak terkejut,tiba-tiba je ada orang kat belakang.

Rayyan tersenyum nipis.Dia dengar apa yang papanya bagitau pada Rayqal tadi,memangla ada rasa marah pada hati dia,namun bila fikir balik,lebih baik kalau papanya tak tahu yang dia dah terima Rayqal.

"So macam mana??"tanya Rayyan sambil mengangkat kening.Malas dia nak ambil kisah tentang apa yang papanya kata tadi.

Rayqal menunjukkan thumbs up.Tanda rancangan diorang berjaya.

"Jom la abang Yyan,kata nak keluar semalam."ajak Rayqal.

Sebenarnya semalam,ketika Rayqal berada dalam bilik Rayyan,Rayyan telah merancang nak bawak Rayqal ni keluar jalan-jalan,tapi tak nak orang lain tahu.Sebab tu la Rayqal tak ikut mama dan papanya tadi.

"Jap,abang nak bersiap."

Rayyan melangkah ke biliknya untuk bersiap.



             ***********

Petang itu Sofia mengambil keputusan untuk menziarahi kubur arwah datuk dan neneknya.

"Assalamualaikum Tok Abi,Tok Umi,maaf Sofia baru boleh lawat Tok Abi dengan Tok Umi,padahal dah dekat dua minggu Sofia balik sini.Masa umi dengan abah mari hari tu,Sofia tak boleh datang.He...Tok,Sofia rindu Tok.Lagi dua hari kitorang dah nak balik bandar,tak dapat nak lawat Tok selalu.Takpe,nanti Sofia datang lagi tau.Sofia pergi dulu tau.Assalamualaikum."

Lama Sofia memandang kubur kedua-dua orang yang dia sayang itu,nasib kubur bersebelahan je.

"Sofia lawat Tok Abi dengan Tok Umi eh??"seseorang menegur Sofia.

Sofia segera berpaling ke arah pemilik suara tersebut.

"E..em,a..abang Am buat apa kat sini??"

"Abang lawat kubur arwah ayah,tak sangka jumpa Suri hati Mr.Pilot kat sini."

Lawak tak lawak tak.Ada-ada je Ilham ni.

"Erk..Sofia balik dulu la,dah lewat ni."Sofia berasa kekok.

"Abang hantar la."pelawa Ilham.

"Takpe la,susahkan abang je.Lagipun tak manis kalau orang tengok."Sofia cuba untuk menolak pelawaan Ilham.

"Em..betul jugak tu,ok,kalau macam tu abang pergi dulu."

Sofia mengangguk lalu turut keluar dari perkarangan kubur itu.

-TBC-

SWEET JUGAK SHARIL AMIRUL NI KAN...MAAF KALAU BB RAFIEQ XDE,DAN TAK KAN ADA UNTUK BEBERAPA BB..

#READ AND VOTE LA YE..


Tengku BUAYA Aku Punya!!Där berättelser lever. Upptäck nu