SAYONARA! RAYYAN(SPECIAL)

7.8K 206 40
                                    

"Sabarla Sofia,benda dah nak jadi,bukannya kita boleh lawan takdir.Allah lebih sayangkan Rayyan."ujar Haziq.

"Betul tu Sofia."

"Tapi saya tak kuat Ika,selama ni Rayyan yang selalu menceriakan hidup saya.Macam mana saya nak teruskan hidup,macam mana dengan hidup Rayhan nanti.Tanpa ayah."

Berita tentang kematian Rayyan memang amat mengejutkan baginya.
Masih terasa waktu yang dihabiskan bersama-sama dengan Rayyan.

"Semalam ika,malam tadi dia sihat je Ika,siap buat lawak lagi.Dan..hari ni saya dapat berita macam ni.Ditambah lagi dengan saya tak sempat tengok Rayyan buat kali terakhir."

Selepas maghrib semalam,Rayyan mendapat panggilan daripada rakan kerjanya untuk berbincang tentang projek terbarunya.

"Aku kena keluar kejap,meeting,kau nak ikut tak?"

"Takpe la,awak pergi la,lagipun kesian Rayhan tu tengah tidur."

Rayyan mengangguk lalu bergerak menuju ke arah Rayhan yang berada di atas katil,dipegangnya tangan bayi yang baru berumur setahun lebih itu.

"Rayhan,bila besar jaga mama tau,ingat, sayang mama macam mana papa sayang mama.Nanti bila papa pergi,papa dah tak risau,sebab papa dah ada hero papa ni yang boleh jaga mama."

Lalu dipeluk dan dicium puteranya itu.

Timbul rasa aneh dalam hati Sofia apabila mendengar Rayyan berkata seperti itu.

Sofia menghantar Rayyan sehingga ke depan pintu.

"Kau kena ingat,walau apapun yang berlaku,aku sentiasa sayangkan kau.Didik Rayhan sebagaimana Allah hadirkan diri kau untuk ubah aku."

Usai berkata,dikucupnya dahi isterinya lama.

Entah kenapa,perasaan sedih menyelimuti diri Sofia.

"Aku pergi dulu.Assalamualaikum."

Usai menunaikan solat Isyak,Sofia segera mengambil al-Mathurat untuk dibacanya.Namun,baru sahaja dia hendak membukanya,kedengaran telefonnya berbunyi.Segera dicapai dan diangkat.

"Waalaikumussalam,ye saya.Kenapa?"

"Maafkan kami puan,tapi kami terpaksa khabarkan bahawa suami Puan,Tengku Rayyan Aiman telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sekitar jam 8.13 minit tadi."

"Allah! "

Perkhabaran buruk itu menyebabkan Sofia pengsan dari malam tersebut sehingga ke petang esoknya.

Kelihatan semua rakan-rakan Rayyan tertunduk,menahan air mata daripada gugur.Ariff pula tidak dapat hadir kerana masih dalam pengubatan.

"Saya nak tengok kubur dia.Saya nak melawat dia Ika.Saya belum sempat melawat dia.Bawa saya Ika."

"Sofia,bukan kitorang tak bagi,tapi kitorang risau kesihatan awak.Kalau awak sakit macam mana?"saran Fakhrul.

"Ya,lebih baik awak rehat dulu,tenangkan fikiran."tambah Ben.

"Tak,korang semua tak faham.Rayyan dah takde,dan korang tak bagi aku tengok dia.Korang semua jahat.Korang tanam mayat dia masa aku tengah pengsan,korang sengaja tak bagi aku tengok dia!"bentak Sofia.

"Sofia!"ujar Encik Shakir sedikit tegas.

"Awak tolong bawak Sofia masuk bilik dulu Humairah.Biar dia tenang dulu.Sharil,kamu dengan Isya tolong tengok-tengokkan Rayhan dulu."

"Baik pa,boleh temankan Shamel juga."

Tan Sri Rahman berdiam diri,juga masih terkejut.









"Pa,betulke apa yang Rafieq dengar?Rayyan dah takde?"

Keesokannya,barulah Rafieq tiba di rumah.Rafieq yang baru pulang daripada outstation itu juga tidak percaya dengan khabar yang didengarinya ini.

"Sebenarnya Fieq.."

Belum sempat Tan Sri Rahman bercerita,Sofia keluar daripada bilik,memandangkan tahlil dibuat di rumah Tan Sri Rahman.

"Rafieq..Rayyan,dia..dia dah takde."

"Kamu berbual lah dengan Sofia,bawak dia ke laman,dia perlukan udara segar tu."

"Em"







"Awak ok?"

"Saya..saya tak percaya Fieq,saya tak percaya dia dah takde.Kenapa takdir saya macam ni Fieq?"

Rafieq tidak sanggup melihat Sofia bersedih seperti itu.Walaubagaimanapun,Sofia adalah cinta pertamanya,yang pernah hadir di dalam hatinya,biarpun seketika.

"Sofia,takdir tak salah,Allah dah aturkan semuanya dengan baik.Ini semua ujian untuk awak."

"Awak tak faham Fieq.Saya tak dapat terima semua ni."

"Sofia,kalau awak kata saya tak faham awak salah.Ya,saya tahu awak isteri Rayyan,tapi awak lupa,Rayyan juga seorang anak,Rayyan seorang adik,Rayyan seorang abang,Rayyan juga seorang sahabat.Kami semua bersedih atas kejadian ni.Bayangkan apa yang papa rasa apabila kehilangan anak yang dibesarkannya selama ini?yang bersama dengan dia selama 26 tahun."

"Tapi Fieq,saya..saya tak kuat."

"Awak tak perlu kuat,awak hanya perlu tabah dan sabar je.Kami yang akan jadi kekuatan awak Sofia.Jangan lupa,awak ada saya,umi,abah,papa,mama,Rayhan,sahabat-sahabat,dan yang paling penting,awak ada Allah."

Sofia tergamam seketika.

"Allah.Ya,aku ada Allah."

Dihapus sisa air matanya.

"Saya cuba.In shaa Allah,terima kasih Fieq."

Rafieq mengangguk sambil tersenyum.









Hohohoh...special chapter dah siap,pendek je ye...tak payah panjang2...sis sedih..maaf buat korang lama menunggu special chapter ni..assignment berlambak.Alhamdulillah,tengah cuti,dapatlah sis publish bab ni..
BTW,cer komen sikit special chapter ni,nak tahu ada lagi tak yang baca n ttunggu-tunggu cerita ni.
So,apa pengakhiran yang korang harapkan??
Sad ending ke,huhuhu..

Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now