TBAP!! 11

10.7K 320 9
                                    

Kali pertama Sofia ponteng kelas, ponteng?hahaha padahal dah diberi izin.

Dahla duduk kat library ni dengan Tengku Rafieq je..haish!
Nasib baik ada akak penjaga library ni..Takla dikatakan berdua-duaan.

"So, macam mana? ok tak kalau guna buku ni buat rujukan?" tanya Tengku Rafieq menghilangkan kesunyian antara mereka.

Kekok? tak sangat kot, sebab lepas presentation Prof.Zubair tempoh hari, perasaan kekok antara mereka berdua hilang sedikit.

"Em." balas Sofia sambil mengangguk.

Lebih kurang 3 jam mereka berada dalam library tersebut sebelum mereka memutuskan untuk berehat sekejap.

"Jomla kita ke cafe dulu, perut saya dah buat bunyi ni. Macam-macam bunyi pulak tu."

Ucapan Tengku Rafieq sedikit sebanyak menggelikan hati Sofia.

"Bunyi apa la agaknya?" Sofia cuba untuk menyambung lawak Tengku Rafieq.

Entah kenapa, apabila bercakap dengan Tengku Rafieq Aiman, Sofia seolah tidak kekok dan jujur dikatakan bahawa Tengku Rafieq Aiman adalah lelaki yang bukan mahram yang pertama dekat dengan Sofia. Diingatkan sekali lagi ye..ikhtilat still dijaga.



Kelihatan beberapa orang pelajar yang telah keluar dari kelas melepak di cafe tersebut, termasuk Tengku Rayyan dan rakan-rakannya.

"Woi Rayyan, malam ni lepak jom.Tempat biasa." ajak Haziq.

"Tu ah, lama doh kita tak lepak ramai-ramai." ujar salah seorang rakan lepak mereka.

"Hmm..tengok ah," jawab Rayyan malas.

"Weh Rayyan! cuba kau tengok tu." ucap Ariff yang berada di sebelah kanan Rayyan.

"Apa?"

"Tu.." Ariff memuncungkan mulutnya tanda menunjuk ke arah sesuatu.

Melihat gelagat Ariff, Rayyan dan yang lain segera berpaling ke arah seorang lelaki dan perempuan.

"Pfft...aku tengok diorang memang sepadan wei, sorang ustaz, sorang lagi ustazah." perli Ben.

"Woi, kau ni Ben, agak-agak ah, abang Rayyan tu.." ucap Haziq.

Mendengar perkataan 'abang' terus Rayyan memberi jelingan maut kepada Haziq.

"Ok-ok, sorry."

"Tapi kan, korang tak rasa ke perempuan tu lain? ye la..maksud aku, tak ramai yang jaga aurat macam dia kat U ni."

Semua berpaling ke arah Fakhrul apabila mendengar kata-katanya.

"Betul jugak." Ariff bersependapat dengan Fakhrul.

"Tapi kan..aku rasa si Rafieq tu ada hati ah kat perempuan tu." kata Haziq.

"Kan..selama ni dia mana pernah rapat dengan perempuan."

Tengku Rayyan hanya diam tak bergeming mendengar kata-kata rakan-rakannya itu.

"Kalau betul kau ada hati kat dia, maknanya kau kena terima untuk hilang dia, Rafieq." monolog Rayyan dalam hati sambil memandang ke arah Tengku Rafieq dan Sofia.




"Awak rasa ada harapan tak kita nak menang nanti?" tanya Tengku Rafieq.

Sofia menghirup oren juice yang berada di hadapannya dahulu sebelum menjawab soalan Rafieq tadi.

"Kenapa? awak tak yakin ke?"

"Bukan macam tu, saya cuma..em..entahla."

"Takpe, saya yakin kita boleh buat. Awak jangan risau."

"Baiklah, oh ya..awak tahu tak, Rayqal kata yang dia rindu awak sangat. Dia nak jumpa awak,  tapi ye la, takde masa."

Teringat si Rafieq ni dengan Rayqal, asyik kata nak jumpa dengan Akak Sofia je.

"Hm..saya pun rindu dia jugak. Nanti la, kalau ada masa saya bagitau awak."

"Em."

                *************

"Saya balik dulu tau. Terima kasih sebab sudi belanja. Maaf kalau saya menyusahkan awak. Assalamualaikum."

"Eh jap, awak balik dengan sape?" tanya Tengku Rafieq risau.

"Saya balik dengan Abang Sharil la, kenapa?"

"Oh, nothing. Kalau macam tu, Waalaikumussalam. Hehehe.." balas Tengku Rafieq sambil tersengih.

Sofia segera keluar dari perpustakaan dan menunggu abangnya.

15 minit menunggu, barulah kereta Sharil kelihatan.

"Sorry dik, abang lambat sikit hari ni. Banyak pesakit hari ni."

"Adik paham."

Di dalam kereta, Sofia asyik bercerita tentang hasil carian dia dan Tengku Rafieq di perpustakaan. Mana la tahu, kot kot, abang dia boleh bagi idea sikit-sikit.

"Okey ke adik dengan Rafieq tu? selama ni kan adik tak pernah rapat ngan laki selain family kita je."

Takut jugak si Sharil ni, kalau-kalau adik dia ni senyap je time bekerjasama dengan Rafieq.

"Okey je. Adik tengok dia tak macam lelaki lain."

"Bagusla macam tu, tapi ingat, dia tu ajnabi awak."

"Ye la abang oi..adik ingat tu.."




"Thanks abang, taknak jumpa umi dengan abah dulu ke?"

"Tak kot, abang kena cepat pergi hospital ni."

"O..hati-hati."

Setelah kereta abangnya hilang dari pandangan, barulah Sofia melangkah masuk ke rumahnya.

"Huh, rupanya ni lah rumah kau."

Tanpa sesiapa sedar, Tengku Rayyan Aiman ternyata mengikut kereta Sharil dari awal perjalanan lagi.

-TBC-


Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now