TBAP!! 45

9.5K 224 8
                                    

Rayyan gelisah,dari petang tadi dia asyik mundar mandir di ruang tamu.

Keluarganya pula yang pening melihatnya.Nasib baik Rayqal dah dihantar ke kampung Haji Shakir oleh Pak Mat kerana Rayqal rindukan Haikal,anak Pakngah Sofia.

"Rayyan,kalau ya pun,duduklah."tegur Tan Sri Rahman.

"Pa,dari pagi lagi Sofia tak balik ni,macam mana Rayyan tak risau,biasanya kalau dia nak pergi mana-mana,dia akan bagitau Rayyan."luah Rayyan.

"Cuba Rayyan call family dia,mana tahu dia merajuk dengan kamu."

Rayyan mengangguk lalu membuka telefonnya.





"Abang,macam mana ni?"

"Macam mana apanya?"pelik Haji Shakir melihat isterinya gelisah selepas menjawab panggilan sebentar tadi.

"Rayyan kata yang adik tak balik rumah sejak keluar dari pagi tadi,bagitau pun tak nak kemana."

"Macam nilah,awak siap-siap,kita pergi rumah besan kita."

Hajah Humairah segera berlalu ke biliknya.






Sofia terbangun apabila terdengar azan,walaupun hanya sayup-sayup kedengaran.

Dah maghrib,dia berlalu ke arah tandas untuk melakukan perkara yang sama dengan waktu Asar petang tadi.
Dia mengambil wudhuk,walau apapun yang terjadi,solat tidak boleh ditinggalkan.Sofia memandang dirinya,masih lengkap seperti pagi tadi.

Baju kurungnya tidak terkena sebarang kotoran,tudung bawal labuhnya juga sama.Sarung kaki juga telah dipakai semula setelah dia mengambil wudhuk.

Inilah hikmahnya diwajibkan menutup kaki.Dia tak perlu susah-susah untuk mencari kelengkapan solat.

Cuma arah kiblatnya sahaja yang dia ragu-ragu,dia hanya berpandukan lontaran suara azan sahaja.

Si penculik pula masih tidak memunculkan diri.






"Abah,umi,maafkan Rayyan sebab tak jaga Sofia dengan elok."Rayyan kesal atas apa yang berlaku.

"Takpelah Rayyan,lagipun kita tak tahu lagi Sofia pergi mana."balas Hajah Humairah.

"Tak,Rayyan tak sengaja dah abaikan Sofia,Rayyan jahat,Rayyan tak layak dipanggil suami."

"Dahla Rayyan,kau pun tak sengaja kan.Sofia ok tu,jangan la risau."ujar Rafieq cuba untuk menenangkan Rayyan.

"Macam mana aku tak risau,she's out there,and not alone,she's pregnant.Nak-nak lagi aku dah buat dia sedih."

"Ye Rayyan,bukan kamu je yang risau,kami pun sama.Kita tunggu dulu,mana tahu nanti Sofia balik."saran Puan Sri Alisa.

Sedang asyik mereka berbincang,kedengaran telefon Rayyan berbunyi menandakan pesanan masuk.

Rayyan memerhatikan nama pengirim.

"Alhamdulillah,Sofia."

Kedengaran semua menarik nafas lega.

Terus dibuka dan dibaca pesanan tersebut.

"Allahuakbar!!"bergetar tangan Rayyan membaca pesanan tersebut.

"Rayyan,kenapa ni?"tanya Hajah Humairah.

Terus Rayyan menyuakan telefonnya ke arah Rafieq.

Rafieq membaca pesanan tersebut terlebih dahulu.Berkerut dahinya.

From:my zaujah..

'Ceraikan aku,kau tak layak jadi suami aku'

Sebaris ayat yang merobek hati Rayyan.

Tengku BUAYA Aku Punya!!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora