TBAP!! 29

9.8K 290 12
                                    

"Apa yang awak cakap ni Rayyan??pasal semalam apa??kita tak buat apa-apa pun,salah faham je semalam."ujar Sofia.

"Huh!!"

Sofia hanya memerhati Rayyan yang tersenyum sinis di hadapannya itu.

"Kau yakin ke kalau orang tahu pasal kita semalam diorang kata kita tak buat apa-apa??"

"Apa maksud a.."belum sempat Sofia membalas,Rayyan terlebih dahulu memotong.

"And..kau happy ke kalau orang tahu pasal semalam??kau tak kisah pasal maruah keluarga kau??kau tak rasa ke kalau keluarga kau akan dapat malu??ke..kau memang suka tengok diorang malu sebab kau."ujar Rayyan sambil tersenyum sinis.

Dahi Sofia berkerut.

"Apa maksud awak yang sebenar ni Rayyan??mesti la saya tak nak diorang malu."balas Sofia.

"Kahwin dengan aku!"ujar Rayyan dengan muka yang serius.

Kaku!!hanya itu sahaja perkataan yang mampu menggambarkan Sofia.

"Please,saya tak suka nak main-main dengan hal yang macam ni."

"Kau tengok muka aku ni main-main ke??"tanya Rayyan.

Melihat reaksi serius yang dipamerkan oleh Rayyan,terus Sofia membangkang.

"Kenapa saya kena kahwin dengan awak hah??Tengku Buaya kat U ni pulak tu,"jawab Sofia sedikit tegas.

"Huh!agak-agaknya apa yang berlaku eh kalau semua orang tahu pasal semalam??"ujar Rayyan cuba untuk membuat Sofia bersetuju.

"Awak tak berhak buat benda macam ni."bentak Sofia.

"Berhak atau tak,aku akan buat kalau kau tak setuju nak kahwin dengan aku."

"Kenapa??kenapa tak orang lain je??ramai lagi yang suka kat awak."ujar Sofia dengan suara yang kendur.

"Sebab kau ada apa yang perempuan lain takde."

"Sebab kau yang kena tangkap dengan aku semalam."

"Saya tak nak Rayyan..tolong jangan paksa saya.."rayu Sofia.

Tiba-tiba fikirannya teringat kepada Tengku Rafieq Aiman,kalau Rafieq ada sekarang,mungkinkah Rafieq akan menolongnya..

"Rafieq.."gumam Sofia separuh berbisik namun sempat didengari oleh Rayyan.

Mendengar nama Rafieq membuatkan hati Rayyan menjadi panas.

Dengan segera,Rayyan berdiri.

"Aku tak kira,kalau kau tak setuju,keluarga kau akan malu,aku akan pastikan semua tahu pasal semalam."herdik Rayyan lalu berjalan melangkah meninggalkan cafe U tersebut.

"Ya Allah...aku tak nak..aku tak sanggup."ucap Sofia sambil mengalirkan air mata.

Cuba bayangkan,kalau korang akan berkahwin dengan orang yang korang tak suka,nak nak lagi si dia tu playboy.










"Adik oi,kenapa tak disentuh nasi tu."Sharil bertanya sambil cuba membuat lawak.

"Adik ok ke ni?umi tengok adik diam je sejak dari balik U tadi,adik ada masalah kat U ke?"tanya Puan Humairah.

Sememangnya firasat ibu memang tepat,mereka boleh menjangka jika anak mereka berada dalam kesusahan.

Encik Shakir hanya memandang anaknya itu.Mungkin dalam fikirannya berasa bahawa anaknya itu masih ingat dengan kejadian semalam.

"Em..umi,abah,abang,kalau..hal semalam heboh,macam mana??"tanya Sofia gugup.

"Nak buat macam mana,hal dah terjadi,yang penting Allah tahu yang mana betul dan yang mana salah."jawab Encik Shakir,tidak mahu merunsingkan fikiran anak perempuannya.

Tengku BUAYA Aku Punya!!Kde žijí příběhy. Začni objevovat