TBAP!! 41

9.1K 249 5
                                    

Tan Sri Rahman dan Rafieq kelihatan segak memakai baju Melayu dan bersongkok,manakala Puan Sri Alisa pula memakai baju jubah dan dikenakan dengan selendang.
Setelah mereka masuk ke dalam kereta,Rafieq selaku pemandu segera menekan pedal minyak,tidak mahu lewat menghadiri majlis kenduri Sharil.



Kenduri majlis perkahwinan Sharil dan Isya tidaklah begitu besar,hanya dilakukan secara bersederhana.Kini,Nur Farisya Aina telah sah menjadi isteri Muhammad Sharil Amirul.

Sofia memandang abangnya yang sedang sibuk melayan tetamu.Teringat pula saat kenduri dia dan Rayyan.

"Aku pun ingat majlis kita.Rindu pulak kan."tegur Rayyan yang berada di kerusi sebelah.

"Eiy...memandai je awak ni.Mana ada."tipu Sofia,malu.

"Hm..ye la tu,siapa la kita ni kan.."Rayyan berpura-pura berjauh hati.

"Alahai..merajuk ke?saya taknak pujuk."

"Takpe,nanti aku suh makcik sebelah rumah pujuk."

"Hish awak ni,saya gurau je la,mesti la saya rindu majlis kita dulu.Yang penting awak husband saya sekarang."ujar Sofia sambil kedua-dua tangannya menyentuh pipi Rayyan.

"Sekarang je?masa depan?"sakat Rayyan.

"Mesti la."

"Apa yang korang buat ni?"teguran seseorang membuatkan mereka berpaling ke arah si penegur itu.

"Alamak!makcik sebelah rumahla."bisik Rayyan perlahan.

"Amboi korang ni,sawitnya mengalahkan pengantin.Sekarang ni siapa yang pengantingnya.Sawit-sawit ni makan dah ke belum.?"sekali makcik sebelah rumah bagi daa..

Mereka berdua hanya memberi senyuman tak bersalah.Setelah beberapa saat,makcik tersebut telah meninggalkan mereka untuk bertemu dengan pengantin.

"Kau duduk si"belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya,telefonnya berdering.
Rayyan mengeluarkan telefonnya dari poket baju Melayunya.

"Jap,Fakhrul call."

Mendapat anggukan,Rayyan segera menjauh dari keramaian itu.


Ketika menunggu,Sofia merasakan tekaknya dahaga.Tanpa menunggu Rayyan,Sofia ke arah air bagi mendapatkan dua gelas air untuknya dan suaminya.

Malang tak berbau apabila air yang berada di tangan kanannya tertumpah ke atas baju seseorang ketika dia hendak berpusing.

"Ya Allah,maaf encik,maaf maaf,saya tak sengaja."pinta Sofia sambil menunduk,tidak mahu melihat 'mangsa air tumpahannya',takut.

"Ya Allah,suara tu..adakah ini petunjuk Engkau Ya Allah."

"Sekali lagi saya minta maaf."

"Sofia.Nur Sofia Amirah?"tanya si 'mangsa'.

Mendengar namanya disebut membuatkan Sofia mengangkat kepalanya.

"A..awak?Te..Tengku Rafieq Aiman?"tanya Sofia terkejut.

Rafieq tersenyum.

"Awak tak berubah,masih macam dulu."

Seakan tersedar daripada rasa terkejutnya,Sofia segera menggelengkan kepalanya.

"Er..Rafieq,baju awak basah ni,saya rasa baik awak tukar."

"Saya tak bawa baju lebih,kalau ada pun dekat chalet."

"Ouh..em..ha,awak ikut saya."

Sofia membawa Rafieq ke dalam rumah,tak lupa juga dia memanggil Pakngahnya.


Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now