TBAP!! 2

18.8K 586 6
                                    

"Ma, Pa, Fieq pergi kelas dulu ye. Assalamualaikum."

"Tak makan dulu ke Fieq?" tanya Puan Sri Alisa merangkap mama Tengku Rafieq dan Tengku Rayyan atau lebih tepatnya, mama tiri.

"Takpe la ma, Fieq dah lambat ni."

"Hati-hati Fieq." pesan Tan Sri Rahman.

"Ok pa."

"Pa, Rayyan mana? kenapa dia tak turun makan?"

"Semalam dia keluar, entahla ma... biarla dia, entah apa nak jadi dengan dia."

                .................

"Sofia, awak datang dengan sape tadi?handsome, ha... ni mesti pakwe awak kan..." sakat Ika.

"Ish awak ni, takde masa la nak couple bagai ni, tadi tu abang saya, Mohd Sharil Amirul. Ha... berkenan ke?" Sofia kembali menyakat Ika.

"Takde la. Dahla jom gi cafe dulu, takde kelas lagi kan?"

"Em, lagi setengah jam."

                 ................

"Rayyan wey..."

"Tu Rayyan wey... handsome wey..."

"Abang dia lagi handsome wey..."

Sofia yang kebetulan tengah minum tiba-tiba tersedak mendengar jeritan gadis-gadis yang berada di cafe itu.

"Awak ok tak ni Sofia?"

"Ok-ok, jap, kenapa diorang macam tu tu? apa yang diorang tengok?" tanya Sofia pelik. Maklumla, budak baru, mana tahu pape.

"Tu..." Ika menunjuk ke arah seorang lelaki yang bersama dengan seorang perempuan.

"Siapa dia tu?"

"Ok, listen! Nama dia Tengku Rayyan Aiman bin Tan Sri Rahman. Ayah dia merupakan penderma terbanyak kepada universiti ni. Dia handsome kan?"

"Biasa je..." balas Sofia.

"Wuish! macam tu biasa, takpe-takpe. By the way, Rayyan ni playboy sikit. Hati-hati tau."

"Oh ok, thanks sebab bagitau."

"Rayyan!" jerit seorang lelaki.

Semua mata yang berada di cafe tersebut tertumpu kepada Tengku Rayyan.

"Eh? tu...lelaki yang langgar aku semalam..."

"Kau nak apa?"

"Rayyan, kau pergi mana semalam? kenapa tak balik rumah? kau tahu tak papa risau..."

"Dahla, Mel...jom masuk dewan, I dah takde mood nak makan." ucap Tengku Rayyan kepada perempuan yang berada di sebelahnya.

"Tu siapa?" bisik Sofia.

"Tu la abang Tengku Rayyan, Tengku Rafieq Aiman. Dia ni lain dari Rayyan tau, dia baik, tak mudah bergaul sangat dengan perempuan."

"Owh."

Bahu Tengku Rafieq sempat dilanggar oleh Tengku Rayyan sebelum berjalan meninggalkan cafe tersebut.

            

"Baiklah, sekarang saya nak salah seorang dari kamu bentangkan tugasan yang saya dah suruh." arah Prof.Manisah.

Tengku Rayyan hanya menunjukkan muka tak berminat dan hanya bermain dengan telefonnya.

"Tengku Rayyan Aiman. Apa kata kalau awak je yang bentangkan?" arah Prof.Manisah apabila melihat Tengku Rayyan.

"Saya busy."

Tengku BUAYA Aku Punya!!Where stories live. Discover now