TBAP!! 27

9.6K 284 9
                                    

Rayyan berjalan menuju ke arah keretanya.Belum sempat dia membuka pintu kereta,kedengaran suara seseorang memanggil namanya.
Dengan perasaan malas,Rayyan memusingkan badannya.

"Rayyan...kenapa susah nak tengok you kat club sekarang ni??hm..I miss you,you know.."ujar seorang perempuan sambil merangkul tangan Rayyan.

"Erk...sape pulak ni??nak kata budak U ni,macam bukan.."

"Hey..mengelamun,ni I la..Elvira."ujar perempuan itu seakan-akan tahu bahawa Rayyan tidak mengingatinya.

"O...you Elvira.Anything??"balas Rayyan pura-pura ingat.

"Come,teman I ke club malam ni,sekarang you teman I shopping dulu jom,please.."rayu Elvira.

"Sorry,I'm busy."jawab Rayyan malas.

Sebenarnya dia malas hendak melayan Elvira,lagipun dia dah hilang keinginan untuk melawat tempat-tempat syaitan itu.

"Ala..."rengek Elvira.

"Erk...sorry,I'm bussy right now,so..can I??"ujar Rayyan sambil memandang tangan Elvira yang memaut lengannya,tanda supaya Elvira melepaskan tangannya.

"Ok,ok..Bye Rayyan.."

Dengan pantas,Rayyan segera membuka pintu kereta dan berlalu keluar dari U tersebut.

"It's ok Rayyan,bukan you sorang lubuk emas I.Huh!!"ucap Elvira sambil memandang kereta Rayyan yang semakin menjauh.

Elvira bukan pelajar di U ini,dia cuma mahu menunggu Rayyan.Dulu dia pernah berjumpa dengan Rayyan di kelab yang selalu dikunjungi Rayyan dan kawan-kawan Rayyan dahulu.






"Abang...angkatla telefon.."ujar Sofia sambil memandang telefonnya,kedengaran nada gementar dalam percakapannya.

Oleh kerana Sharil sudah balik semalam,Sharil memberitahu Sofia bahawa dia ingin menghantar dan menjemput Sofia hari ini.

'Abang,adik balik dengan bas tau,jangan risau,adik ok,Assalamualaikum.'

Sofia memandang telefonnya lalu menekan butang 'send'.

Bukannya dia tak mahu menunggu,tetapi dari tadi lagi dia berasa seperti seseorang sedang mengekorinya.Dan,semestinya dia tahu siapa orang itu.



Sofia tiba di bus stop,belum sempat dia menarik nafas lega,kelihatan orang yang mengekorinya berjalan menuju ke situ.

"Ya Allah..kau lindungilah hamba-Mu ini Ya Allah."

Tanpa berfikir panjang,Sofia terus berlari ke arah jalan raya untuk ke seberang,namun belum sempat dia sampai ke seberang,kelihatan sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

Sofia memejamkan apabila melihat kereta tersebut bergerak laju ke arahnya.

"Ya Allah..aku redha jika ajal ku telah tiba."

Kedengaran bunyi yang kuat apabila tayar kereta tersebut bergesel dengan jalan raya,tanda si pemandu menekan 'brek'.

Sofia segera membuka matanya,kereta tersebut betul-betul berada di hadapannya,hampir sahaja melanggar dirinya.

Dengan linangan air mata,Sofia jatuh terduduk.Siapa yang tak takut jikalau berada di ambang maut.

Kelihatan pemandu tersebut keluar dari keretanya dan berjalan ke arah Sofia yang masih berada dalam keadaan tadi.

"Eh??dia.."ujar si pemandu itu dalam hati.

Kelihatan raut wajah si pemandu itu risau dengan keadaan perempuan yang dilihatnya itu.

Tengku BUAYA Aku Punya!!Onde as histórias ganham vida. Descobre agora