TBAP!! 44

9.9K 225 12
                                    

"Ada apa-apa ke ni Rayyan sampai kamu ajak berkumpul ni?"tanya Haji Shakir kerana Rayyan telah meminta bantuan Rafieq untuk mengumpulkan semua ahli keluarga mereka termasuk keluarga Sofia pada pagi itu.

Rayyan tersenyum memandang isterinya sekilas sebelum berbalik memandang bapa mertuanya.

"Em,memang ada pun bah."sampuk Rafieq.

"Ha cakaplah Rayyan."gesa Sharil.

"Abang ni,sabar la sikit,Rayyan nak bagitau la tu."Isya menegur suaminya itu.

"Hehe.Abang tak sabar je."

"Er..papa,mama,abah and umi tak lama lagi akan dapat gelaran datuk dan nenek."

"Oh..tu je ke,kalau macam tu tak pay..Eh??apa kamu kata?"Tan Sri Rahman yang baru faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Rayyan segera berdiri daripada sofa.

"Eh abang ni,tak faham ke,maksudnya kita nak dapat cucu."ucap Puan Sri Alisa.

"Betulke ni dik?"tanya Puan Humairah bagi memastikan.

Sofia mengangguk sambil tersenyum.

"Alhamdulillah."Sharil mengucap syukur.

"Nanti didik dia dengan baik,kena ajar daripada kecik lagi."nasihat Haji Shakir.

"In Shaa Allah abah."balas Rayyan.

"Mama,kenapa mama nak jadi nenek pulak?"tanya Rayqal bingung.

"Rayqal,maksudnya,akak Sofia dengan abang Yyan tu nanti nak dapat baby."terang Rafieq dengan mudah,jelas dan senang difahami.

"Abang Yyan betul ke?"Rayqal yang tadinya berada di sebelah Puan Sri Alisa bergerak ke arah Rayyan.

"Yes,dan Rayqal akan jadi pak ucu."

"But I'm too young to be an uncle."Rayqal mengembungkan pipinya.

"Then,what you want to be?"tanya Rayyan.

"I want to be abang Qal."jerit Rayqal membuatkan semua yang ada tertawa.

"Apa-apa je la Rayqal."Tan Sri Rahman menggelengkan kepalanya melihat telatah Rayqal.







"Kau tahu tak,hari ni aku happy sangat sebab aku dapat tengok orang di sekililing aku happy."luah Rayyan sambil memandang Sofia yang sedang asyik menonton Running Man.
Ruang tamu di tingkat dua memang dikhaskan untuk ahli keluarga.Lagipun sama tingkat dengan bilik mereka,jadi tak perlulah turun ke bawah semata-mata nak tengok tv.hoho..

Sofia menoleh memandang Rayyan.

"Bagusla kalau awak rasa macam tu."

"You know?ni kali pertama aku rasa keluarga aku lengkap.Selepas mama aku mati."Kelihatan muka Rayyan tersenyum nipis.

"Keluarga awak memang lengkap pun selama ni.Awak ada mama,ya,walaupun mama Alisa bukan mama kandung awak,tapi saya boleh nampak yang dia sayangkan awak dan Rafieq macam anak dia sendiri.Awak ada papa,walaupun papa selalu sibuk,tapi tu semua untuk keluarga,lagipun sekarang papa lebih banyak kat rumah sebab Rafieq dah ambil alih syarikat.Awak ada Rafieq,abang yang akan selalu sokong awak,awak ada Rayqal,adik yang comel."ujar Sofia cuba untuk menghilangkan kesedihan hati suaminya.

"Yup,betul kata kau,lagipun sekarang aku dah ada keluarga baru,aku ada abah,umi,abang Sharil,kak Isya and..the most important is.."

"Hmmm??"

"Aku ada kau,kau antara anugerah terindah dalam hidup aku.And of course,our baby too mrs.Rayyan."jawab Rayyan lalu mengenyitkan sebelah matanya.

Terus Sofia memandang ke arah  televisyen,jujur dia masih malu.

Tengku BUAYA Aku Punya!!Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ