HBS 13|Bab 47 - I love you too

14.7K 825 205
                                    

Bermula hari ini dan saat ini,
Aku yakin bahawa aku sudah bersedia

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Nadiya Kasheqa

"Ya Allah...sayang! Sayang buat apa ni?!"

Terenjut bahuku disergah tiba-tiba. Aku yang sedang terjengket di atas kerusi lantas memusingkan kepala ke arah datangnya suara.

Afham kaget di muka pintu bilik.

Aku juga terkaku. Tangan yang tadi terangkat sedang mengenakan mentol lampu di dinding terus mengeras.

Alamak, matilah aku. Tertangkap pulak!

Aku merintih di dalam hati. Perlahan-lahan aku menurunkan tangan. Laksana pesalah, pandangan aku tundukkan. Sepatah kata pun tidak berani aku suarakan. Memang mencari nahaslah jika aku berani meningkah ketika itu.

Walaupun aku mengelak padangannya, namun aku teramat yakin muka Afham sudah tentu merah padam menahan marah.

Dalam pada menunduk itu, sempat aku lihat jari kakiku semuanya mengerekot ketakutan, sama seperti tuannya. Aku memejamkan mata, bersedia dimarahi.

"Tunggu apa lagi? Turun, cepat!" Nada Afham meninggi. Jujurnya, ini kali pertama aku begitu takut berhadapan dia. Lagipun sejak kami berdamai dan berjumpa titik harmoni dua bulan lepas, inilah kali pertama aku mendengar nada tinggi seperti itu darinya.

Ngeri, dan merindingkan reroma.

Afham mengorak langkah menghampiri. Setiap langkahnya diselubungi bahang amarah yang terpancar dari gerak tubuh.

Dalam ketakutan dari dimarahi sekali lagi, aku ingin segera turun dari kerusi yang aku gunakan sebagai tangga. Sebelum dia lebih marah, lebih baik aku segera turun.

Namun entah macam mana, aku tersilap langkah. Pergerakan kakiku secara tak sengaja telah tertolak jatuh lampu perhiasan kristal yang aku letakkan di atas kerusi sementara aku mahu mengenakan mentol tadi.

Prangggg!

Kristal itu jatuh berderai di atas lantai.

Bukan itu sahaja, malah aku juga hilang imbangan tatkala ingin mengelak serpihan kristal yang pecah di atas lantai. Kerana tubuh yang sudah condong untuk turun, aku hampir-hampir tersungkur ke depan apabila mengambil keputusan lewat untuk menarik semula kaki ke atas kerusi.

Segalanya berlaku sekelip mata.

"Arrkk!"

Buk!

Tahu-tahu, aku sudah berada di dalam pelukan Afham yang lebih pantas menerpa.

Tahu-tahu, aku sudah berada di dalam pelukan Afham yang lebih pantas menerpa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Her Greatest Secret [ Editing Process ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now