HGS 25|Bab 25 - This Is Me

17.2K 937 119
                                    

Aku harus sedar hidup aku
bersamanya kini, bukan lagi Sofia

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Afham Mikhail

Tersengih lebar bonda sebaik melihat aku dan Sheqa muncul di rumahnya tengah hari itu.

"Assalamualaikum, bonda. Wina mana?" Panjang leherku mencari si anak sementara Sheqa tunduk menyalami tangan bonda.

"Waalaikumsalam. Kut ya pun, masuklah dulu. Wina ada kat atas tu, nak buat homework katanya tadi."

Bonda senyum mesra ke arah Sheqa. Senyum yang hanya mereka berdua mengerti, pada perkiraanku. Kedua-dua belah pipi menantunya dikucup penuh kasih.

"Alhamdulillah, suka bonda tengok Am dengan Sheqa sepakat macam ni. Datang berdua, sama-sama. Bonda happy tau."

Serentak aku dan Sheqa berpandangaan, sebelum dia lantas melarikan anak mata.

"Eh, Jebat Am tu dah keluar hospital?"

Bonda menyoal, merujuk kepada Mazda CX-5 merahku yang tersergam di tengah laman.

Jebat.

Atau nama penuhnya, Jebat Ronggeng.

Hampir sebulan juga Jebat dirawat lepas aku kemalangan tempoh hari. Mujur kondisinya cukup tip top selepas aku melakukan pandu uji tadi.

"Alhamdulillah bonda. Dah sihat dah Jebat tu. Kalau dia tak ada, memang rasa patah kaki Am ni."

Tengoklah macam apa yang berlaku pagi tadi. Nak kejar bini pun tak dapat kalau tiada Jebat bersamaku.

Dalam kekalutan aku pagi tadi, muncul pula Amy menawarkan bantuan untuk menumpangkan aku ke workshop. Dalam perjalanan, dia ajak pula singgah di mall sekejap untuk mencari barang, katanya. Habis tu, takkan aku nak suruh juga dia hantar aku dulu ke workshop?

Adab menumpang kan, jadi kenalah ikut tuan empunya kereta.

Mujur nasib aku baik. Boleh pula aku terserempak dengan Sheqa tadi. Cuma yang kurang baik, ada pula doktor senyuman Darlie tu sekali. Yang buat hati aku makin panas, boleh pulak dia tunjuk aksi mesra dengan isteri aku, depan mata aku sendiri! Yang Sheqa pun satu, melayan!

Wajah Sheqa yang tak beriak itu aku pandang dari ekor mata.

"Itulah, lain kali hati-hatilah drive tu. Beringat sikit yang awak tu ada anak bini, family kat sini. Am ni selalu buat bonda risau tau. Tengok, tak pasal-pasal dah dapat parut dekat dahi tu. Nasib baik tak teruk. Kalau tak..." Bonda menggeleng, kesal.

Tersentak, pandanganku dan sheqa sempat bertaut sebelum dia pura-pura membuang pandang.

"Bukan salah Am pun, bonda. Benda nak jadi, tak boleh nak buat apa. Lagipun, parut kecik je ni. Dah baik dah..."

Aku menyentuh sedikit parut yang sudah kering. Mata masih meleret memandang seseorang yang dari tadi cuma diam dan mendengar. Entah kenapa, sukar untuk aku lepaskan dia dari pandangan.

"Eh, masuklah. Kenapa tercegat lagi kat pintu ni? Bonda dah siapkan lunch kat atas meja tu. Sheqa pergi ceduk nasi dulu sementara bonda panggil Wina turun. Kamu berdua belum makan kan?"

"Err... Dah, bonda."

"Belum."

Kami menjawab serentak. Berkerut dahi bonda memandang kami silih-berganti.

Her Greatest Secret [ Editing Process ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now