HBS 7|Bab 41 - Belajar kenali dia

20.2K 1.1K 205
                                    

Indahnya perasaan aku ketika itu
Apa agaknya perasaan dia pula?

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Afham Mikhail

Seminggu kemudian...

Aku pulang dari kerja petang itu dengan menjinjit sebuah beg kertas putih keemasan. Mengingatkan isi dalamnya buat aku tersengih sedikit.

Sudah tiga hari Sheqa dan Wina keluar dari hospital dan hari ini pula merupakan hari pertama aku memulakan tugas semula di pejabat. Selepas selesai menyegerakan tugasan yang tertangguh, akhirnya dapat aku lari sebentar ke Pavilion untuk mendapatkan barang ini sebelum balik.

Harap-harap tak cairlah!

Sebaik aku masuk ke dalam rumah dan memberi salam, anak mataku melilau kiri dan kanan untuk menjejak seseorang.

"Sheqa," laungku sambil meletakkan beg tadi di atas meja kopi. Kaki ini terus melangkah untuk mencari dia.

Mana pula perginya? Pintu terbuka, jadi tak mungkin dia keluar. Lagipun aku dah melarang dia ke klinik buat sementara waktu sehingga dia benar-benar kuat untuk memulakan kerja semula. Mujurlah kali ini dia mahu mendengar kata.

"Sheqa, aku dah balik ni. Wina?"

Aku terus ke arah dapur. Belum sempat aku sampai, dia tiba-tiba muncul dari situ dengan wajah yang sedikit pucat dan lesi.

"Allahu Akbar. Terkejut aku, kau tiba-tiba keluar."

Dia cuma diam.

"Wina mana?"

Menggunakan bahasa isyarat, Sheqa menunjuk ke tingkat atas.

Jujur, selama seminggu ini tiada sebarang perubahan yang ketara mengenai hubungan kami. Walaupun aku tak jemu-jemu untuk memujuk, namun hatinya masih belum lembut untuk terpujuk.

"Kau pulak buat apa kat dapur? Kenapa tak rehat kat atas?"

Tanpa bicara, dia sekadar mengangkat sesuatu yang berada dalam genggamannya ke mukaku.

Sekeping biskut kering yang sudah digigit separuh.

"Kenapa makan biskut je? Kan aku ada order delivery makanan tadi. Kau tak makan ke?"

Cepat-cepat aku tinjau di atas meja makan. Ada beberapa bungkus makanan yang belum berusik. Aku buka penutupnya. Ternyata, semuanya masih tidak terluak.

Semerbak bau tom yum itu naik memenuhi ruang. Sedap sungguh baunya.

"Eh, kenapa tak ma..."

"Uwerkkkk!" Belum sempat aku bertanya, Sheqa sudah meluru ke arah sinki untuk meluahkan isi perutnya.

Cemas, aku berkejaran sama lalu menggosok-gosok belakangnya.

"Ya Allah, kau okey tak? Kenapa ni?"

"Buang tom yum tu. Busuklah bau dia!" gesa Sheqa berselang-seli dengan jeluak.

Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang