HGS 14|Bab 48 - Thanks for everything

20.9K 878 89
                                    

Tak kira apa pun yang berlaku,
Dia yang paling sempurna untukku

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Afham Mikhail

"You had a previous history of ovarian cyst?" Doktor Rafidah bersuara serius, memandang Sheqa.

Jujur, ini pertama kali aku mendengar terma tersebut.

Cyst?

Aku keliru, namun mengambil keputusan untuk terus mendiamkan diri dan mendengar sehingga habis.

"Err..." Sheqa kelihatan menelan air liur.

Aku terus diam menunggu.

"Lama dah, doktor. And it was a ruptured ovarian cyst."

"Ruptured? Oh my God. How severe was that? When was it happened?"

"When I was... errr... involved in a major accident nine years ago.. after the accident, it just became worse that... doctor had to do a surgery to remove that..."

"Oh I see. That's why you're developing quite a big cyst now. It should be no problem to you or your pregnancy if the size shrink afterwards but..."

 

"ABANG..."

Aku lantas tersentak, seraya menoleh ke kiri.

"Abang nak bawak Sheqa pergi mana ni?"

"Alah... nanti sayang tahulah. Ikut je, okay?" Aku jeling sekilas dia yang duduk di sisi. Tangan kanannya aku genggam lalu aku bawa ke bibir sebelum mengucup halus.

Pandangan aku lontarkan semula ke depan, menumpukan perhatian pada pemanduan. Kebetulan jalan agak lengang pagi itu jadi agak mudah aku membahagikan perhatian antara pemanduan dan si dia di sisi.

Jujurnya, fikiran aku agak serabut namun semua itu enggan aku tunjukkan kepada dia. Ketua keluarga, tentulah harus bijak mengawal emosi untuk sama-sama memberikan keyakinan dan kekuatan kepada yang dipimpin.

Selepas temujanji dengan Dr Rafidah petang semalam, entah kenapa masing-masing seperti kehilangan bicara. Dia membisu. Aku juga sama berdiam.

Detik yang kami lalui seterusnya seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Tapi didalam hati, aku tahu ada perkara mustahak yang harus dibincangkan dengan segera. Cuma aku harus bijak mencari masa yang sesuai untuk disuarakan. Dan aku bertekad, untuk mencari masa itu hari ini.

"Tak nak bagitahu, tak apalah..." Dia meletakkan kembali tangan kiriku di stering kereta. Rajuk nadanya.

Aku ketawa kecil seraya mencuit dagu itu sedikit mesra sebelum kembali menumpukan pandangan ke atas jalan raya. Sengaja aku ingin lihat sejauh mana dia boleh menahan diri dari bertanya. Sekali-sekala aku menjeling dari ekor mata.

Sheqa di sebelah kelihatan melegarkan pandangan ke luar tingkap sambil melilau-lilau cuba mengecam arah laluan yang kuambil.

Sehinggalah tiba di Plaza Tol Gombak, dia lantas menoleh semula.

"Abang nak bawa Sheqa keluar dari KL ke? Abang, bagitahulah kita nak pergi mana ni... Wina tinggal kat rumah bonda tau. Kalau kita nak pergi jauh, sempat ke kita nak balik hari ni?" Dia akhirnya bersuara lagi selepas rajuk yang tak sampai sepuluh minit.

Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now