HGS 21|Bab 21 - Too late

21.1K 1.3K 280
                                    

Tidak ada sebab pun untuk
aku buktikan padanya

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Nadiya Kasheqa

"Kau nak tengok aku betul-betul jadi gila ke?!"

Sakit bahuku dek cengkaman dia.

"Lepas!" gelutku, enggan menyerah.

Tersentak aku tatkala bahuku ditekan ke dinding.

"Malam ni, aku nak kau buktikan yang kau tu masih suci."

Sebaris ayat itu ibarat sebuah beban yang jatuh dari langit dan terus menghempapku.

Jijik, aku tolak bahunya sekuat hati.

Dalam pergelutan untuk melepaskan diri, aku sendiri tidak sedar saat bila aku ditarik masuk ke dalam rangkulan dia. Pinggangku dipaut dengan erat bagi mendiamkan aku yang masih bergelut hebat.

"Tak ada sebab pun untuk saya buktikan pada awak! Go ahead! Fikir apa yang awak nak fikir tentang saya dan saya dah tak peduli lagi!"

Tanpa amaran, Afham tiba-tiba memagut bibirku dengan kasar.

Terkial-kial aku cuba meloloskan diri. Berbanding terkejut, aku lebih memilih untuk melawan dan menolak perlakuan dia yang sudah keterlaluan. Pertama kali aku dikasari sebegini oleh dia. Kalau di zaman sekolah dahulu, aku mungkin mampu untuk menetang tetapi kekuatan yang digunakan Afham ke atas diriku ketika itu seolah-olah ampuh untuk ditewaskan.

Aku ditolak ke dinding semula dan bibirku dicecap tanpa ampun.

Kasar.

Memaksa!

Batang tubuh Afham umpama batu yang menghimpit rapat. Naik sendat dadaku mahu menghela nafas agar mengalir masuk ke dalam dada.

Mengumpul kekuatan yang bersisa, aku menolak bahunya sekuat hati. Terlepas cumbuan Afham tadi, lalu aku melayangkan penampar ke pipinya.

Biar dia sedar dari rasukan yang menguasainya.

Biar dia sedar siapa yang berdiri di depannya ketika itu!

Dan kali ini, aku tak rasa menyesal langsung mengasarinya!

Wajah dia merah menyala. Terbeliak matanya menikam aku bak laser.

Bibir bawah kugigit sekuat hati. Seluruh tubuhku menggeletar kini.

"Apa yang awak dah buat ni?!" tempik aku sekuat hati. Dadanya aku pukul bertalu-talu.

Tumpah juga air mata yang aku tampung sedari tadi. Buat pertama kali, membiarkan air mataku menjadi tontonannya.

"Sheqa!" Lenganku disentak.

"Lepaskan aku! Aku benci kau! Lepas!" Tanpa sedar, bahasaku berubah kasar. Manik jernih berembes turun tanpa mampu ditahan lagi.

"Sheqa."

Bahuku dipaut tiba-tiba. Terbuka mataku, bertaut masuk ke dalam anak matanya yang jelas beriak terkejut.

"Sheqa, dengar sini!"

Aku menggeleng dalam linangan masih membasahi pipi.

"Apa lagi yang aku kena buat? Hati aku ni sakit sangat! Aku tak boleh tenang selagi tak dapat jawapan!"

Naik bergegar organ dalamanku akibat digongcang.

"Tapi bukan dengan cara macam ni. Semua ni salah!"

Her Greatest Secret [ Editing Process ] | Her Scar Series #1Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ