HGS 29|Bab 29 - Enjoy the moment

13.2K 879 125
                                    

Akhirnya aku berani katakan
yang aku pasti sepenuhnya

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Nadiya Kasheqa

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku hanya senyap. Sejujurnya, menahan perasaan sebak yang membuku di hati. Dari tadi aku menahan air mata dari gugur. Sejak terbongkar peti rahsia milik Afham pagi tadi, aku masih belum mampu menenangkan diri selagi masih belum ketemu jawapan yang aku ingin dengari.

Aku menjeling Wina yang duduk di bangku penumpang. Dia sedang menyanyi mengikut rentak rancak yang berkumandang dari corong radio. Kepalanya terlentok kiri dan kanan mengikut irama lagu. Gelagat ceria dia seharusnya mencuit hati namun perasaan itu sukar mahu muncul di celah-celah kesenduan yang aku alami.

Wina...

Wina tahu tak dah lama mama cari Wina...

Mana Wina pergi selama ni, sayang?

Macam mana Wina boleh ada kat sini?

Kenapa? Kenapa Wina tinggalkan mama?

Lapan tahun mama tunggu Wina, sayang...

Jiwa mama ni terseksa...

Puas ku tahan, akhirnya mutiara jernih gugur juga dari tubir mata. Aku pantas menyeka sebelum terlihat oleh dia. Stering kereta ku kawal dengan stabil, enggan merisikokan keselamatan.

"Mama, nanti kita ajak papa jalan-jalan lagi nak, tak? Seronok sangat dapat pergi Aquaria, lepas tu jalan-jalan kat KLCC. Maybe lepas ni kita pergi oversea, boleh? Wina nak pergi Disneyland pula." Wina bersuara riang.

Raut wajahku meredup.

"Okey, nanti kita bagitahu papa ya." Aku layankan permintaan polosnya. Senyuman tawar aku pamerkan.

"Papa tu asyik busy je. Nasib baiklah hari tu papa bawa kita pergi jalan-jalan, kan mama? Tu kan first time kita keluar sama-sama pergi jalan-jalan. Kesian mama, mesti bosan kan kahwin dengan papa?" omel Wina lagi buat aku tersengih lucu. Celotehnya kadang-kala tak masuk akal juga.

Manalah aku tak pernah berharap untuk keluar bersiar-siar bersama papanya. Kalau boleh, memang itu perkara yang paling aku mahu elakkan berlaku.

"Tak adalah. Mana ada bosan. Ada Wina dalam hidup mama, mama tak pernah rasa bosan tau. Mama happy je selalu," luahku, jujur.

Entah kenapa aku sebak semula.

"Wina pun happy tau sejak mama jadi mama Wina. Dulu Wina asyik dengan nenda je sebab papa tu selalu busy. Kadang-kadang tu papa tak balik pun sebab busy sangat dekat office. Lepas mama kawin dengan papa barulah Wina selalu dengan mama pulak." Wina cemberut sebelum tersengih di hujung ayat.

"Tapi Wina tahu, papa sayang sangat pada Wina, kan? Mesti papa busy sebab dia nak cari duit untuk besarkan Wina. Nak bagi Wina pergi sekolah, belajar tinggi-tinggi nanti."

Wina diam. Kebetulan keretaku berhenti di lampu isyarat merah sebelum masuk ke simpang menuju rumah.

"Wina janganlah marah papa, okey?" Aku cekup dagunya dengan lembut.

Wina mencebirkan bibir sebelum tersenyum kearahku.

"Wina tak marah papa pun. Wina cakap je..."

Aku turut senang hati melihat kematangannya.

Her Greatest Secret [ Editing Process ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now