HGS 22|Bab 22 - What have you done?

16.4K 1.1K 170
                                    

Tak semudah tu aku akan buka
pintu hati aku pada orang lain

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Afham Mikhail

Aku terjaga awal pagi itu dengan diterpa satu rasa yang aneh.

Jam di dinding masih menunjukkan angka 5:30 pagi. Masih ada kira-kira sejam sebelum subuh menjelmakan diri.

Spontan pandanganku jatuh ke satu sosok tubuh yang tertidur pulas dalam pelukan. Berbantalkan lengan kiriku, enak dia beradu tanpa ada yang mengganggu.

Dengkuran halusnya persis melodi pagi yang mendamaikan. Hidung comelnya aku perhatikan. Pucuk tinggi itu enak terpenyek ke dadaku yang terdedah tanpa lapik. Tubuh kami ketika itu ternyata hanya dibaluti comforter yang melingkari di bahagian luar. Hakikat di sebaliknya, antara aku dah dia hanya sebatas kulit tanpa seurat benang.

Tangan kananku yang bebas berlingkar di pinggangnya, aku angkat dan larikan jemari di bahu dia yang mulus dengan berhati-hati. Aku belai dan rasai kelembutan dan kehalusan kulit itu yang mampu mengundang ketaran aneh dalam jiwa.

Buat masa ini, aku mahu terus menghayati dan menikmati santapan mata sementara dia masih dibuai lena. Satu persatu anggota tubuhnya yang sempurna aku teroka dengan lirikan mata.

Cuma ada satu kekurangan yang dapat aku lihat namun itu semua tak mencacatkan rupa paras dia secara keseluruhan.

Bengkak di sekitar matanya akibat menangis malam tadi.

Tak semena-mena, memori malam tadi terlayar di minda.

Bagaimana akhirnya dia tewas dan rela, malah lirikan matanya merayuku agar terus menyentuhnya.

Sebuah penaklukan yang menawan.

"Hmm..."

Rengekan kecil tak semena-mena terpacul di bibir Sheqa. Posisinya semerta berubah setelah melepaskan geliat kecil lalu mengesot hampir.

Pup!

Tangannya terus terlayang naik ke pinggangku.

Aku terpana buat sedetik dua.

Walaupun di luar sedar, aksi refleksnya tetap mampu menghempas badai debar ke sudut dada.

Nafas kutarik, sekaligus menghirup sekali aroma merasuk sukma yang terbit dari ubun-ubunnya ke dalam pekung dada.

Dada yang sebelum ini hanya dipenuhi nama Sofia, kini entah kenapa terasa payah untuk aku lapangkan untuk membiarkan nama itu terus menghuni.

Tiba-tiba, aku seolah tersedar.

Sudah terlalu lama aku tidak merasakan perasaan yang setara. Kali terakhir adalah semasa arwah Sofia masih berada di sisi.

Ketika itu, hanya dia sahaja yang aku belai.

Ketika itu, hanya tubuhnya sahaja yang layak berada dalam dakapan.

Sofia...

Abang tak tahu apa yang dah merasuk abang...

Abang tak nak kongsi perasaan tu dengan orang lain selain hanya dengan sayang...

Tapi, abang...

Aku memejamkan mata.

Lama, sambil menyeru nama Sofia agar datang lagi dan terus bertakhta dalam hati. Kerinduan yang kian hilang harus aku pupuk kembali supaya terpahat terus dalam jiwa.

Her Greatest Secret [ Editing Process ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now