HGS 3|Bab 3 - Pertemuan kembali

16.5K 1.1K 72
                                    


Jauh berbeza dari dia
Yang aku kenali dulu

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

Afham Mikhail

Perlu ke aku minta maaf?

Muka Sheqa yang terkerut-kerut kesakitan itu aku pandang lagi. Sakit sangat nampak gayanya ni.

Ah, tapi bukan salah aku pun. Dia yang tarik tangan aku sampai aku pun terjatuh sekali tadi. Dahi aku pun sakit jugak. Jadi tak perlulah aku minta maaf, kan?

"Papa, kenapa dengan dahi mama tu? Benjol dah."

Aku pandang Wina sekilas sebelum melihat Sheqa semula. Pek tuam yang ditekan ke kepalanya aku jauhkan lalu dagunya aku paut untuk melihat lebih dekat lagi. Sheqa menurut walaupun aku tahu dia tak rela sebenarnya.

"Mama jatuh katil tadi," ujarku selamba sambil menolak sedikit dagunya ke kiri dan kanan untuk melihat benjolan itu dari arah tepi namun pergerakanku terhenti apabila ada tangan yang menahan lembut.

"Hah?! Macam mana boleh jatuh? Papa tolak mama ke?"

"Wina yang tolak papa dengan mama jatuh," sangkalku.

Wina mencebir bibir. Nampak sangat yang dia tak percaya.

"Eleh, papa yang mengigau. Wina dengar semalam waktu Wina terjaga sebab panas tu, papa panggil nama Mama Fia. Banyak kali."

W-what?

Fia?

Dari Wina, aku memandang Sheqa malangnya dia sudah melarikan wajah, pura-pura tidak mendengar.

Mimpi ke? Bila masa pulak aku mimpikan Sofia? Masalahnya aku langsung tak ingat bila Sofia muncul dalam mimpi. Mungkin betul kata Wina, aku mengigau itu yang sehingga meracau memanggil Sofia.

"Papa rindukan Mama Fia ye?"

Memang aku rindukan Sofia cuma...

Sheqa aku pandang lagi.

Serba-salah pula meracuni. Tapi Sheqa bukannya peduli pun. Tengoklah kelakuan dia yang endah tak endah tu. Sama macam waktu sekolah dulu. Keras hati. Bukannya peduli perasaan orang lain.

So, tak payah rasa bersalah Am.

"Hmm, agaknya. Papa memang rindukan Mama Fia pun."

"Err—mama pergi mandi dulu tau," pintas Sheqa laju. Walau bicaranya untuk Wina, namun aku dijeling sekilas sebelum dia bergegas masuk ke dalam kamar mandi.

Aku berpandangan pula dengan Wina. Kanak-kanak, mana memahami sangat perasaan orang yang dewasa. Jadi mungkin bagi Wina itu perkara biasa. Tanpa membuang masa, dia terus merebahkan tubuh ke atas katil semula.

"Wina, pergi balik bilik Wina. Mandi, solat. Lepas tu siap-siap nak pergi sekolah," arahku buat Wina terduduk semula dengan lenggok yang malas.

"Okey, papa."

Mujur Wina patuh meski pergerakannya seolah terpaksa. Setelah Wina hilang di balik daun pintu, aku terduduk di birai katil. Badan aku biarkan rebah dan kaki aku biarkan terjuntai ke bawah. Dahi aku yang terhantuk kupicit lembut.

Taklah sakit sangat. Macam mana Sheqa boleh sampai benjol?

Beberapa ketika menunggu dia selesai mandi, aku memejamkan mata barang seminit dua. Lengan terletak melintang di atas dahi.

Klakkk

Aku yang baru mahu terlena pantas mencelikkan mata mendengar pintu dibuka. Aku ingatkan pintu bilik, rupanya bukan. Kepala terangkat sikit melihat ke pintu kamar mandi yang terletak di arah kaki. Sheqa kelihatan keluar, sudah lengkap berpakaian bersama tuala yang menutupi rambut yang basah. Dia juga terkejung di muka pintu sebelum pantas melarikan anak mata menyedari hanya tinggal kami berdua di dalam bilik. Tangannya lincah mengeringkan rambut dengan tuala sambil duduk di sofa bed seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1حيث تعيش القصص. اكتشف الآن