HGS 24|Bab 24 - Padan muka

18.6K 1.2K 200
                                    

Aku masih rasa kesalahan harus
diletakkan sepenuhnya atas bahu dia


 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Nadiya Kasheqa

Nadiya Kasheqa

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

"Am!"

Gugur jantungku melihat dia muncul di sebalik pintu. Cuba menolak, aku menekan pintu supaya rapat namun tangannya kejap menahan.

Kalau tidak kerana aku berada di dalam fitting room ini, mungkin aku sudah lantunkan suaraku setinggi-tingginya. Jika aku buat begitu, apa pula kata orang jika didengari sehingga ke kamar persalinan sebelah?

"Awak nak buat apa ni?!" jerkahku dalan nada tertahan.

Jangan harap aku akan benarkan dia masuk sesuka hati!

Menggunakan kekuatan sebelah tangannya, Afham menolak lebih kuat dan mendorong bahunya melepasi pintu. Seinci demi seinci, aku terpaksa berganjak ke belakang dek tolakan dia yang mendesak.

Sehinggalah aku hilang kekuatan.

"Am!"

Tak sempat untuk aku tahan, akhirnya dia bolos.

Aku kalah!

Sejurus dia berjaya masuk, lantas dikunci pintu kamar itu dengan segera. Terus dia bersandar di pintu dan menyelukkan tangan kanannya ke dalam poket seluar. Sebuah pandangan tajam terbusur dari anak matanya.

Jantungku seperti mahu meloncat keluar melalui tekak. Tersekat-sekat nafasku dan telapak tanganku sudah merembeskan peluh.

"Am, keluar."

Aku mahu bertegas tapi entah mengapa aku sendiri mendengar getaran dalam suaraku. Debaranku kian memuncak dengan kahadiran dia yang tak semena-mena, terpacak di depan.

Dia terus diam.

Tapi kenapa aku pula yang rasa mahu pengsan dengan ketegangan kami ketika itu?

Kebisuan dia umpama membunuh, manakala renungannya itu laksana senjata ampuh dia untuk menikamku.

Suasana dingin bak ais yang aku rasakan langsung tak membantuku bernafas dengan normal. Sebelum aku benar-benar pitam, aku mengambil keputusan drastik untuk pergi dari situ.

"Tepi. Saya nak keluar."

Dia kekal senyap, malahan tidak berganjak walau seinci dari menghalang pintu.

Hish, ni dah lebih!

"Kalau awak nak jadi mannequin, bukan sini tempatnya. Duduk kat depan butik tu."

Kesabaranku kian melangkaui batas. Sekuat tenaga, aku senggol dia yang berdiri kaku di depan pintu. Tak disangka yang dia lebih laju dan refleks memusingkan lalu menekan tubuhku ke pintu.

Her Greatest Secret [ C ] | Her Scar Series #1حيث تعيش القصص. اكتشف الآن