HBS 5|Bab 39 - Aku gagal

19.6K 1.1K 203
                                    

Bukan itu yang aku mahu.
Tapi kenapa itu yang dia pinta?


 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Afham Mikhail

"Wina belum sedar, Am. Doktor kata penculik tu berikan Wina ubat batuk yang berlebihan supaya Wina tak sedarkan diri. Kenapa dia sanggup buat Wina macam ni? Apa salah Wina?"

Terngiang-ngiang suara bonda yang disusuli tangisan sewaktu aku sempat melawat Wina sebentar tadi.

Langkah lemah kuatur tanpa arah.

"Kau tanya dia sendiri! Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak bunuh dia! Aku nak dia mampus! Sepatutnya lapan tahun dulu dia dah mampus masa aku langgar dia! Sama macam kawan dan mak dia sekali! Sepatutnya dia pun mati! Mati!"


Nyeri hatiku bak ditusuk sembilu.

Ternyata kancah dendam Reza begitu mendalam.

It was a hit-and-run, tapi saya tahu Rezalah dalangnya sebab saya nampak dia dalam kereta tu dengan mata kepala saya sendiri. Dalam kemalangan tulah, kawan dan i-ibu  saya m-meninggal dan... ba-bayi tu... sebaik saya sedar di hospital, tak ada siapa yang tahu mana bayi tu."

Aku berhenti melangkah lantas memejamkan mata. Terlayar wajah muram Sheqa semasa bercerita tadi.

Wajarlah dia trauma dan sering diserang panik selama ini.

Rupanya itu yang terjadi.

Getir ujian yang dia lalui tanpa aku ketahui. Malah aku tanpa sedar telah menabur derita lagi dalam episod hidupnya.

Kesal, aku terduduk di bangku dalam taman itu. Seharusnya selepas solat, aku lebih tenang namun jiwa ini pilu kembali diingatkan dengan segala yang menimpa sehari dua ini.

Keadaan Wina yang belum pulih.

Khilaf aku terhadap Sheqa.

Aku akur, memang wajar dia marah. Dan memang patut aku kini dilanda rasa bersalah.

Kalaulah rasa bersalah ini boleh dihapuskan sekadar dengan memetik jari, nescaya sudah aku lakukan beribu kali. Namun semuanya ternyata bukan senang saat ada yang berjauh hati.

"Saya tak patut mengandungkan anak ni, Am. Semua ni tak ada dalam rancangan kita sejak dari mula lagi. Apa yang jadi antara kita malam tu cuma kesilapan je. Semua ni tak patut jadi. Saya faham kalau awak tak nak anak ni."

"Kalau awak rasa semua ni tak patut jadi, awak boleh lepaskan saya. Saya boleh pergi dari sini, Am. Saya tak nak awak rasa terpaksa disebabkan kandungan saya ni."

Aku mengeluh buat kesekian kali.

Gagalkah aku sebagai suami?

Azan Isyak yang berkumandang melalui pembesar suara menyentap aku ke alam realiti. Aku meraup wajah. Rasanya baru sebentar tadi aku selesai menunaikan solat Maghrib dan singgah menjenguk Wina di wad pediatrik sebelum dikhabarkan bonda keadaan Wina yang sebenarnya.

Angkara jiwa yang tak keruan kegelisahan, aku turun untuk menjejakkan kaki di taman ini.

Sedar tak sedar sepanjang aku mengelamun, waktu Isyak telah masuk. Seruan Azan kali ini seolah-olah memanggil roh dalam tubuh untuk bangkit menghambakan diri kepada Sang Pencipta.

Her Greatest Secret [ Editing Process ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now