HGS 18|Bab 18 - Kasih bonda

12.9K 1.1K 128
                                    

Entah di mana silapnya
sehingga semua ini terjadi

 

≿━━━━༺❀༻━━━━≾

 

Nadiya Kasheqa

"Assalamualaikum bonda."

Aku tersenyum ke arah wajah manis yang muncul sebaik daun pintu dikuak. Tangannya aku salam hormat.

"Waalaikumsalam." Bonda menjawab ringkas. Pandangannya berlegar-legar di wajah dan akhirnya singgah di sepasang anak mataku.

Merah ke mata aku?

Tapi aku yakin dah tak bengkak lagi seperti pagi tadi.

Karang kalau aku pakai shades, apa pula kata bonda?

"Masuk dulu, Sheqa. Bonda ada buat kuih kat dapur tu. Sheqa makan dulu ye sebelum balik." Bonda menarik tangan aku masuk ke dalam rumah tanpa mendengar jawapan. Nak tak nak, aku terpaksa juga mengikut.

Kalau ikutkan hati, aku mahu segera pulang selepas mengambil Wina tapi tak manis pula kerana bonda sudah beria-ia memelawa.

"Wina mana, bonda?" Mataku meliar ke seluruh tempat sebelum melabuhkan punggung di kerusi meja makan.

"Ada dekat atas tu. Tadi bonda suruh dia pergi panggil Lufiya sebab bonda buat kuih ni banyak. Tak tahulah apa yang dibuatnya dengan Lufiya kat atas tu. Agaknya, tengah baca buku cerita kut."

Tangan bonda ligat menyusun kuih tepung pelita ke dalam bekas dan ditutup rapat. Pandangan aku kaku di situ. Setahu aku, tepung pelita ini kuih kegemaran Afham.

Am ada datang sini ke?

Gulp.

Mampu ke aku nak menghadap muka dia lagi setelah apa yang berlaku tadi?

Usai menyusun, bonda lantas duduk di meja makan setentang denganku. Dia lantas menolak sepiring kuih dan sudu.

"Makanlah, Sheqa. Bonda buat banyak tu. Kuih favourite Am ni. Bonda tahu Sheqa pun suka kuih ni, kan?"

Aku hanya tersenyum hambar dan tanpa sebarang bantahan, aku tunduk menjamah kuih tepung pelita bonda yang tak pernah tak sedap. Sejak menjadi menantunya, kuih itu juga telah termaktub menjadi kuih kegemaranku.

"Sheqa, bonda nak tanya satu soalan ni. Sheqa jangan terasa ya?"

Tangan aku spontan terkaku semasa sedang menceduk kuih. Entah kenapa, aku berdebar apabila dapat merasa getaran aneh dalam nada yang digunakan bonda.

"Sheqa ada masalah dengan Am ke?"

Soalan bonda itu tiba-tiba membuatkan aku mengetap bibir, serba-salah. Tak mampu aku mengangkat pandangan untuk melihat wajah bonda yang tentu-tentu sedang menagih jawapan.

"Malam tadi Sheqa tahu yang dia datang tidur sini?"

Kali ini aku mendongak memandang ke dalam mata bonda. Teragak-agak, aku menggeleng perlahan.

Patutlah dia tak ada kat rumah pagi tadi. Dia tidur kat sini rupanya.

Bonda menghela nafas.

"Bonda bukan apa, bonda cuma risaukan Sheqa. Memang Am tak ada cakap apa-apa dengan bonda, tapi bonda tahu mesti ada yang tak kena sebab sebelum ni dia tak pernah macam ni. Tiba-tiba je muncul tengah malam, kusut, serabut, tak tentu arah..."

Pandangan kutundukkan demi mengelak renungan bonda. Tiba-tiba bening mata ini terasa begitu hangat.

"Maafkan Sheqa, bonda."

Her Greatest Secret [ Editing Process ] | Her Scar Series #1Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon