HGS 1|Bab 1 - Ini kenyataan!

21.7K 1.1K 132
                                    


Mungkin benar
Ini kenyataan yang harus aku hadapi


≿━━━━༺❀༻━━━━≾


Nadiya Kasheqa

"Doktor kahwin dengan papa Wina, nak tak?"

Terjatuh rahangku mendengar permintaan polos si kecil sedangkan wanita, iaitu nenek si kecil yang duduk di sebelah sudah ketawa. Mungkin terhibur melihat mukaku yang lucu.

Aku ingat lagi, dua minggu lepas kedua mereka datang ke klinikku disebabkan Wina yang tiba-tiba diserang demam panas. Kelam-kabut juga waktu itu kerana Wina langsung tidak sedarkan diri angkara suhu badannya yang terlampau tinggi. Pelik juga aku melihat hanya neneknya yang ada bersama.

Selepas keadaan agak terkawal dan mereka pulang, aku sangkakan sudah tiada lagi pertemuan-pertemuan yang bakal terjadi di antara kami. Telahan aku nyata tersasar. Beberapa hari selepas itu, Wina muncul lagi bersama si nenek semata-mata mahu mengucapkan terima kasih kepadaku. Mana tak terkejutnya, ini pertama kali aku didatangi bekas pesakit yang semata-mata mahu mengucapkan terima kasih.

Mengapa perlu bersusah payah datang semata-mata mahu berterima kasih?

Kan sudah menjadi tanggungjawabku untuk merawat sesiapa sahaja yang datang je klinik bagi mendapatkan rawatan. Lama juga kami bersembang hari itu, tambah-tambah lagi Wina sememangnya petah. Sekejap sahaja kami sudah rapat bak sahabat. Itu ini dia bercerita, cuma perihal ibu bapanya yang langsung tidak disentuh. Aku pun malaslah bertanya.

Kata orang, tak ada kena-mengena.

Selepas mereka pulang, memang aku fikir tiada lagi pertemuan yang akan berlaku, tup tup mereka muncul beberapa hari selepas itu sehinggalah membawa kepada pertemuan hari ini. Siap dibekalkan aku makanan dari rumah buat makan tengahari, katanya.

"Ish, Wina cakap apa ni? Nanti kalau mama Wina dengar, dia marahkan doktor pulak. Nanti dia datang serang, tarik rambut doktor, macam mana?"

"Mama Wina dah tak ada. Dia dekat syurga, kan nenda?" wajah Wina terus bertukar muram.

Spontan aku berpandangan dengan wanita tadi. Melihat wajah Wina yang nyata monyok itu, langsung membuatku diserang rasa bersalah.

"Ya, doktor. Mama Wina memang dah lama pergi," ujar nenek si kecil.

"Wina, doktor mintak maaf ya? Doktor tak tahu mama Wina dah tak ada. I'm sorry, okay?"

"Doktor kahwinlah dengan papa, ya? Please—" rengek dia lagi.

"Wina suka sangat kalau doktor jadi mama Wina. Doktor baik. Cantik pulak tu. Papa Wina handsome tau!"

Aku ternganga lagi. Apa yang ada dalam fikiran anak ini? Aku baik, bukan bermakna aku rela menikahi dan menjadi ibu tiri atau seorang isteri bagi lelaki yang langsung tidak aku kenali.

"Doktor dah kahwin?" soal si nenek pula.

Terangkat pandanganku, sekaligus ketawa janggal terlepas.

"Kenapa ya, puan?" soalku, kurang selesa.

Wanita itu tersenyum.

"Bonda terus terang ya. Bonda sebenarnya suka sangat dengan Doktor Kasheqa ni. Kalau doktor betul-betul belum berpunya, bonda nak jadikan doktor menantu bonda. Boleh?"

"Hah?"

Terkejut bukan kepalang aku jadinya.

"Bonda berterus terang sangat, ya? Maaf ya doktor, tapi Wina ni jarang sangat rapat dengan orang. Dengan doktor dia boleh jadi rapat pulak. Bonda pun suka sangat dengan doktor."

Her Greatest Secret [ Editing Process ] | Her Scar Series #1Where stories live. Discover now