'Moga moga dijauhkan'

Mereka berjalan menyelusuri satu jalan kecil yang panjang. Tiada kelibat sesiapa pun di jalan tersebut melainkan bilik bilik kecil.

Adonis memberanikan diri untuk melalui jalan tersebut diikuti dengan Ziqri.

"Mana Umairah ni?" Bisik Adonis perlahan apabila tidak menjumpai isterinya sepanjang mereka berada di jalan kecil tersebut. Ziqri menepuk bahunya dan mengarahkan supaya Adonis berjalan.

"Usaha itu penting" itu sahaja yang dikatakan oleh Ziqri.

"Allah!" Tersentak mereka berdua apabila mendengar jeritan tersebut. Mereka berpandangan sesama sendiri.

"Umairah?" Tanya mereka berdua.

Mereka berlari menuju ke bilik yang mungkin Umairah berada.

Tapi sebaliknya mereka sampai di bilik yang usang dan kelihatan seperti tidak berusik. Terdetik di hati mereka mengapa bilik sebegitu boleh berada di dalam markas ini.

Terdapat seperti lubang kecil di bilik tersebut dan Adonis mengambil keputusan untuk mengintai lubang tersebut.

"Astaghfirullah halazim" ucap Adonis perlahan.

Dia menoleh ke arah Ziqri dengan mata yang berkaca.

"Kita kena buka pintu ni, Alex gila! Dia pegang pisau...d-dia pegang perut isteri aku" kata Adonis perlahan dengan nada yang bergetar.

Ziqri terkejut mendengar kata Adonis itu. Butang walkie talkie itu dia tekan dan bersuara perlahan.

"Make noise..make them go to you" arah Ziqri.

Tidak sampai beberapa saat, kedengaran alarm berbunyi kuat.

"Intruder" satu sistem di markas tersebut bersuara.

Ziqri menolak Adonis supaya bersembunyi di dalam bilik di sebelah bilik yang Umairah berada.

Mereka senyum lega apabila Alex membuka pintu tersebut. Namun, senyuman tersebut kembali pudar apabila dia mengheret Umairah yang kelihatan sangat lemah.

Adonis sebak melihat keadaan Umairah.

Dengan baju yang sudah terkoyak sedikit.

Mungkin Alex hampir mahu membunuhnya tadi.

Tetapi dikuatkan semangat supaya dia dapat menyelamatkan Umairah.

Ziqri membuka pintu tersebut dengan berhati hati, dia mencapai satu batu yang berada di pintu tersebut.

Dia mengarahkan supaya Adonis senyap dan terus dia berjalan laju ke arah Alex.

"Fuck!" Jerit Alex sebelum dia jatuh ke lantai.

Adonis cepat cepat berlari mendapatkan Umairah yang terbaring di atas lantai juga. Ditepuk pipi Umairah untuk melihat sama ada dia sedar atau tidak.

"Sayang..bangunn..abang datanggg" kata Adonis lembut.

Kelopak mata Umairah bergerak dan akhirnya matanya terbuka. Memandang Adonis dengan mata yang berkaca.

"Abang.." panggil Umairah.

"Ya sayang.."

"Sakit.." kemudian Umairah pengsan.

Adonis cemas apabila melihat Umairah tidak menyedarkan diri. Ditepuk pipi Umairah beberapa kali tapi masih sama.

Adonis terkaku apabila melihat darah mengalir di lantai.

Dipandang Umairah sekali lagi.

"Ziqr-ziqri! Darah!" Jerit Adonis.

Ziqri yang sedang mengikat Alex bergegas mendekati mereka.

"Kita kena pergi hospital cepat" kata Ziqri.

"Kau pergi ikut tingkap dekat bilik tadi tu..aku check tadi tak tinggi pun. Aku arahkan konco aku untuk sambut kau kat situ" kata Ziqri dan terus dia mengarahkan beberapa konconya.

Adonis mengangkat tubuh Umairah yang agak berat.

Dibawa ke tingkap bilik tersebut.

Apabila dia mengeluarkan kepalanya, kelihatan konco konco Ziqri sudah berada di bawah dengan tilam yang tidak tahu datang daripada mana.

Nasib baik tingkap itu besar, dapatlah Adonis mengeluarkan Umairah.

Adonis menjatuhkan Umairah dan mereka menangkap Umairah dengan selamat.

Apabila Ziqri menyuruh Adonis untuk turun tiba tiba sahaja mereka dikejutkan dengan satu tangisan.

"Adonis..." rintih Alex yang baru sedar.

Adonis dan Ziqri diam.

"Pleasee...stay with me brother" rayu Alex.

"I don't have a brother..especially you" balas Adonis dan terus dia keluar daripada situ diikuti dengan Ziqri.

"Kau taknak tangkap dia?" Tanya Ziqri.

Adonis mendiamkan diri dan terus mengangkat Umairah ke kereta yang sudah disediakan awal awal.

Sepanjang perjalanan mereka ke hospital Adonis hanya menatap wajah Umairah yang pucat. Tempat duduk kereta dipenuhi dengan darah pekat yang datang daripada Umairah.

Ziqri yang membawa kereta hanya menoleh ke belakang untuk melihat keadaan Adonis dan Umairah.

"Kau jangan tangkap dia" tiba tiba Adonis bersuara.

"Aku kenal dia. Aku biarkan dia sebab aku nak dia cari hidup dia. Keadaan dia macam tu, tapi aku yakin yang dia boleh pulih" kata Adonis mendatar.

Ziqri hanya mengangguk tanpa banyak soal.

Sesampai di hospital, Adonis mengangkat Umairah dan menjerit.

"HELP! MY WIFEEE" jerit Adonis dan jururawat yang melihat keadaan mereka bergegas membawa mereka ke bilik kecemasan.

"She's pregnant?" Tanya doktor yang baru sahaja sampai.

Adonis mengangguk.

"Sem?"

"It's 7-8 months maybe" balas Adonis cemas.

"I think the baby is coming..she lose too much blood I know because look at her condition. Stay here sir. We will save both of them" kata doktor tersebut dan terus dia membawa Umairah masuk ke satu bilik yang dikawal ketat oleh pengawal keselamatan.

Adonis terduduk.

Ziqri di sebelah hanya mampu melihat Umairah dengan hati yang sebak.

BAD Where stories live. Discover now