47

15.2K 747 40
                                    

Umairah menghentak kuat pintu kereta. Dia meraup kasar wajahnya sambil beristighfar panjang. Adonis yang berada di sebelah hanya memandang Umairah.

Mahu memujuk, takut jika Umairah tidak selesa.

Lama mereka mendiamkan diri sebelum Adonis menghidupkan enjin kereta dan, bersuara.

"I harap you tak ambil hati sangat dengan dia. She's trying to make you down"

"And she did it" balas Umairah perlahan.

Adonis mengeluh panjang sebelum bersuara lagi.

"Look, everything that she said is bullshit. It's nonsense"

"Tapi betul juga cakap dia Ad.. Everything make-"

"Baby mummy..." potong Adonis lembut.

"Please stop, you buat diri you terseksa saja dengan ayat mengarut dia" kata Adonis.

"Belum tentu kita bersama Ad.. " 

"Whatever you trying to say please stop" kata Adonis serius.

"Benda dah terang awak.."

"Listen, I do love you and you will be my cara mia" kata Adonis. Cuba memujuk Umairah yang sudah berkaca matanya.

"Saya tak nampak usaha awak untuk dapatkan saya. I'm really easy to get right? Silap hari bulan awak tinggalkan saya terus...Yela, saya kan senang untuk awak dapatkan" kata Umairah dan terus dia memandang ke hadapan. Mengelak daripada terus bertentang mata dengan Adonis.

Adonis pula terus keluar daripada kereta. Umairah yang berada di dalam kereta hanya mendiamkan diri.

Airmata yang mula jatuh dia kesat perlahan.

Tiba tiba Adonis masuk ke dalam kereta dan terus berjalan menyusuri jalanraya yang sedikit sesak.

Muka Adonis kelihatan tenang sahaja. Umairah memandang Adonis dengan perasaan sedih.

'Dia langsung tak terkesan dengan kata aku? ' bisik hatinya. Terus perasaannya merudum.

Sekali lagi, kesunyian dipecahkan dengan bunyi deringan telefon milik Adonis.

Adonis mengangkat tanpa memandang nama pemanggil tersebut.

"Yup, have you done the work?  Good,  will meet you there. Make sure that all of them there too" selepas itu, dia menamatkan panggilan tadi.

Keadaan kembali sunyi.

Umairah hanya melayan perasaannya dan Adonis hanya mengfokuskan pandangannya di jalanraya.

————

"Kita nak ke mana?" Akhirnya terpacul soalan daripada Umairah setelah 1 jam mereka mendiamkan diri.

"Future" balas Adonis selamba.

"Hish! Betul betullah awak" kata Umairah tegas.

"Wait and see" itu sahaja yang dibalas oleh Adonis. Umairah mengeluh dan memandang di hadapan.

Sekali lagi, dia menoleh memandang Adonis.

"Kenapa kita menghala ke lapangan terbang?"

"Travel"

"Betul betullah awak" sekali lagi ayat itu terpacul dari mulut Umairah.

"We're really going to travel baby mummy..." meleret balasan Adonis.

"Okay..."

Beberapa minit kemudian, mereka sampai di lapangan terbang. Adonis keluar daripada kereta diikuti dengan Umairah.

Adonis tidak memegang tangan Umairah walaupun orang terlalu ramai di sekitar lapangan terbang. Dia hanya berjalan di belakang Umairah untuk memastikan Umairah okay.

Sampai di bahagian penerbangan antarabangsa, terus Adonis menarik lengan baju Umairah. Umairah menoleh dan Adonis menunjukkan isyarat supaya berjalan ke bahagian penerbangan antarabangsa.

"Awak saya tak ada"

"I dah buat" kata Adonis dan kemudian dia mengeluarkan passport milik Umairah.

"Macam mana?" Soal Umairah.

"Rahsia" kemudian mereka sama sama berhenti di hadapan sebuah pegawai.

"Passport" kata pegawai tersebut.

Adonis memberikan passportnya dan Umairah.

"Your ticket?"

"3 minutes"

"What do you-"

"Sir!"

Seorang lelaki berlari menuju ke arah mereka. Tangannya memegang seperti surat.

Adonis terus mengambil surat tersebut dan ditunjukkan pada pegawai itu.

"Here" pegawai tersebut mengambil surat tersebut dan mengangguk.

Pintu yang menuju ke penerbangan antarabangsa dia buka sambil tersenyum.

—————

"Awak, kita sebenarnya nak ke mana?" Soal Umairah untuk kali ke lima.

Dari mula sampai sehingga sudah berlepas Umairah masih tidak tahu ke mana mereka mahu pergi. Tiket pun bukan dia yang pegang.

Semuanya Adonis.

Mendengar pertanyaan Umairah itu. Dia berpura pura mendengar lagu di dalam telefonnya supaya dia tidak perlu menjawab soalan Umairah tadi.

Umairah yang tadinya keliru, mula meluat dengan sikap Adonis yang berpura pura.

Ingat Umairah tak tahu dia nak elak daripada jawab?

Dengan perasaan yang penuh kegeraman dia terus bersandar dan menutup matanya. Manakala Adonis hanya mengulum senyuman kecil dengan keletah Umairah.

Agak agak depa nak pi mana?

BAD Donde viven las historias. Descúbrelo ahora