56

13.8K 667 28
                                    

"Aku tak sedap hatilah Ziqri" kata Adonis gelisah.

Ziqri memandang Adonis lalu menjawab.

"Kau jangan risau sangat boleh tak?"

"Masalahnya itu isteri aku!"

"Dia tu kawan baik aku"

Adonis diam.

"Macam mana sekarang ni Ziqri? Aku risau sangat ni. Lagi lagi bila Umairah dah mula sarat mengandung" adu Adonis.

Baju milik Umairah Adonis tatap lama. 3 hari berlalu dan sungguh! Adonis tak boleh tahan. Setelah lama ditatap baju itu Adonis hidu dan dia tersenyum apabila terdapat bau Umairah melekat di bajunya.

Lama lama senyuman itu pudar.

"Aku rindu isteri aku" adu Adonis lagi.

"Ya aku tau..aku cuba lagi dengan konco konco aku..Okay?" Pujuk Ziqri.

Adonis diam dan lama kelamaan dia mengangguk juga.

"Aku janji. Aku akan cari isteri kau secepat yang mungkin" kata Ziqri.

—————

"Eat this bitch!" Lelaki berbadan gempal itu menjerit kepada Umairah.

Umairah memalingkan mukanya dengan keadaannya yang lemah.

Lelaki itu membuka rantai di kaki dan tangan Umairah.

"Eat" kata lelaki tersebut dan dia keluar dari bilik merah itu.

Umairah memandang kosong pinggan berisi ayam itu. Jujur, dia tiada selera mahu makan. Apatah lagi bila Alexander dan konco konco nya sering kali menyeksa Umairah dengan tidak memberinya air dan makanan selama 2 hari.

Apabila Umairah membuat bunyi bising, konconya akan masuk dan menumbuk Umairah.

Tapi apabila difikirkan semula, anak dalam kandungannya.

Sudah dua hari anaknya tidak makan.

Kerana rasa sayang terhadapnya dijamah juga ayam itu. Ayam itu Umairah cebis kecil dan masukkan ke dalam mulut.

"Adonis.." panggil Umairah lemah.

"Rindu...tsk" rintih Umairah. Mukanya ditekup dan mukanya lencun kerana Umairah menangis teresak teresak. Bahunya terhinjut menahan suaranya daripada terkeluar.

Takut jika konco Alexander masuk dan menumbuk nya seperti sebelum ini.

"Saya takut..tsk tsk" Umairah menekup mulutnya pula sambil menarik nafas untuk menenangkan dirinya daripada menangis lagi.

Umairah terdiam apabila pintu kedengaran seperti dibuka.

Umairah mengundur ke belakang.

Lelaki berbadan gempal tadi masuk dengan muka bengisnya.

"Done?"

Umairah diam.

Dia mendekati Umairah dan merantai semula tangan dan kaki Umairah.

Umairah mendongak dan memandang lelaki tersebut.

"Do you have water? Please give me water..It's for my baby.." rayu Umairah walaupun dia tidak mahu merayu sebenarnya.

"Water?" Umairah mengangguk.

"Wait here" lelaki berbadan gempal itu keluar.

Beberapa minit kemudian, ada suara seseorang menjerit.

"Who are you to give her water?!"

Alex.

Terdengar bunyi dentuman yang kuat daripada luar.

"Eh perempuan!" Jerit Alex sebaik sahaja dia masuk ke bilik merah.

Umairah dengan penuh rasa gementar memandang Alexander.

"Ada aku izinkan kau minum air?" Umairah diam.

Alex yang mula panas mendekati Umairah dan melempang Umairah.

Umairah menjerit kesakitan.

"Aku cuma nak air..untuk anak aku" kata Umairah.

"Oh kau nak air? Betul kau nak air?" Tanya Alexander.

Umairah diam lagi.

"Kau tunggu kejap eh perempuan" dia keluar daripada bilik merah semula.

Beberapa minit kemudian, terdengar derap kaki Alexander berjalan ke arah bilik merah semula.

"Nah kau ambil ni.. minum minum!" Jerit Alexander.

Dituang air baldi ke arah lantai.

Umairah mendongak memandang Alexander.

"Apa? Tak cukup?"

Dia mencengkam pipi Umairah.

"Kalau dengan aku.. kau nak air.. kau kena jilat. Aku dah tuangkan air untuk kau jadi kau jilatlah perempuan!" Tengking Alexander.

Umairah menahan sakit di pipinya.

"Alex...lepaskan" kata Umairah perlahan.

"Jilat dulu lantai ni. Kau yang nak air ni kan?"

Mata Umairah bergenang dengan airmata.

"Aku cakap jilat!"

Umairah memejamkan matanya.

"Bos!"

Alexander mendengus dan memandang konconya.

"What?"

"Someone called you"

Alexander menghelakan nafas panjang dan dilepaskan kasar pipi Umairah. Umairah memegang pipinya yang sakit dicengkam Alex tadi.

"Kau ingat ya perempuan! Aku tak habis lagi dengan kau" jerit Alex dan dia keluar daripada bilik merah tersebut.


A short update for HARI RAYA AIDILFITRI 😘

BAD Where stories live. Discover now