34

19.2K 992 55
                                    

Aku membuka pintu dan bergerak ke dapur. Walaupun jam baru menunjukkan jam 6 pagi, tapi aku membuat keputusan untuk berada di dapur. Lebih baik aku masak daripada terlalu fikirkan hal petang semalam.

Lama juga aku berkurung dalam bilik.

Macam lah tak biasa berkurung.

Aku menyediakan makanan seperti biasa dan semestinya french toast perlu ada di atas meja. Aku mengeluarkan bekas aiskrim dari peti sejuk.

'Lantaklah apa dia nak cakap'

Sementara menunggu roti dan sosej siap dimasak, aku duduk di atas kerusi dan menyuapkan sesudu aiskrim. Beberapa minit kemudian, aku berdiri dan meletakkan sudu di dalam bekas aiskrim.

Senduk aku capai dan aku angkat sosej tadi bersama roti.

"Mai, let me explain" ada satu suara garau di belakang aku. Aku mengeluh dan hanya mengfokuskan pada sosej dan roti.

Macam mana dia boleh bangun pagi buta ni?!

"Please jangan ignore I macam ni" suaranya kedengaran sayu sahaja. Aku hanya mendiamkan diri. Setelah semua sosej aku angkat aku menarik nafas aku dan berpaling.

Senyuman tipis aku beri padanya.

"Tak perlu explain, awak duduklah makan" kata aku serentak meletakkan pinggan berisi sosej di atas meja.

"But I want to" katanya tegas.

Aku duduk di atas kerusi dan memandang dia.

"Tapi saya tak nak dengar. Sekarang ni awak duduk makan" dia menggelengkan kepalanya.

"I won't until you heard my explanation" sku cuba untuk menahan perasaan geram aku. Aiskrim aku capai dan aku suapkan dengan laju ke dalam mulut aku.

"Makanlah, tak perlu jelaskan. Saya faham, awak nak keluar kan sekejap lagi? Makanlah" kata aku. Kemudian aiskrim aku suapkan lagi ke dalam mulut aku.

"You really just don't want to hear me out?"

"Saya penat"

"What about me?"

"Awak ada orang yang boleh awak lepaskan penat tu. Yang awak nak jumpa tu lah. Makanlah sikit, lepas tu bolehlah keluar jumpa dia" aku ulang lagi ayat tersebut.

Dia mengeluh perlahan. Kemudian, sekeping roti dia capai lalu digigitnya perlahan.

Aku hanya diam dan menyambung suapan aiskrim tadi. Tapi sekali lagi, suaranya bergema.

"Didn't you promise me that you won't eat ice cream anymore?" Soalnya.

"Saya nak rasa" balas aku.

"Rasa sampai dah nak habis aiskrim tu?" Soalnya lagi. Aku yang geram terus menghentak sudu tersebut di atas meja dan berdiri.

Aku memandangnya.

"First of all, this is the ice cream that I ate a few days ago. Sebab tu tinggal sikit" kata aku geram.

Bekas aiskrim tersebut aku ambil dan buang ke dalam tong sampah.

"Saya nak naik atas" kata aku.

Dia dengan pantasnya mencapai tangan aku. Aku menoleh sebentar memandangnya.

"You memang tak nak I explain?" aku menggeleng.

"Tak perlu, berapa kali saya nak cakap tak perlu jelaskan? I don't want to be hurt. Just stop!" Kata aku dan terus aku merungkai pegangannya.

Aku berlari naik ke atas.

Penat tau tak!

"Don't leave me baby mummy"

"I want to be alone, just go meet your lovelies, kesian mereka tunggu awak" kata aku sebelum bayangan dia hilang dari pandangan aku.

BAD Where stories live. Discover now