5

39.9K 1.6K 18
                                    

Jangan lupa tekan butang vote 😘

Sudah hampir tiga minggu aku di sini, bersama dia. Ya, aku masih tidak tahu nama dia. Sudah berapa kali aku bertanya tapi sama saja jawapannya.

'Not important'

Jadi aku mengambil keputusan untuk tidak bertanyakan lagi soalan itu padanya.

Percaya atau tidak, sudah hampir seminggu dia tidak menyentuh aku. Kerana aku memberikan alasan bahawa aku period. Dan dia percaya. Jadi apabila aku dalam tandas dia tidak berani untuk masuk. Tapi selepas beberapa hari, aku betul betul sedang period.

'Selamat aku'

Hari ini aku lihat sudah tiada lagi darah yang keluar. Aku terus membuang pad aku yang bersih tanpa setompok darah ke dalam tong sampah. Kemudian, shower aku buka dan sabun di tepi aku capai dan ratakan ke badan aku.

"Babygirl, you dah habis mandi?" Kedengaran suara dia dari luar bilik air. "Belum awak, saya baru nak mandi" balas aku.

"Boleh I mandi sekali dengan you?" Pertanyaannya membuatkan aku terus menghentikan usapan di badan aku. Lalu cepat cepat aku membersihkan sabun yang berada di tubuh aku. Tuala aku capai dan lilitkan di tubuh aku. Shower aku tutup.

"Tak apalah, saya dah habis mandi" kata aku sebaik sahaja pintu bilik air dibuka oleh aku. Memaparkan dia yang hanya memakai boxer. Dia hanya memandang aku dengan wajahnya yang tenang sebelum dia mengangguk dan menapak masuk ke bilik air. Pintu ditutup.

Aku melepaskan keluhan lega. Baju aku yang dia letakkan di atas katil aku capai. Hm, T-Shirt dia lagi. Tanpa membuang masa aku terus sarungkan bajunya dan duduk di atas katil.

Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi pancuran air terhenti. Menandakan dia sudah selesai mandi. Dia keluar dengan tuala yang terlilit di pinggangnya.

Almari dia buka dan dia mencari baju yang sesuai untuk dia pakai. Aku yang berada di atas katil memanggil dia. Dia menyahut lalu perbuatan nya terhenti.

"Kalau saya cakap ni, awak janji tak marah ya"

"You kan babygirl I, buat apa I nak marah" Balasnya tenang.

Aku menarik nafas sedalam dalamnya. " Boleh tak awak bawa saya keluar? S-"

"Kenapa? Bosan dengan I ke?" Dia memotong percakapan aku dengan suara kerasnya. Aku cepat cepat menggelengkan kepala. "Bukan, saya nak beli barang dapur. Saya tak larat asyik makan makanan luar je" aku melembutkan suara aku kepadanya.

"I pergi belikan"

"Awak.. dah hampir tiga minggu saya terperap kat sini.. Saya nak juga tengok kat luar. Saya janji saya tak lari, lagipun kita bukan kat Malaysia" rayu aku.

Dia terdiam dan menyambung menyarung pakaiannya. Aku mencengkam baju aku.

'Susah sangat ke permintaan aku ni?'  Aku menggigit kuat bibir aku. Menahan rasa kecewa apabila permintaan aku untuk keluar ditolak mentah mentah olehnya.

Tiba tiba dia menaikkan dagu aku menggunakan jari telunjuknya "Marah ke?" Soalnya lembut.

"Nah baju you. Pakai lepastu kita keluar. I dah siap" arahnya lalu dia mencium dahi aku. Kemudian, dia membuka pintu menggunakan alat kawalannya.

Dalam diam aku tersenyum semula.

Baju t shirt yang aku sarung tadi aku tanggalkan dan aku capai seluar dan kemeja yang dia beri tadi lalu aku sarungkan pakaian tersebut.

                                —————

Dari tadi aku hanya memandang ke luar tingkap kereta. Melihat pemandangan negara orang asing yang cantik. Orang ramai berjalan membawa anak anak mereka, haiwan peliharaan dan ada juga yang berjalan bersama rakan masing masing.

"Cantiknya tempat ni awak" puji aku.

"Inilah Negara asal I" balasnya pula. Aku mengangguk. Kalau mahu tanya tentang negara ini memang sampai mati tak dapat. Sebab dia mesti takkan beritahu.

Sesampainya kami di pusat beli belah dia mengajak aku masuk ke pelbagai kedai barangan bahan basah dan kering.Kira kira 2 jam jugalah kami menghabiskan masa di sana. Kemudian, kami pulang ke rumah atau dikenali sebagai villa milik dia.

Aku baru tahu rupanya kami duduk dalam villa. Bukannya rumah banglo atau teres.

Enjin kereta dimatikan lalu dia keluar dari kereta dan mengambil barang dari bonet lalu membawa masuk ke dalam villa. Aku hanya membawa sedikit barang basah masuk ke dalam.

Kemudian, dia telah naik ke atas. Mungkin menyalin pakaiannya. Aku yang masih teruja terus ke dapur dan mula menyediakan bahan untuk memasak. Ayam aku keluarkan dan potong. Bahan menumis aku potong dan tumbuk. Beras aku basuh dan masak.

Sedang aku memasak, aku dikejutkan dengan tindakan dia yang tiba tiba sahaja menepuk punggung aku. Aku menoleh memandang dia yang sudah tersengih.

"You masak apa?"

"Chicken butter dengan sambal sotong. Boleh ke?" Dia mengangguk. " I boleh je baby" kemudian dia menapak keluar dari dapur. Aku kembali mengacau sambal yang belum pecah lagi minyaknya.

Selepas 40 minit memasak di dapur, akhirnya siap juga. Aku menjerit memanggil dia dan aku hidangkan makanan di atas meja makan.

Dia turun . Aku hanya memandang mukanya yang bersih tanpa sedikit cela. Dia duduk di atas kerusi. Nasi dia cedok dari periuk. Aku pun turut berbuat begitu. Kami hanya diam sahaja tidak berkata satu patah perkataan pun.

Aku yang habis dulu. Aku terus berdiri dan mencuci tangan serta pinggan aku. Sekali, aku dihempap dari belakang oleh dia. Dia mencuci tangannya sahaja. Pinggan dia biarkan sahaja di sinki. Tapi dia masih belum beralih.

"Babygirl are your period over?" Bisik dia di tepi telinga aku. Aku perlahan lahan menggeleng.

"You tahu tak kenapa I tiba tiba bagi you keluar?" Aku menggeleng lagi.

"Sebab I tahu you dah habis period. So that that I can hehehe!" Serentak itu dia mendukung aku.

" I tahu period you dah habis baby. Sanggupnya you tipu I" bisiknya lagi.

BAD Where stories live. Discover now